Kiitos hyvää

By Kujie, 11/11/2009 7:12 pm
semua baik kan

Ye, Alhamdulillah. Saya baik-baik saja. Kiitos hyvää – I’m fine, thank you.

huhu….siapalah dari Finland ni datang bertanya khabar.

p/s – ini ringtone saya lebih setahun tak pernah tukar

******************* tamat entri tak berfaedah *****************

Musim berkompang datang lagi! Ada yang telah selamat , ada yang sedang berdebar menunggu detik-detik untuk menyempurnakan sunah rasul, izin berwali ijap bersaksi, memadu pertemuan dua hati . Semoga hidup dan mati diberkati Ilahi.

Namun, perkahwinan itu bukan semata-mata untuk menghalalkan yang haram. Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional, bersulamkan emosi pengikat diri . Walaupun perkahwinan ialah perkara Syariah, bukan perkara adat tetapi ada juga adat yang perlu dihormati yang memberikan kebaikan bukan yang menyusahkan . Kita bangsa timur yang masih berpegang kepada nilai murni dan adab-adab dalam bermasyarakat.

Dalam membina kerukunan rumahtangga, perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan adalah soal mendapat restu daripada keluarga disamping doa ibu bapa yang membawa kepada keredaan Allah swt. Kita ingin menuju ke syurga tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Sampaikah?

Tidak ada sebab kenapa sanggup melukakan hati kedua-dua orang tua yang jasa mereka tidak boleh dibalas dengan semua hadiah sebanyak isi dunia ini. Sekecil mana sekali pun saiz tapak kaki ibu , syurga diibarat dibawahnya.

Jika berkahwin dengan tergesa-gesa  tanpa pengetahuan keluarga itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan dosa dan maksiat atau kerana nafsu, maka renunglah kembali. Adakah dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu?

Mengapakah perlu membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Gembirakah kita melihat perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga dan tergurisnya hati ibubapa? Menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka.

Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu?

Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita  menilai  sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya.

Tetapi dengan sengaja meletakkan diri dalam kedudukan bermasalah bukan tindakan bijak.

pengantin lama

KOTA BAHRU, MALAYSIA: MALAYSIA OUT Kamarudin Mohammed (R) and his wife Khadijah Udin dressed in their Malay wedding costumes in the north-eastern city of Kota Bahru 05 October 2004. Kamarudin, 72-years-old, has married for the 53rd time in what is said to be a national record, and this time around he went back to wife number one, Khadijah. (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

Post Lain Yang Berkaitan

22 Responses to “Kiitos hyvää”

  1. samdaddycool says:

    53 tahun… rekod kejohanan! Wa tak mau komen lebey-lebey.. hik.. hik…
    samdaddycool´s last blog ..Ebook sampah dan duit haram…. My ComLuv Profile

  2. kriesz says:

    yg bagusnye kenurik kawen ujung taun nie..dpt mkn free..ujung minggu.. :mrgreen:
    kriesz´s last blog ..Genting Edisi Gambar 1 My ComLuv Profile

  3. cheryna says:

    errr…53 kali? sha yang sekali nieh pon susah.

    Dr Phil in Oprah:

    “You’re preparing the cake, dress, flowers….you’re rreparing the wedding. You’re not preparing youself for marriage.”

    Kebetulan, itulah suara hati sha.

    Yang penting bukan majlis perkahwinan. Tapi apa yang berlaku selepas kawen.

    Sepupu sha kawen lari dengan laki orang. Yes, kami malu. Tp lebih malu bila ayahnya dulu iaitu darah daging sha dok cakap itu ini pasal anak org. Jadi kat anak sendiri, mampukah cakap apa2 lagi?

    Mungkin…anak perlu muhasabah. Ibu bapa pun begitu!
    cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: babi! My ComLuv Profile

  4. hihi…

    sepupu saya kawen bulan 12 ni..6 haribulan..di johor..yeay, dah boleh balik johor..
    msanissyahirah´s last blog ..‘Howling at the New Moon’ My ComLuv Profile

  5. Eriyza says:

    Tahun ni sj 3 org sahabat siver yg paling best
    menamatkan zaman bujang masing². Kejap jer
    rasa masa belalu, dolu sesama beforum sampai
    ke pagi, laa ni depa dah kawen. Huhuhu!!! :lol:
    Eriyza´s last blog ..Mee Lidi Yang Asli My ComLuv Profile

  6. mrs azmi says:

    baru ni sepupu suami nikah di siam tanpa pengetahuan si ayah… :shock: :shock:
    bile tanye alasan die tertekan sebab ayah die lebihkan bini baru(ibu si anak sudah meninggal), si anak tunggal ni rasa dipinggirkan… alahai singkatnya pemikiran

    si ayah sangatlah terkejutnya bila anak dara die balik dah bwak suami… mujurlah takde sakit jantung.. macam2 hal skang ni :roll:

    jemputan kawen dah berbaris nih… selamat pengantin baru kepada mereka semua.. ;-)
    mrs azmi´s last blog ..tula… pandai sangat!! My ComLuv Profile

  7. Selalu selalu Iza ingatkan diri supaya jangan buatkan mak dan abah bersedih apalagi kecil hati.

    Bab2 khawin pulak bukan hal enteng. Terikat tanggungjawab dan amanah yang akan dipertanyakan kelak. Bkn untuk bersuka-suka sahaja.

    Peringatan yang baik dari Kak Jie. Iza pun takut kalau2 ter-mabuk kepayang dan ter-lupa part yang sangat penting tu -restu ayah bonda :|
    iza~de~bintang´s last blog ..Jika Merasakan Dirimu Tinggi… My ComLuv Profile

  8. Lan Bingka says:

    janganlah ketepikan keluarga dlm hal perkahwinan. kecil hati mereka sampai bila2 tak terubat..
    Lan Bingka´s last blog ..Walimatul Urus Pertama My ComLuv Profile

  9. blowie says:

    HAHAHAHAHAHAHA,betul kuasa kuda la orang tua gambar last tu :P

    kopi janda,bukan nak menggoda cuma nak berniaga ahahhaahha
    blowie´s last blog ..Entry pertama utk CHELSEA musim ini! My ComLuv Profile

  10. tekkaus says:

    ya! Sebaik sahaja berkahwin banyak perkara kena difikirkan! :D Saya faham! :lol:
    tekkaus´s last blog ..Good Bye My Black Horsy… My ComLuv Profile

  11. maza says:

    alahai.. teringat masa bujang dulu2 itew.. hehehe

    kepada mereka yg nak kahwin tu, maza ucapakan selamat pengantin baru, mudah2an kekallah hingga akhir zaman.. heheheh

    kepada nak berpisah tu, ingat2lah kat zaman bahagia.. jgn mudah sangat bercerai dan mintak cerai.. huhuhu

    tak elok tu.. takut2 jadi nenek yg kena bunuh suami.. sendangkan mereka berdua sudah masuk alam tua… semuanya gara2 nenek yg sudah berkahwin 11 kali itu minta cerai..

    aduhaiii.. sadis kanzzz.. huhuhu :???: :???: :???:

  12. tengok ni teringat pulak kes yang kat kedah kena tikam pasal cemburu

  13. Hafizd says:

    saya sokong~!!!

    chomel la pengantin2 tuh~ cute sgt~ hihi..terinign nk tgk live!
    Hafizd´s last blog ..She’s gone… My ComLuv Profile

  14. Zymazara says:

    Salam Kak Jie……

    Akak sihat ke?? Ur kids sihat?

    **Mmg benar apa yg Akak tulis ttg n3 tu. Jika kita membelakangkan family terutamanya kedua ibubapa, tak bahagia hidup kita hingga akhir hayat. ALLAH sentiasa melihat tindak tanduk kita………tapi kita seringkali terlajak….terleka dibuai mimpi indah yg dijanjikan oleh pihak lelaki.

    Kerana membelakangkan ibubapa la mcm2 perkara buruk terjadi dlm hidup kita. Itu bermakna ALLAH dah tak redha. Sekali kita buat air mata ibubapa menitis kerana kesilapan dan kealpaan kita, bukan syurga utk kita…..tapi yg sebaliknya.

    Akak Jie jaga diri ye. Jgn susah hati…….ingat memori manis yg membolehkan hidup kita ceria. :)
    Zymazara´s last blog ..Selamat Pengantin Baru To Me My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Zymazara, ALLAH sentiasa melihat tindak tanduk kita… betul
      hingga ke dasar qalbu walau hanya terdetik

  15. beliamuda says:

    uish.. 53 kali kahwin.. kembali semula ke Isteri pertama jua akhirnya.. hehe..

    ramai rakan yang memikirkan perkahwinan semata untuk menghalalkan apa yang haram. banyak yang masih tidak sedar tanggungjawab yang perlu ditanggung selepas berumah tangga..

    ~masih jua tidak paham akan tanggungjawab itu..
    beliamuda´s last blog ..Merangkai Kata Yang ke-200 My ComLuv Profile

  16. Tie says:

    Haaa…… siapa-siapa yang rasa nak kahwin tu eloklah cepat-cepat beritahu mak abah…. sekurang-kurangnya dapat juga mereka berkongsi rasa bahagia bersama… Jangan nak ikut hati muda. Semua nak cepat, adat dan adab dipinggirkan.

    Ingatlah hidup kita ni atas berkat doa mak dan abah kita.. Kerana merekalah yang berdoa siang malam untuk kita.

    ~Jie, masa Tie kahwin dulu tak merasa pun pakai songket sepasang macam tu… pakai wedding gown je….. :mrgreen:
    Tie´s last blog ..Channel Ceria My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Tie, nak kahwin baju tak penting Tie….ha ha ha :lol:

      Saya pun tak pakai Tie, simple je…memang mudah sangat majlis saya. Saya ni dulu boylish sikit mana reti nak bergaung bersongket tu Tie. Sampaikan mak bawa g kedai mas nk belikan barang kemas dah nak kahwin pun tak mau. Alih2 beli la juga subang sebesar hujung jari kelingking tu..hehehe :lol:

  17. Dr House says:

    Humang ai. 53 kali. Hujung2 tahun ni ramai le yang akan menamatkan zaman bujang.
    Dr House´s last blog ..Permainan ditunggu-tunggu Modern warfare 2 dikeluarkan hari ini My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Dr House, dah tiba musim tengkujuh….. musim hujan…..musim cuti sekolah & musim membesarkan keluarga sebab bila berkahwin, hubungan bukan setakat berdua tetapi kedua2 belah pihak

Panorama Theme by Themocracy

Malaysia Web Hosting