Cara Buat Teh Bunga Kekwa Di Rumah

Anak saya penggemar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum. Kerap beli yang siap dalam kotak daripada beberapa jenama yang dijual.

Sebenarnya, bukan semua jenis bunga kekwa yang boleh digunakan untuk minuman, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium yang berwarna kuning sahaja yang sesuai dibuat teh. Di Malaysia, bunga kekwa ditanam untuk pasaran bunga keratan (cut flower), kebanyakkannya di Cameron Highland.

Antara khasiat teh bunga kekwa yang saya tahu ialah dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk melegakan kerongkong. Memang minuman yang sesuai di bulan Ramadan sewaktu berpuasa.  Air teh bungan kekwa biasanya dijual sebungkus RM 2.00 di Pasar Ramadan.

Bila difikirkan bukanlah susah sangat nak sediakan teh bunga kekwa ini, saya beli saja bunga kekwa kering untuk dibuat teh sendiri di rumah.

bunga kek wa kering

Saya beli bunga kekwa kering kat kedai ubat cina  atau kita kerap panggil kedai sensei selepas bertanya kawan-kawan di Facebook.  Harga bunga kekwa kering  ni RM1.00 boleh dapat 15gram. Semua yang saya beli tu harganya RM 5.00.

Nampak sikit aje kan..sebenanrya ada banyak kuntum.  Kalau diletakkan air panas, kelopak bunga ni mengembang.

teh bunga kekwa

Cara Membuat Teh Bunga Kekwa ( Chrysanthemum )

  • Ambil beberapa kuntum bunga dan masukkan air mendidih. Biarkan seketika.
  • Masukkan gula sebaiknya gula batu sesedap rasa yang diingini.
  • Boleh diminum panas atau sejuk.

Saya suka teh bunga kekwa yang masih panas…harum baunya sangat terasa. Intan pula lebih sukakan yang sejuk.

 

Nota :  Sebenarnya warna teh bunga kekwa yang dihasilkan dari rendaman sendiri di rumah tidaklah seterang warna teh bunga yang kita beli dalam kotak atau yang dijual di Pasar Ramadan.  Agak pucat.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya belum pernah mencibanya, betulkah enak?
    Jom terjah post menarik dari estri ..Bolu Gulung CoklatMy Profile

  2. yang jual di bazar ramadhan tu ada letak pewarna kuning untuk bagi nampak cantik.. suami saya pernah berniaga air di bazar..jadi belajarlah juga caranya buat teh bunga kekwa ni..tugas harian saya untuk rendam bunga dan rebus..
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka TerbaikMy Profile

  3. waahh…tak tau bole dpt kat kedai sensei…!nk pegi la kedai sensei dkt je dgn umah.ingat kene pakai bunga segar tu.heheh
    Jom terjah post menarik dari mai has ..10 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat dan BerkesanMy Profile

  4. rasa macam nak buat lah. nak kena cari kedai ubat cina lak lepas ni
    Jom terjah post menarik dari azwan ..Mimpi Buruk Brazil Di Piala Dunia 2014My Profile

  5. dulu pernah buat..sekali terbuat banyak. Sampai penuh peti ais dibuatnya. haha..

    hari-hari dok minum air ni masa tu.
    Jom terjah post menarik dari titan ..YSLM dah kena serbu dengan KPDNKK.My Profile

  6. pastu tambah ais.. bleh wat berbuka ptg ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari nazuwa ..Atasi Kolestrol Dengan MudahMy Profile

  7. Sedap kalau sejuk ni…terus hilang penat..huhu

  8. Lagi sedap kalau buat sendiri..apa lagi kalau sejuk..huhu

  9. Lagi sedap kalau buat sendiri..apalagi kalau sejuk..huhu

  10. Sedap air bunga ni..semalam baru beli..teringin nak cuba buat sendiri..
    agak2nya kalau buat sendiri lagi sedap..terima kasih atas info
    Jom terjah post menarik dari Rokiah ..Tips Langkah Berhenti MerokokMy Profile

  11. KAk Kujie, nak kena basuh dulu tak bunga kering tuh?

  12. zaman sekolah dlu tmpt tuisyen saya cikgu nye selalu sediakan air teh bunga ni, tp sbb cikgu tu non muslim, kawan2 selalu buat main bunga tu , bukan minum pun..hehe

    seblum ni mmg suka minum teh bunga yg dlm kotak tu, sbb kurang manis compare dengan air kotak yang lain..lps ni boleh cuba buat sendiri 🙂
    Jom terjah post menarik dari norlida ..Shaklee Kuantan : Set Berpantang Paling Popular!My Profile

  13. Kedai ubat cina? kat kl nih dkt mana ada org jual Akak? Macam susah je nak jumpa. huhu

  14. Saya tak pernah buat lagi. Minum pun jarang-jarang, sebab tak berapa gemar. Tapi bila tengok gambar kak jie ambil tu, rasa macam nak cuba buat juga. Bagi anak isteri minum. Hehehe
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Ayam Percik Paling PopularMy Profile

  15. sedap tuh.. lagi2 yang sejuk
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor menganjurkan Program Jalinan RamadanMy Profile

  16. perkongsian yang menarik..memang teh bunga kekwa minuman yang melegakan tekak yg kehausan…lebi2 lg di bulan ramadhan….terima kasih kak kujie dgn perkongsian ini
    Jom terjah post menarik dari norehan saad ..TIPS MENJAGA KESIHATAN SEPANJANG BULAN RAMADHANMy Profile

  17. menyelerakan. saya pun suka teh chrisantimum ni. last time buat sendiri dulu bila selak2 kelopak bunga tu saya tengok ada banyak sgt semut. Mungkin bunga yg saya beli tu tak berkualiti. sejak hari tu dah tak buat sendiri. tapi lepas baca entry ni tgk kujie buat jernih elok je airnya, rasanya nak buat lah!

  18. Baru tahu boleh buat sendiri. TQ puan.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Kenyang Lebih Lama Dengan Set Puasa Cergas ShakleeMy Profile

  19. Boleh cuba buat ni, biasa beli je yang dalam tin.
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Makanan Barat Sedap di EasyCafe Tanjung MalimMy Profile

  20. sy penggemar teh bunga kekwa
    nampak gmbr kat atas sedap sgt
    kat kelantan ni, sy xtau kat mana nk dptkan bunga kekwa kering
    Jom terjah post menarik dari eelleenana ..Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.MyMy Profile

  21. air bunga kekwa ni dia hanya bergantung kepada bunga dan gula batu jer ke kak jie, xder bubuh teh? ingatkan masukkan teh pastu bubuh bunga ni supaya rasa dia sedap
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Bubur Butir Nangka Atau Kuih Puteri MandiMy Profile

  22. wajib cuba.anak2 suka sangat air teh bunga ni
    Jom terjah post menarik dari Aishah Ahmad ..Minuman Kesihatan Untuk Pesakit DiabetesMy Profile

  23. wajib cuba.anak2 suka teh bunga ni.tq for sharing

  24. boleh sejukkan badan ni terutama minum lepas terawih
    Jom terjah post menarik dari Denaihati Ilhamku ..Doa Munajat RamadhanMy Profile

  25. macam tu cara buat teh bunga kekwa.. jie ptama kali dgr n x prnh minum..bleh cuba nanti..
    Jom terjah post menarik dari jiesusanos ..Rezeki Kakitangan Kerajaan Dan PesaraMy Profile

  26. Minuman segar. Rasa nak basahkan tekak pula
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Promosi Bulan Julai 2014 – VivixMy Profile

  27. Bila baca entry ni terus rasa nak buat. Mana nak cari bunga kekwa ni. Kat pasar ada jual ke?

  28. saya pun penggemar teh bunga kekwa… saya beli yeo’s punya ;)… nanti nak try buat sendiri pulak.
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..BETUL KE AWIE WINGS BELASAH ISTERI ROZANA MISBUNMy Profile

  29. buat sendiri lebih puas hati.. kebersihannya terjamin..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Tiada Jalan Darat Cabaran Utama Ke Kg. Tanjung Layak-Layak, PitasMy Profile

  30. Menarik juga nie, bolehlah cuba nanti sebagai hidangan berbuka puasa.
    Teh Chrysanthemum home-made.
    Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..Kenali Tanda-Tanda Gastrik Dan Cara MencegahnyaMy Profile

  31. Wow, marvelous blog format! How long have you been running a
    blog for? you made blogging glance easy. The overall look of your website is
    magnificent, as neatly as the content!
    Jom terjah post menarik dari du mexique cancun menu ..du mexique cancun menuMy Profile

  32. Kewangian yang membangkit selera.

    Kalau yang jual kat pasar malam tu depa letak pewarna je kak.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..14 Tahun Mengenang MasaMy Profile

  33. Senang kalau buat sendiri tapi mesti tak sama dengan apa kedai buat. 😉
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014My Profile

  34. Kedai Sensei ada jual tak kak Jie?
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Menerima kedatangan tetamu di hari pertama berpuasaMy Profile

  35. buat sendiri tanpa pewarna dan perasa tambahan, selamat dan terjamin bersih.
    boleh cari juga ni nanti kat kedai ubat cina…
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Persiapan Awal Raya Seorang Papa.My Profile

  36. dulu selalu belasah teh kekwa kat bazaar taman melawati. hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari KNizam ..Salam Ramadhan Al-Mubarak | Malaysia |My Profile

  37. Dah lama tak minum yg buat sendiri, kalau buat sendiri rasa lebih sedap dan aroma kuat…panas dan sejuk, dua2 sedap 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Maybank2u Snap and SellMy Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Cara Buat Teh Bunga Kekwa Di Rumah | kujie2.com […]