Bolehkah bersama jika isteri hamil?

By Jie, 28/06/2009 9:29 am
pregnancy 150x150 Bolehkah bersama jika isteri hamil?RAMAI lelaki menghadapi dilema apabila isteri mereka hamil kerana ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan seksual selama sembilan bulan. Apabila isteri dalam pantang pula, tempoh ‘berpuasa’ menjadi lebih lama.

Mungkin bagi sesetengah orang keadaan itu menjadi bahan lawak, tetapi ia memang hakikat. Ini kerana memang ada pasangan berhenti mengadakan hubungan seksual selepas pasangan wanitanya disahkan hamil dengan alasan bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap kandungan.

Perkara itu sering berlaku pada pasangan yang berdepan pengalaman pertama kehamilan akibat mendengar terlalu banyak nasihat daripada pihak tidak bertauliah yang memberi nasihat di luar konteks saintifik.


Secara saintifik, tiada sebab kenapa hubungan seksual tidak boleh dilakukan jika kehamilan wanita itu berjalan lancar, kecuali berlaku insiden tertentu dan anda dinasihatkan doktor supaya berhenti kerana mungkin membahayakan kandungan.

Tidak dinafikan, ada situasi tertentu seperti wanita mendapati pengeluaran darah atau tanda darah dari farajnya atau wanita itu mengalami kekejangan selepas selesai bersetubuh.

Jika kedua-dua masalah itu berlaku, anda dan pasangan perlu merujuk doktor kerana jika dibiarkan, ia berkemungkinan mendatangkan bahaya ke atas kandungan, termasuk keguguran janin.

Bagaimanapun, jika pemeriksaan rutin ditetapkan doktor menunjukkan tiada masalah pada kandungan selain tiada kejanggalan atau masalah apabila melakukan hubungan seksual, aktiviti itu tidak perlu dihentikan.

Sehubungan itu, tiada alasan untuk anda bimbang aktiviti seksual akan membahayakan kandungan isteri.

Namun perlu diingatkan juga, mengadakan hubungan seksual ketika kehamilan akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pasangan lelaki atau wanita dan perbincangan perlu diadakan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai.

Yang penting ialah hubungan seks atau naluri syahwat adalah lumrah semula jadi bagi manusia. Justeru, dibimbangi fakta salah akan menimbulkan masalah lain, terutama kegersangan kepada pasangan lelaki atau wanita, sedangkan mereka tidak sepatutnya berdepan masalah itu.

- Dr Ismail Thamby , Pakar Sakit Tuan,

Post Lain Yang Berkaitan

46 Responses to “Bolehkah bersama jika isteri hamil?”

  1. mrozaidi says:

    Tak baik tau curang-curang…masa mengandung pun apa membuat hubungan intim..
    mrozaidi´s last blog ..SOLAT TAHAJUD – DARI PERSPEKTIF PERUBATAN My ComLuv Profile

  2. Boleh je asalkan..jangan kerap sgt kesian isteri letih….suami pun kena la gak paham naluri isteri..9 bulan mengandung tu sesuatu yang berat…

  3. lempiorian says:

    hentam saja la labu……..asal kau bahgiaaaaa

  4. haritz says:

    Saya sangat teruja bila isteri hamil kerana sungguh menaikkan “tut..tut” isteri pun sama, jadi kami tak rehat, kerja terus muahahaha :lol:
    haritz´s last blog ..Mesin ATM Tiada Note Kecil My ComLuv Profile

  5. ni untuk orang bukan kawin kena tau ni…
    nanti diorang ni bukan ada knowledge sgt
    main redah je
    mohdhafizulfarid´s last blog ..Music : Jay-Z Death of Auto-tune (D.O.A) My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @mohdhafizulfarid, yg dah kahwin bertahun pun perlu tau juga..kadang2 kita malu bertanya pd tempat yg sepatutnya..dengar mitos sana sini, akhirnya kita pun salah dpt info :razz:

  6. eldy says:

    TQ 4 the info dulu walao gua belum berkhawin :P
    eldy´s last blog ..Tajuk sahaja utk arkib dan label My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @eldy, pengetahuan sebelum kahwin pun perlu…tapi tengoklah pengetahuan tu mcm mana..nak guna mcm mana…jgn disalahguna sudah..kak jie tak mau tanggung :grin:

  7. chokilala says:

    saya juga bertindak sebagai pemerhati bebas di sini :oops:
    chokilala´s last blog ..Rumah Hello Kitty My ComLuv Profile

  8. acadterror says:

    sbgi kanak2, saya hanya memerhati sje perbincangan ini hehehehe
    acadterror´s last blog ..acadESIGN : thirt hoki My ComLuv Profile

  9. maza says:

    laaa..tak tau lah pulak..

    wink! wink! wink!

    wakakakak

  10. aishah says:

    berapa ramai suami orang yang saya kenal..curang waktu isteri tgh mengandung..anak first pulak tu…huk~
    aishah´s last blog ..harapnya kamu tahu~ My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @aishah, tahun pertama perkahwinan adalah tahun dugaan, masing2 kena belajar menyesuaikan diri utk hidup dgn seseorang yg tiba2 hadir dlm hidup setelah umur melepasi 20thn…berlawanan sikap dan macam2 lagi perkara yg perlu ada tolak ansur

  11. perbincangan adalah lebih praktikal….
    hazman aka species1980´s last blog ..Telefon pintar untuk pelanggan korporat My ComLuv Profile

  12. megat says:

    3 bulan pantang pun dah merana apatah lagi kalau dicampur dengan 9 bulan. memang patutlah terjadi pada sesetengah lelaki yang dah mula pandai ‘makan luar’!
    megat´s last blog ..Mikael/Michael Jackson, Apakah Agama Yang Dianuti!? My ComLuv Profile

  13. tekkaus says:

    Tetapi saya rasa sebagai suami, isteri harus dihormati. Jangan disebabkan oleh nafsu dan membawa natijah yang tidak dingini kepada kedua-dua anak dan ibu. =(

    • Jie says:

      @tekkaus, ramai yang takut tanpa sebab , ramai yang mendpt nasihat dari pihak yang salah..dan akhirnya masalah timbul di pihak suami

  14. intan says:

    Salam Kak Jie… Perkara baik mmg patut dikongsi. Sapa2 yg x tahu, pls take note! :grin:
    intan´s last blog ..KLIK KLIK My ComLuv Profile

  15. chekguBH says:

    jgn biarkan mereka kehausan..
    susah nnti..
    puasa lame2 pun susah jugak kut…

    silap hari, buka puasa kat luar…
    adoi..
    chekguBH´s last blog ..Kisah 3 Budak… My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @chekguBH, amboi cikgu… hal2 mcm ni yg penting perbincangan antara pasangan…sebab tiap org berbeza proses kehamilan..tak sama..jadi jgn nak banding2 kan isteri org lain dgn isteri sendiri

  16. kruel74 says:

    Dr. Ismail tu doktor sakit tuan saya tu. Ya lah dah nak msk 6 tahun kawin belum ada rezeki pegi chk lah. Anyway ada kawan hari tu bersama dgn isteri terus beranak. Saya kata anak dia marah kena cucuk. Sihat je anak dia

  17. TokNabe says:

    Hahaha….. kelakar komen Belalang Dewa.Orang banyak pengalaman….
    TokNabe´s last blog ..Mencari rezeki My ComLuv Profile

  18. BDewa says:

    seronok baca ceramah abang long… tu la kujie… jangan biarkan suami dalam ketegangan sepanjang hayat….

  19. Itulah ruginya kalau tak ambil maklumat betul, bukankah tempoh 9 bulan itu lebih meriah dan bonus tanpa cuti seminggu sebulan seperti biasa. Hahaha… entri yang membangkitkan semangat.
    Rozlan Mohamed Noor´s last blog ..Ibu Seorang Penipu My ComLuv Profile

    • maza says:

      @Rozlan Mohamed Noor,

      perkhhh!!!

      termotivasi di pagi hari nampak!

      wakakakka

      psst: apa lagi, tambah lah stok yg sedia ada!
      wink! wink! wink!
      :D

  20. NoktahHitam says:

    bukan ke doctor galakkan hubungan seks ketika tahap matang kehamilan? Atas alasan memudahkan proses bersalin. Saye yg tidak berkahwin pon tahu ini.
    NoktahHitam´s last blog ..Sorry Not Too Late, Happy Father’s Day My ComLuv Profile

  21. Abang Long says:

    Salam hormat wahai kujie.

    Air mani suami perlu dikeluarkan apabila sampai tempoh matang. Perbincangan adalah jalan terbaik. Tugas isteri adalah untuk mempelajari tanpa malu bagaimana untuk meredakan ‘ketegangan’ biologi suami.

    • Jie says:

      @Abang Long, Ada ketikanya sebab penat bekerja pun dia boleh keluar sendiri…betul tu Abang LOng…tugas isteri…hehe :grin:

  22. BDewa says:

    temberanglah…. mana ada puasa sembilan bulan…. esok nak keluarpun ada yang belasah….

    • Jie says:

      @BDewa, sy pernah baca pertanyaan org..” boleh ke bersama selepas hamil…dia takut hamil dlm kehamilan…”

      nak gelak pun ade..tapi kesian sbb dia tak tau langsung bab2 mcm ni…

Panorama Theme by Themocracy