Masak Lemak Cili Api Telur Angsa Belimbing Buluh

Pernah nampak telur angsa? Pernah makan telur angsa?

Saya pertama kali. Pertama kali tengok dan pertama kali makan telur angsa. Perbezaan telur itik dan telur ayam , telur itik lebih banyak bahagian kuning berbanding bahagian putih. Kita selalu sebut ‘putih telur’

Kisah telur itik yang selamat tiba ke rumah saya melalui Tren Ekspres Senandung Langkawi SL 21 (Hat Yai ke KL Sentral) dari stesen Sungai Petani juga penuh limpahan kasih sayang silaturahim. Telur angsa ini hasil ternakan besan mak saya ( mertua adik saya ) yang tinggal di Kampung Jagung, Sungai Petani. Kami memang rapat dengan keluarga mertua adik saya kerana sewaktu Angah di MRSM Merbuk, situlah tempat percutian singkat Angah jika tidak dapat balik ke Serendah.

Telur angsa yang dibungkus lembut penuh kasih sayang ini menaiki Tren Ekspress Senangdung Langkawi di Stesen Sungai Petani bersama emak dan ayah saya dari kampung. Dari Baling adik saya jemput mak dan ayah ke Sungai Petani sebelum sampai ke Serendah.

Dalam usia ayah 73 tahun, cuba bayangkan bagaimana kedua orang tua saya mengusung telur angsa dengan penuh perhatian bersama 2 kotak buah langsat dan buah dukong. Jam 4.30 pagi tren dah sampai di Rawang.

Sebab itulah, saya rasa telur angsa ini sangat istimewa. Disebabkan kisah perjalanan telur angsa yang begitu dramatik sekali, saya pun cuba memghasilkan pengakhiran bagi telur angsa dengan lebih bermakna.

hihihi…………….. tu baru mukadimah.

telur angsa

RESEPI LEMAK CILI API TELUR ITIK ANGSA BERSAMA BELIMBING BULUH

mula-mula kita sediakan bahan yang dikisar. Tapi saya tak kisar, saya tumbuk dengan irama harmoni.

  • BAHAN KISAR
    10 biji cili padi merah / ikut suka tahap kepedasan masing-masing
    3 biji bawang merah kecil
    1ulas bawang putih
    1 inci kunyit hidup/ kalau warna kunyit tu ceroi , boleh tambah kunyit serbuk .

BAHAN UTAMA

  • 2 biji telur itik/angsa yang dibersihkan.
    2 batang serai dan diketuk
    1 atau 2 helai daun kunyit bergantung kepada saiz ( saya Β beli 30 sen sehelai )
    1 keping asam gelugor
    1 liter santan cair
    200 ml pati santan
    garam dan gula secukup rasa
    10 biji belimbing buluh dan dibelah 2

masak lemak cili api telur angsa belimbing buluh

CARA MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK/ANGSA

  • Masukkan bahan kisar/tumbuk bersama serai dan santan cair. Masak dengan api perhalan sambil dikacau sehingga mendidih.
  • Pecahkan telur satu demi satu di dalam mangkuk sebelum dimasukkan ke dalam periuk. ( Intan tanya kenapa nak buat macam ni, kenapa tak terus masukkan dalam periuk… ye anak-anak, supaya kita boleh tapis atau saring dulu sekiranya ada telur yang rosak. Kalau masuk terus, menjeritlah kat dapur sebab seperiuk masakan kita rosak kerana sebiji telur )
  • Kalau perlahan supaya telur tak pecah. Masukkan asam, gula, garam dan santan pekat. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik-carik.
  • Masukkan belimbing buluh.

Siap satu hidangan untuk mak , ayah dan mak mertua saya tengahari tersebut.

 

NOTAKAKIKUJIE : terpaksa akhiri entri ini dgn mengejut, ada tetamu nak datang melawat

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sedapnya kak jie..lepas ni nak cuba buat dengan telur penyu pulak.harap-harap menjadi la gamaknya.

  2. dah lama tak makan camni…, tapi biasa guna telur itik, telur angsa tak pernah lagi.

  3. kena paksa bini belajar masak nih..hehe
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Exam Online PTD 2014My Profile

  4. telur angsa ni lagi besar dari telur ayam ke? ke macamana?
    Jom terjah post menarik dari Iffah Azhar ..Teknik mengajar anak pantas membacaMy Profile

  5. telur itik… telur angsa… kalau masak lemak memang terangkat!! haih, terliuq dah ni
    Jom terjah post menarik dari Iffah Azhar ..Quiz Magika #8; Menangi original totebag ZURICH!!My Profile

  6. Baru dok cakap yg tak pernah nampak telur angsa, tengok-tengok petang td abah bawak balik telur angsa ahaha cam tau-tau je. Boleh la cuba masak macam ni esok =)
    Jom terjah post menarik dari Najah Salwa ..Akhirnya…Dari Sebuah Mimpi Menjadi RealitiMy Profile

  7. Seumur hidup x pnah mkn telur angsa. Kt mn nk cr pn xtau. Kne usahakn ni hehe
    Jom terjah post menarik dari najahsalwa ..Sambal Tumis Udang & PetaiMy Profile

  8. Sedapla pulak…terliur tgk ni….slurpppp!!
    Jom terjah post menarik dari nadhila ..Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee dan Memulakan Empayar Perniagaan SendiriMy Profile

  9. Serious xpenah mkn telur angsa…kt mn nk beli pn xtau huhu if telur itik tu bleyla gk nk cr tp if telur angsa mmg mati kutu la xtau mn nk beli huhu
    Jom terjah post menarik dari najahsalwa ..Set Penyusuan BajetMy Profile

  10. Mmg rare btol nk dpt kn telur angsa ni. Telur itik bleyla gk gigih nk cr tp telur angsa ni rs cm smpai tahap mati punca nk cr kt mn hehe

    Btw, mcm mn ek telur angsa ni? Cm telur itik ke ayam?

  11. tak pernah masak lemak telur mcm ni, nanti nak cuba. kalau guna telur ayam pun bolehkan?
    Jom terjah post menarik dari KakNida ..Muffin Oreo yang sedap dan senangMy Profile

  12. Nak try masak2 telur angsa jugok laa…

  13. Pertama kali tengok menu telur angsa ni, nampak sedap πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Myliferia ..Cara Mudah Mengira BMI AndaMy Profile

  14. Tetiba kelenjar air liur merembes dengan mencurah-curah..huhu! Sluurrppp, mau meleleh atas keyboard kang. Adoi, tak tahannn…

  15. Nice, penuh protein namun di imbangi dengan banyak sayuran. (y)

  16. Wah, sedapnya rasa masak lemak cili api ni. Nak test buat lah nanti.
    Jom terjah post menarik dari Ira ..14 Resepi ESP yang membuatkan ESP tersangat istimewa dan eksklusifMy Profile

  17. Allah hu akhbar. Penuh kasih sayang itu la buat ia lagi sedap. Tiba-tiba rindu mak ayah. Aduh..
    Jom terjah post menarik dari Amyz ..#ShakleeEffect #01 Energizing Soy ProteinMy Profile

  18. Sedap nampak gambar tapi tak pernah rasa lagi. Boleh cuba nanti.

  19. Huhu..kalau rebus dan makan telur angsa ni, memang liat gak la nak habiskan…
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Gembira Dapat Duit Dari BlogMy Profile

  20. wah.. kayanya enak, ntar mo coba bikin

  21. sama ngan saya..penah gak bela haiwan ni dulu. biasanya, lepas bertelur, ibu dia kemain lagi jaga dan mengeram..tapi tak penah sekali pun menetas. last-last telur masuk periuk jadi lauk..haha..
    Jom terjah post menarik dari Amir ..7 cara tarik like Facebook Page yang sempoi tapi powerMy Profile

  22. masa kecik-kecik dulu biasa makan telur angsa coz arwah atuk ada bela angsa.ni dah lama tak makan, tak ingat rasanya camna. tapi telur itik masak lemak cili api memang my feberet. pergh
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee VenomMy Profile

  23. Menarik nye kak…terliur pulak hehe. Btw, saya pun tak pernah makan telur angsa. Pengalaman hampir disudu angsa pernah lah πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Hilmi Hasan ..Bagaimana Makan Buah Berlebihan Beri Kesan Kepada Tips Diet?My Profile

  24. Kawe makan telur angsa ni zaman budak2 skul dulu. Masa tu ada bela haiwan ni. So, selalu lah balun. Cuma, dah lupa rasa dan rupanya.
    Paling payah ialah nak curi telur angsa dari omaknya. Perghh.. silap2 di sudu nya kita..
    Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Mee Rebus MuarMy Profile

  25. Halamak terliur saya tengok resipi ni kak, rase nak suruh orang rumah masak plak.
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Info Kereta Sewa – MPV Perodua Alza Ezi 1.5 Auto untuk di SewaMy Profile

  26. mati2 AA ingatkan telur itik dalam lauk tu.rupanya terlur angsa…apa rasanya ek.nk kene cuba ni.
    Jom terjah post menarik dari AISHAH AHMAD ..Blog yang AA sukaMy Profile

  27. wah sangat rare…menarik ..rasa nak terus cari dan cuba je
    Jom terjah post menarik dari rokiah ..Saya Malas Tetapi Nak BerjayaMy Profile

  28. tak pernah jumpa telur angsa..teringin juga nak tau apa rasanya. hehe.
    Jom terjah post menarik dari Oja Samid ..Kelebihan Kolagen ShakleeMy Profile

  29. saya x pernah cuba lagi telur angsa, tp risau plak nak rasa lagi lagi yang jenis x pernah makan, hehehe
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Proton IrizMy Profile

  30. Hai,slm perkenalan,seronok baca entry nie! sy ada share tips kesihatan&kecantikan, jom singgah blog semoga bermanfaat πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Norazah ..Kepentingan Sarapan PagiMy Profile

  31. Wahhh..telur angsa yang dibawa dengan penuh kasih sayang yer..hihihi..kalau saya terasa saaayaaanngg nak masak
    Jom terjah post menarik dari Isma ..From Zero to Hero | Cara Jadi Ahli Shaklee & Kelebihan Jadi AhliMy Profile

  32. waa sedapnya masak lemak telur itik…untung dpt mak ayah yg sanggup dtg jauh2 bw sesuatu yg istimewa utk kita.
    Jom terjah post menarik dari norehan saad ..ANAK-ANAKKU BERSELFIEMy Profile

  33. belum pernah cuba lagi resepi macam akak ne….
    biasa jumpa telur angsa masin tu buat rebus…hehe….apa rasa dia kak??lagi sedap dari telur ayam ke
    Jom terjah post menarik dari faridah zulkifli ..Penyusuan susu ibu: cara banyakkan susu badanMy Profile

  34. Tak pernah lagi cuba makan telur angsa ne…..telur angsa ne selalu buat telur masin kan akak???
    Jom terjah post menarik dari faridah zulkifli ..Penyusuan susu ibu: cara banyakkan susu badanMy Profile

  35. balik rumah mak nanti..beli telur angsa..nak minta mak masakkan.

    memang lama juga tak makan rasanya ni.
    Jom terjah post menarik dari ubat gout ..Ubat Gout Rhizoplus – Penawar Gout yang berkesan.My Profile

  36. kalau jumpa menu ni selalunya tak pernah tak ambik lah … my feberet ni
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Ibadah Korban Kambing di MekahMy Profile

  37. Pernah makan telur angsa, kalau buat masak lemak lagi sedap πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari azman ..Bisnes Tudung OnlineMy Profile

  38. saya tak pernah makan lagi telur angsa.. hohoho
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Penyampaian Hadiah Peraduan Minum Dan Menang Jus Mangga PRANMy Profile

  39. Assalamualaikum,
    memang sedap masak lemak telur itik atau angsa…terutama kalau telur kuningnya masih lembut. Ohhhhhh! meleleh ayaQ lioQ!
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Kereta Berhias Abang Badut Sambut MerdekaMy Profile

  40. Arrgghhhh…rugi tak singgah hari tu..

    Nampak gaya lepas ni kena cari telur angsa bawak pi Serendah la..mintak tuan punya blog masakkan..

    Boleh ke?.. πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Koleksi Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41My Profile

  41. huh…meleleh ayaq lioq.
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.My Profile

  42. telur itik memang sedap woo..
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Buat duit dengan AdvertorialMy Profile

  43. adoi rasa nak makan la kak kujie. sian saya yang pregnant ni. nampaknya kena cari juga telur itik ni.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)My Profile

  44. Ani pernah rasa masak lemak telur itik. memang sedap. lagi pedas lagi sedap. Next time boleh ikut resepi Kak Kujie ni tambah belimbing buluh. Mesti lagi sedap!. Tq kak πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Ani Haryani ..8 Tanda Kencing Manis (Diabetis) Yang Perlu Anda TahuMy Profile

  45. Makanan unik diperkenalkan. Tertanya-tanya apalah rasanya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Menara Condong Teluk IntanMy Profile