Pengalaman Bersalin – Hargailah Ibu Dan Isteri Anda

Seperti rakyat marhaen lain, saya juga teruja untuk mengunjungi blog  Aidid Mu’addib…  yang sekarang ini menduduki carta blog paling seksi dan bergetah dalam komuniti blogosphere di Malaysia sekarang. Tengok saja site meter visitor blog dia, bergerak laju macam kat meter pum minyak. Dua tiga kali pancut – meter petrol tu dah tunjuk angka 50.00! Dua tiga kali tekan pedal minyak, meter kat dashbord tu bertukar oren dengan jarun E!

Kali pertama ke blog Aidid Mu’addib pada 6 November 2010 untuk rujukan entri Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta , visitornya belum mencecah 100K.  Sekarang dah hampir 170K dengan 26 post entri sahaja.

Saya baca kesemua 26 post di blog Aidid Mu’addib ( entri  berkajang² yang sarat penuh rujukan – i like! ) dan apa yang ingin saya kongsi di sini bukanlah satu kajian serius mengenai skim piramid  “The 8-Ball Model”  atau  “The 2-up system”   bukan tentang tungsten yang sebenar logam buat filamen mentol lampu tetapi satu post yang sesuai dengan skala pengunjung blog ini – mak² orang, bapa² orang ada anak dara bujang orang.

Entri ini saya baca 3-4 kali dan setiap kali membacanya – berbagai gelodak isi perut berpintal² membelit .  Apa yang saya baca seolah² saya alami sendiri walaupun pengalaman ini tidak pernah sekali pun ditempuh.

Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni… benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku… bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun… Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung… nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak… sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat… maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia… jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu… wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi…. tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan… mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin… jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu “primi” ni… anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse… nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi… pompuan tu pun dipersediakanlah utk “labour” – baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)… korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu… dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu… suara aku pun keluar gak, no choice… kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan “coach” ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak… memang seksa nak keluar. Push punya push, “crowning” (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak “episiotomy”… iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah… abis nanti koyak ke anus… dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol… terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu… tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia… jeritnya….

Poop! muncul kepala baby… aku suruh ibu tu push push push… aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas… tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit… korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok… menangis kuat… so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi… tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak “weird” dan memang berbau hanyir… itulah bau daging manusia… segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan “synto” diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi… tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina… aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok… tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat… 1-2 inci punya luka… darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep… baru darah stop…. ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar… tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak… luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit… mau berpuluh kali jahitan… dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje… tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam… baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku… buatlah apa ko nak buat… aku dah tak kose – janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak… luka yang aku potong tadi tu. Ingat… aku ni belum byk pengalaman… tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje… tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu… “saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop… dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi… jgn lupa hantar poskad terima kasih”… kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku… ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok… settle la satu perkara… dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni… benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin…. nothing special.

Eh… betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu… cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban… tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu… anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi… percayalah.

Jadi… lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu… meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu… cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak… kotakan.

– Anonymous

Saya ingin sangat berkongsi kisah ini kerana ingin mengabadikan rasa tersentuh hati dengan pengorbanan dan keperitan melahirkan seorang zuriat untuk tatapan saya, suami , anak² dan mungkin pengunjung lain.

Ambilah sebagai pengajaran diri.

Walaupun saya lahirkan ketiga-tiga anak dengan pembedahan, baca entri ini terasa ngilu dan ngerinya terbayang bunyi gunting, vacum dan perbincangan sesama doktor dan nurse di dalam bilik pembedahan.

©kujie – saya pun pernah muda, remaja dan memberontak.  Sering juga berlaga angin dan berselisih pendapat dengan emak.  Tetapi di akhir² usia begini, saya sangat ingin membelai hati seorang ibu itu biar apa sekalipun dirinya.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sbb itu kata orang seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak sekalipun..tapi belum tentu seorang anak dapat menjaga seorang ibu dengan baik..

    buktinya sekarang, bebrapa kes dilaporkan di kaca tv anak tikam ibu sampai mati..sedihnya yer..sampai hati si anak drhaka tadi tu bunuh emaknya sendiri yang mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari (kalo sampailah)…dahlah sengasara ibu morning sickness tambah lagi kesakitan bersalin…senang2 je dia bunuh emaknya…

    bagi suami2, bapa yang ada di luar sana hargailah ibu dan isteri anda..kalo dapat isteri yang solehah syukur alhamdulillah tapi kalo dapat isteri yang kurang ajar pada mak bapak awak pikir2 kanlah..

    isteri boleh dicari, boleh ditukar ganti namun seorang ibu tak kan ada gantinya sampai bila2…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wanita cemburu serang suamiMy Profile

  2. teringat masa wife melahirkan anak pertama.masa tu saya masuk labour room.cuak gak bila wife saya start sakit.insyaallah bulan 5 nanti saya akan mengharungi pengalaman ke 2.mudah-mudahan semuanya selamat.amin
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Perbandingan dengan bisnes lainMy Profile

  3. Menginsafkan. Saya sayang ibu saya. Saya sayang isteri saya.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Kenapa saya berblogMy Profile

  4. pemerhatidunia says:

    Yelah k.jie. sy dah rasa semua tu. Aduh, seksanya berjam-jam, Allah je yang tau. Kena jahit pun rasa nak menjerit, tp kena mrh dgn nurse pulak, dia duk kata masa buat sedap, nak kena jahit, bising. Nk buat mcmmana, anak pertama.. Tapi alhamdulillah berjaya juga saya harunginya…
    Jom terjah post menarik dari pemerhatidunia ..Kebenaran Kiamat 2012My Profile

  5. eeeeee,takot tp itu yg zaza rasa..masa tu budak praktikal yg gunting(episotomy)..luka punyalah panjang…masa dlm pantang nak buang air besar punya la sakit sampai nangis2….skrg neh wlaupon dah 7bln still sakit lg .

  6. Tahniah – percayalah seumur hidup detik ini tak pernah lupus dari ingatan… tengok anak² membesar ,pejam celik pejam celik masih baru terasa peristiwa tersebut

  7. Siang malam saya berdoa isteri saya akan melahirkan anak yang soleh/solehah serta sempurna fizikal dan mentalnya. Akhirnya alhamdulillah lahir juga baby tersebut pada 6/12/2010. Mudah-mudahan jadi anak yg solehah besar nanti.
    Jom terjah post menarik dari Abe ..Corset Az-Zahra Bengkung 7 meter untuk Ibu BersalinMy Profile

  8. Assalamualaikum
    memang benar bila sudah mrasai susah payah melahirkan anak apatah lagi sakit ketika bersalin sukar digambarkan….rasanya mcm tak cukup budi kita pada ibu yg mgandung n mlahirkan kita selama ini…Dan setelah menunggu lama kehadiran cahayamata(15thn lamanya)…kegembiraan itu sukar digambarkan….tetapi sayang kegembiraan itu hanya sebentar sahaja..kerana Allah lebih myayangi anakku yang hanya dapat hidup beberapa minit aje…

  9. tersentuh baca
    Jom terjah post menarik dari cik yam ..AC Mizal Jawab DakwaanMy Profile

  10. Isteri saya baru melahirkan bayi lelaki pada hari Isnin lepas secara normal. Pada masa itu isteri saya baru buka 5cm dan Doktor yang merawatnya kata lambat lagi apa lagi isteri saya pun teran kerana pada 5cm di rasa macam nak berak. Kelam-kabut doktor tadi apabila kepala bayi sudah tersembul keluar. Sebagai suami saya tidak dapat bayangkan saat-saat bayi dilahirkan kerana sebab itu perempuan dianugerah kebolehan melahirkan bayi.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Akibat salah guna dadah sintetik manusia hilang akalMy Profile

  11. panjangnya entri.hehehe.shahdunya.masa anak first,saya masuk labour room.kecut gak masa wife dah start sakit.tak tentu arah saya dibuatnya.maklumla first time
    Jom terjah post menarik dari nasfachocolate ..Khasiat kokoMy Profile

  12. bila mengenangkan perkara-perkara macam ni, kengkadang bile kesalahan kecik si isteri tu… saya pejamkan mata jer. walaupon kengkadang meluap nak marah. dia dah melahirkan zuriat saya. cerita ni pengalaman depan mata buat sebak bila teringat aruah mak dengan masa amirul nak lahir. kalut bukan kepalang seorang ayah.. si emak pulak bertarung nyawa…

    herm… sebenarnya speechless baca kisah ni. macam depan mata. dan saya boleh gambarkan apa yang dia cakap tu seketul seketul terpampang dalam kepala. meskipun tadek pengalaman teman cik adik dalam labour room tu.

    lagi dua tahun kot? boleh kot? rancang merancang jugak kan. kalau ade rezeki lagi lepas ni, insyaallah nak carik tempat yang boleh saya temankan dia sepanjang malam. erk.. masalahnya amirul plak.*GOSHHHH*

    Nota: Geng Bapak-Bapak zaman la ni, semua kene pandai uruskan hal ehwal keluarga.. bukan setakat makan dan tempat tinggal.. masak, mandikan anak, menjahit, mengait.. kalau boleh biar jadi bapak multi purpose.

    Nota2: dah lupe dah cara-cara nak mengait. haha.. saya dulu terer ok. semua seni kraftangan nak blajar. termasuk menganyam ketupat jer yang masih terer sampai sekarang. itu pon belajar dengan mak sekarang ni 😀
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Open Cube – Visual CSS Quick Menu – Mempercepatkan kerja-kerja pembinaan menu interaktifMy Profile

  13. Menitik air mata bila baca entri sampai habis..4x bersalin normal 1x czer cukup menginsafkan..terasa nak peluk mak sendiri setiap hari..tapi mak memang tak duduk dengan kami..terasa nak peluk mak mertua selalu tapi jauh sangat..bersyukur kerana mak mertua lahirkan seorang suami yang cukup cekap menjaga saya dalam pantang 44 hari…walaupun kesemua anak yang dilahirkan tu dia tak dapat saksikan sendiri..tapi dia tahu macam mana menderitanya cikmin ketika itu..

    Wahai anak..sayangilah ibu kamu sementara masih ada..uhuks..
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..SMS Malam JumaatMy Profile

  14. menu makanan says:

    benar sekali Ibu, membaca artikel ini lebih kami sekeluarga di Indonesia terasa tersentuh. Dimanapun, perempuan adalah ibu yang mengasihi anak anaknya sepanjang hayat….
    Jom terjah post menarik dari menu makanan ..Tempe Menjes GorengMy Profile

  15. salam kak jie..
    ada juga kisah sedih bile menyaksikan anak perempuan yang sudah ada anak sekalipun tapi masih tak tahu menghargai ibunya.. tah apa jenis hati perut..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Di sebalik 17 orang yang dapat 5AMy Profile

  16. iyer tuuu….kau yang merasa…tapi sy yang mengerjakan dari sedar sampai tek sedar sampai sedar semula….sampai la balik.semua tu tak kan ku lupa.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Buah KebanggaanMy Profile

  17. :-aLCapone- says:

    Dr tak bagi aku teman bini laa masa dia nak kena ceaser utk anak #1 dan #2 sbb dia takut aku pulak yg pengsan bila tengok proses ceaser tu…. tapi aku sempat kawteam dgn dr mintak nurse rakam guna kemkoder proses bini aku kena ceaser utk anak #2….. dah la ceaser, kena forcep plak sbb budak tu duduk melintang dlm perut…. memang mengerikan dan mengecutkan perut bila tengok rakaman tu…. esok2 bila budak tu dah besar tak dengar cakap emak dia, aku pasang balik rakaman tu bagi dia tengok…. baru insaf dia, silap2 aku pun ikut insaf……

  18. Insaflah wahai anak-anak…ibumu menyabung nyawa untuk kamu.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Solution to Facebook share showing wrong descriptionMy Profile

  19. alahai kak jie..sebak lak baca..nauzubillah, hope pengakhiran sy adalah sbg seorang ank soleh..amin..
    Jom terjah post menarik dari JMR ..Smoke Houseada sesapa nak sponsorMy Profile

  20. satu perkongsian yg sangat memberi kesan. t kasih
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Berlari Laju- Pandai Menggelecek- Pandai Mengawal Bola- Tapi Kalau Tak Masuk GolTak Guna kanMy Profile

  21. Saya menemankan isteri saya bermula proses masuk ke wad bersalin sehingga lah semua nya selesai. Pengalaman yang menakjubkan dan saya bangga berada di sisi isteri saya sepanjang masa itu..

    (macam nak tercabut tangan ditariknya sebab menahan kesakitan)
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..FORCE RANKING PUNYA HALMy Profile

  22. baca entri pun dah seram..belum rasa sendiri 😥
    Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Melaka Wonderland Theme Park & ResortMy Profile

  23. saya ternangis baca entri ni.. saya sayang mak!! 😥
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Apa itu FollowFriday TwitterMy Profile

  24. saya ingin berpesan juga sedikit…. untuk mengenal pemuda yang baik adalah yang sentiasa berbuat baik pada ibu dan bapanya,…. so, jika mencari suami, lihatlah layanan bakal suami kita terhadap ibunya, nescaya nanti baiklah juga layanannya pada isterinya
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..tersenyum tanpa AMy Profile

  25. Allahuakbar…subhanallah..
    Tiada yang lebih besar pengorbanannya melainkan pengorbanan seorang isteri ketika melahirkan anak…

    Itu juga yg isteri saya ceritakan selepas selesai bersalin “semua sakit hilang bila baby dah keluar…”

    InsyaAllah, saya akan terus mencintai ibu dan isteri dengan penuh kasih sayang…adui…

    InsyaAllah jugak, isteri bakal lahirkan anak kedua..dan kali ni, saya nekad utk temankan isteri di bilik bersalin..ameen

    takleh tulis lagi dah…sebak rasa dada…

    p/s – terima kasih kak jie, kongsikan artikel ni… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Hakim tidak bersalah sepenuhnya- apatah lagi iMeknya…My Profile

  26. L@n@ aka Mak Budak says:

    kite sama la kak jie .. semua anak2 keluar ikut tingkap .. walaupun pernah rasa kesakitannya masa nak deliver .. tuhan saje yg tahu bgmana kesakitannya .. begitu besar pengorbanan ibu kepada anak2nya .. kalau bonda ade lagi ingin ku cium kakinya puas2 ..
    Jom terjah post menarik dari L@n@ aka Mak Budak ..Keputusan UPSR 2010 Dari 482-334 Calon- 48-327 Peroleh Semua AMy Profile

  27. Terima kasih berkongsi Kak.
    Zara pernah tengok video orang bersalin dan trauma sendiri~
    yes, zara memang tak boleh tahan tengok orang kurang ajar dgn mak dia~
    aduhai~

    sakit ok beranak?
    walaupun tak pernah tau, tapi alangkah period tiap2 bulan macam nak minta nyawa, ni apatah lagi beranak tu?
    Gosh!

    ..<
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Zara- Awak Seorang Yang Pendiam Kan – Kewujudan Kembar Aku Adalah Sangat BermaknaMy Profile

  28. betul kakjie… bila kita sendiri merasai sakit nak bersalin tu kan.. terus terusan ingat kat mak… bila bawak baby ke kampung nampak muka mak terus rasa nak peluk2 org tua tu kuat2….
    sayangilah mereka selagi kita boleh menyanyagi mereka….

    kak jie saya dah semakin paham dengan “backlink”

  29. panjang nye :p

  30. sedihnya baca entri nih. sebab tuh la syurga di telapak kaki ibu, sungguh besar pengorbanan seorang ibu, jihad untuk meramaikan ummah manusia. tak kira la lahirkan secara normal atau pembedahan darjat seorang ibu tetap tinggi disisiNya. Hargai ibu selagi hayatnya masih ada. I luv my mum..my dad too
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Tips Menjawab Exam PTDMy Profile

  31. NGERI..NYERI… 🙁

    betapa berdebar dan getir nak dapatkan title ibu..
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..bila lorong smartTAG kongMy Profile

  32. intankuterpilih says:

    betul kak jie…sebelum menjadi ibu, kita tak rasa macamana peritnya si ibu tu melahirkan kita…tapi bila dah jadi ibu nie, baru sedar yang bukannya senang nak melalui semua ni. dan alangkah indahnya jika anak2 yang kita lahirkan tu berkualiti semuanya. Itulah juga harapan ibu kita sebenarnya…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Penyanyi FotografShamrin Meninggal Dunia Al-FatihahMy Profile

  33. entri ini antara sedar dan tidak mengajar kita untuk menghargai ibu kita yang bersusah payah untuk melahirkan kita kedunia
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kemana menghilangnyaMy Profile

  34. err… skrg sedang menrenung pisang free di kaki masjid… lepas sudah menyamun pisang itu akan maza kembali dan membaca isi kandunga entry ini ya…huhuhu

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kain Batik Lepas &amp Pontianak terbangMy Profile

  35. entri rujukan bagi yang belum beranak 😉

  36. inamohamed says:

    Pengalaman sendiri..segala kesakitan ketika mengandung & melahirkan terus hilang sekelip mata sebaik sahaja mendgr tangisan baby, bertukar menjadi bahagia. Terus rasa nk deliver lg lepas tu. Terasa insaf betapa seorg ibu bergadai nyawa untuk melahirkan zuriat. Bahagiaknlah hati ibu & ayah selagi hayat dikandung badan…

  37. huaaa… serius kakJie, kita nangis baca entry ni, lepas kita bersalin (ceacer) hari tu, baru kita tau betapa besarnya emak berkorban. pilu.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Mimpi itu indah- tapiiiMy Profile

Trackbacks

  1. Akibat salah guna dadah sintetik manusia hilang akal says:

    […] hanya ada 1 ringgit.Kisah mangsa ragut 1Kisah hampir bersama berlaku pada jiran saya yang seorang wanita ketika itu menunggang motorsikal telah diekori oleh peragut. Peragut tersebut telah menendang […]