Kesan bersalin

Kesejahteraan fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk berintim secara seksual.

Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin rasa sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian.

Tahu sajalah, selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam.

Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan berintim dengan suami!


couple-with-new-baby

– gambar google search
Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa menjalani proses kelahiran yang mencabar seperti faraj perlu dipotong (pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit.

Ada juga wanita mengalami kecederaan kepada anggota kelamin ketika melahirkan anak dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan.

Jadi dalam keadaan sedemikian, apabila hubungan kelamin dilakukan dan mengganggu parutan atau tempat yang terluka dulu, sudah tentu ia memberi kesakitan atau ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan mood untuk bersetubuh.

Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan sewajar.

Perasaan tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual dan secara langsung jalanan darah tidak lancar ke anggota sulit .

Corong faraj juga akan menjadi sempit dan tiada lelehan cecair pelicin, di mana situasi ini dikenali sebagai ‘mati putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami masalah sama).

Jadi, jika hubungan penetratif dipaksa, ia akan terasa sakit dan ini akan menekankan lagi hubungan silaturahim seksual kemudian hari.

– Dr.Ismail Thamby

©Kujie – rencana ini untuk zariel yang balik kampung menjemput isteri baru habis berpantang.  Juga untuk bapa² muda yang bakal menimang cahayamata. Yang belum kahwin, baca sebagai satu bab dari buku biolagi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. hmmm ceta soal bersalin ni kak jie payah benar juga kita nak explen sepenuhnya yer…agak susah rasenya tau…kesakitan, keoedihannya inda boleh bah digambarkan dengan kata2… 😉 😉 😉

    tapi kadang2 kan kak jie, orang kat umah tu kan senang2 je yer nak tambah dua tiga lagi…. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    kalo durang merasa nyamannya bersalin tu baru diorang tau tingginya atau rendahnya langit…. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    (gurau2 utk hilangkan rasa ngantuk di pagi buta)
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wanita cemburu serang suamiMy Profile

  2. pantang 100 hari kak jie biar betul2 elok. jamu tak tinggal sampai sekarang.. kenalah jaga…yg keluarnya dah 5 org.

  3. salam… tumpang lalu…

    memang skit luka bersalin tu….org lelaki patut lebih sensitif dan jgn gopoh…fahamilah perasaan isteri anda okey…

    ogyhas last blog post..Isteri Hebat Suami Ceria

  4. dh emel link blog k.kujie utk post yg ni kt husb. bia dia bace skali…

    aduh, luka b’salin…

    edames last blog post..Up to date = update…ye ke?

  5. zana pun full package kak.erm…. er… agak2 kak jie faham tak?? 😕

    Zanas last blog post..New Fwen!

  6. entri ini memang bagus la kujie.

    den raso lah nak jo balik ke Kuantan skrg gak…..hehehhe

    bukan apa, nak bagi penghargaan pada bini…..gesel2 sikit2 gitew….dan seterusnya…..shhh…..(rahsia)

    wakakakkakaak

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mazas last blog post..Nada Tak Sekata

  7. Boleh tambah tak… Gunakan KY gel…. 😯

    samdaddycools last blog post..Youtube Gambar Fasha Sandha mandi

  8. Kak Jie,

    sampai sekarang saya seperti terasa-rasa torehan pisau bedah ketika melahirkan anak ketiga..seakan ngilu dan serik gitu..

    sallys last blog post..Bingung aku!

  9. bai ade juga dengar cerita dari kawan² yg dah ada pengalaman melahirkan.
    macam² kisah ada.
    bab potong² tu pon ada jugak.
    isyh, mmg seriua bila dengar.

    yeps, suami mmg sangat perlu paham. sangat² perlu.

    fiezabaiduris last blog post..Forward email – Ayahku dan si"dia"

  10. bila Kak Jie cakap bab potong tu, potong neeza lagiiiiii besarrrrr… cuma bukan kat bawah la.. kat atas sikit hehee..
    betul tu Kak Jie, kalau suami tak faham, boleh meroyan isteri tu..
    neeza ni dah anak 4 pun still rasa macam stress lepas beranak..
    sebab bila anak menangis, jadi tak tentu hala.. badan kotor kan..
    nasib la suami boleh faham jugak.. tolong2 apa yang patut.. 🙂

    Neezas last blog post..Open Day sekolah ku..

    • @Neeza, sama le neeza…kak jie pun kena potong besar gak….. 😆
      3 kali ditempat yg sama

      zaman skrg ni rasanya dah ramai suami yg tahu tips rumahtangga 😆

  11. wah..info yg bagus ni….thx eh kak jie 😉

  12. NikShikin says:

    Alhamdulillah suami Shin boleh tahan sampai 100 hari, sama masa anak pertama dulu. Syukur sangat, 😆

    NikShikins last blog post..ponteng kerja [lagi]!

    • @NikShikin, pantang 44 hari dan pantang 100 hari…akan alami juga keadaan yg sama

      pertama kali selepas bersalin…. :mrgreen:

  13. berdebar2 yer tunggu nak bersalin ni…entah la mcmna nanti nak hadapi :roll:

    iss last blog post..cinta yang sempurna

  14. etomyam says:

    elok amalkan kacip fatimah…..laki bila kepala penuh…mulalah

    etomyams last blog post..New Free WP Theme : CrackedWP

  15. Jie… sebelum ni, OD tak terfikir pun betapa beratnya cabaran yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Sebelum ni OD hanya tahu, lepas bersalin, ibu-ibu berpantang. Lepas tu OD ingat, habis cerita. Rupanya tidak. Banyak sungguh ranjau yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu ini. Haiii… patutlah kebanyakan suami mula main kayu tiga semasa isterinya mengandung. Bukannya nak cuba memahami masalah yang terpaksa dilalui oleh isteri semasa mengandung dan melahirkan anak si suami tetapi dia menambahkan lagi sengsara isterinya tu. Tabik sejuta kali kat wanita yang bergelar ibu.

    ODs last blog post..Selamat Hari Jadi Bonda – 11 April 2009

    • @OD, ramai ibu2 muda alami tekanan waktu ni
      dgn tanggungjawap anak …. tak pasti anak nangis lapar ke..anak nangis sakit
      anak meragam malam ke…mcm2 hal

      kemudian…. tanggungjawap pada suami lagi

      mcm2 nak fikir

  16. Nice info… banyak ilmu baru dapat… hehehe

    Adrys last blog post..Twilight Movie Review

    • @Adry, lelaki kena ambil tahu bab emosi mcm ni
      keperluan isteri bkn material semata2….tp emosi dan perasaan :mrgreen:
      apalagi kalau beranak kecil..tak de pengalaman pula tu

  17. hihiiiiii…lucah dan lincah…yerk… tak mau bersalin kulit….

    • @belalangdewa, uikkk…kalau awk tu baru 15 tahun boleh nak anggap lucah
      ini dah nak bercucu pun…tak kan info mcm ni nak baca sampai ghairah 😆

  18. Aku rase.. sebelum isteri2 tu nak bersalin bagus belajar cara nak push baby out dri bidan2 bertauliah.. kalau dah pdi kejap jerk baby deliver 🙂 ..heheh pasal aku pun dah pernah sambut baby lahir :roll:

    zakis last blog post..Pesta Buku antarabangsa Kuala Lumpur 2009

    • @zaki, elok tu…mmg masa dlm mengandung pun digalakkan suami ikut isteri pergi check up..masa tu tanyalah soalan dgn doktor kalau ada yg tak faham…

      masa tu doktor bagi beberapa nasihat….kalau isteri yg cakap nnt ckp nak tunjuk pandai pula…hehehe…biar dia dengar dari doktor sendiri :mrgreen:

  19. Kurus5Hari says:

    pengorbanan seorang isteri begitu besar sekali. seorang suami perlu ingat, isteri bukanlah hamba utk melepaskan seks sahaja; kena bertimbangrasa. pengalaman melihat isteri bersalin menambahkan lagi keinsafan saya.

    Kurus5Haris last blog post..Cara Pantas Kuruskan Badan

    • @Kurus5Hari, ramai yg pernah melihat isteri bersalin akan sedar
      mcm mana keadaan masa tu
      itu org yg melihat
      apa lagi isteri yg menanggung
      sbb lepas bersalin…………. nk layan anak yg baru pun tak berpengalaman
      tekanan…..
      hingga kadang2 bab2 bersama suami tu dia pinggirkan
      bagilah sokongan…

  20. aduhaii… kesian plak rasanya.. sakit weh…. aku plak terasa… fuhhhhh.. ngeri

    Richies last blog post..Servis Peel Away Ads Mazlie Nadzri

    • @Richie, itu perjalanan seorg wanita utk menjadi seorg ibu :mrgreen:

      utk jadi bapa senang je kan………

      sekali je pun kadang2 dah menjadi :mrgreen:

  21. Ismail N says:

    Ini bolehlah dianggap dugaan dalam perkahwinan. Walau banyak alasan yang diberi oleh kaum lelaki, saya rasa banyak perkahwinan musnah bila hubungan kelamin dan kemesraan suami isteri menjadi kurang bila usia perkahwinan meningkat. Situasi yang disampaikan dalam posting ini merupakan suatu contoh bagaimana hubungan ini mula menjadi kurang.

    Saya rasa zaman dulu2 suami-suami ambil keputusan utk kawin lebih tp zaman sekarang yang ada hotel, rumah urut dsb, maka curi-curi makan aje. Bukan mahu tuduh, tapi itu hakikat sebenar kita umat akhir zaman ni. Masaalah ini memang sukar nak diatasi, lebih-lebih lagi kalau ilmu agama dan sembahyang kerap ditinggalkan.

    Pada isteri-isteri yang hadapi masaalah semacam ini, harap tabah & berusaha dgn berjumpa doktor dsb. Kalau nak tahu suami awak tu sayang betul2 kat awak atau tidak, ini lah masanya. 😉

    Ismail Ns last blog post..Tell All Your FRIENDS In One Click of A Button

    • @Ismail N, isteri jadi mcm tu pun bkn suka2…sebenarnya bukan 100% pilihan dia tapi….sebab perbuatan suami juga kan… 😆

      belajarlah membaca emosi isteri…. mmg ramai yg fobia sebelas bersalin

  22. kak kujie pengetahuan yang macam ni bukan untuk kaum suami jerk kaum isteri pun kena ambik tahu jugak… kadang tu isteri sendiri tak ambik tahu masalah diri sendiri bila jadi masalah berbangkit tunding jari pada orang lain… 😐

    shays last blog post..Kena TAG la pulak…

    • @shay, banyak kes isteri takut nak rapat sgn suami lepas bersalin
      ngilu…….masa bersalin tu masih terasa 😆

  23. fardhu kifayah gak ni. :mrgreen:

    penting untuk menjaga hubungan suami isteri. pendek kata kalau ada masalah baik bawak berbincang then jumpa doktor.

    jangan ego!

    terima kasih untuk entri informatif ini 😀

    aidilxs last blog post..Aidilx.com: Kini Sahabat Fivio

  24. kutaksempurna says:

    huhuhuhuhuhuhuhu…
    sian org pompuan..

    kdg2 waktu ni la si suami merenyam ngan pompuan lain…

    huhuhuhuhuhuhu…
    tetiba rasa takut plak…

    • @kutaksempurna, tak tahan dia nk puasa lama2 tu …hehehe 😆
      masa tu bau pilis, bau jamu..bau muntah anak pun rasa sedap jeeeeeeee…. 😆

  25. sakit perot biler baca entry nih! sungguh ngeri okeh!

    cakap kosongs last blog post..Sebuklah Sangat!

  26. bagus kak! bior sedor sket bapak2 tu. hahaha

  27. erm…
    tpi bende ni kdg2 dalam sakit ade nikmat kut…
    huhu…

    chekguBHs last blog post..Last Preparation dan Rehearsal Hari Sukan 09…

  28. Ilmu yg bagus nih tp
    gerun laa jugak. :mrgreen:

    Eriyzas last blog post..Amanat Rakyat Untuk Menteri Kabinet

  29. Anak pertama saya, isteri lahir normal. Dapat lihat camner isteri bersalin. Seksa rupanya. Masa tu berjanji kalau “nak” kena dia yang mula sbb kesian kat bini.Tapi dah nama jantan ni mana ingat semua tu. Isteri habis pantang jer mula la nak “terkam”.muahahaha. Tp alhamdullialah sekarang dah nak masuk 2 masih main “kejar2” dlm rumah, best betul lah..

    haritzs last blog post..Pneumonia

    • @haritz, kalau nk tunggu isteri mulakan dulu……….awk kena pantang 101 hari le kot..hahaha…

      dah bini awk, nak terkam ke..nak kejar2 ke….ejas sendiri² le 😆
      tapi ini pengalaman pertama dan panduan utk suami isteri muda..yg pertama kali

    • @haritz, Huaaa…… kelakar betul !

      Main kejar2 macam filem hidustan ke ? Kih kih …. Tak pe laa… kira pasangan muda, tenaga masih banyak lagi.

      Kita mokcik dan pokcik ni setakat cuit2 dan kenyit2 mata je… Tak larat nak berambat keliling rumah. Takut rebah dan patah gigi lak….kih kih…. 😆

      Ties last blog post..Madu lagi……

      • @Tie, dlm banyak² komen…tang kejar² mcm filem idustan ni yg dia suka..hahaha

        tie….dah tua2 takut tergelak suka suki lebih…tertelan gigi palesu le pulak

        muahahahaha….

        • @Kujie, Ha ha ha…………

          Mujur tak tersedak tadi (dok ngunyah jemput2)……

          Tang tertelan gigi palsu tu terus mengingatkan Tie pada entry Jie yang dulu….bercium entah macam mana boleh tertelan gigi…..eee….boleh pitam nih!! 😳

          Ties last blog post..Madu lagi……

      • @Tie,

        uiks…..Tie, baru den tau ekau…! wakakakka

        ganaz ganaz…..

        auw malu lak den mendongarkannya……

        hehehhehe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

        mazas last blog post..Nada Tak Sekata

  30. Alamak…..bila baca tang ‘potong’ tu rasa semacam je…. kat kampung klate, depa cakap ‘toreh’ hu hu….nyilu rasanya….

    Ties last blog post..Madu lagi……

    • @Tie, toreh …mcm p motong getah le pula Tie 😆

      sy tak pasti takut mcm mana..sbb tak toreh
      lahir anak2 semua ikut tingkap

      lagi besar toreh tu…ngeriiii! 😆

  31. thanks for sharing kak jie !! berguna untuk di masa hadapan
    🙂 🙂

    happy weekend !!
    rindu kat kak jie laa :mrgreen:

  32. Banyak ilmu blog nih. Politik, IT, kereta, kesihatan… Macam-macam ada… 😕

    kruel74s last blog post..The day I fall in love with my wife….