Sayangi daku , peluk lah daku

Hujung minggu lepas saya dan keluarga makan di satu restoran makanan segara. ( Kes keluar lewat untuk makan tenghari , kedai yang sepatutnya kami makan telah kehabisan lauk ).

Bukan menu atau layanan pekerja restoran yang ingin saya bincangkan tetapi satu babak yang saya lihat di depan mata. Kebetulan duduk di depan meja saya adalah sepasang suami isteri muda dengan 2 orang anak lelaki berumur sekitar 4 tahun dan 1 tahun bersama seorang bibik

Selalunya kalau kita berkunjung ke restoran makanan segera pada hujung minggu , menjadi satu pemandangan biasa untuk melihat gelagat anak-anak dengan wajah ceria berlari ke sana sini  atau  keletah mereka  mengheret tangan ibu atau bapa beratur merengek hendakkan itu hendakkan ini.

Paling biasa kita akan lihat bagaiman seorang ibu melayan anak yang bergeser bermanja mintak disuap.

Tetapi penghuni meja di depan saya kaku sekali. Si ayah dan ibu duduk mengadap makanan mereka dengan sesekali memandang  ke arah anak-anak mereka yang sedang dilayan oleh bibik.   Si adik didudukkan di kerusi bayi sambil bibik menyuap makanan.

Tanpa bual, tanpa bicara tanpa senyum. Kosong!

Saya yang melihat terasa kecewa, betapa kelabunya persekitaran mereka yang sepatutnya meriah disulami gelak tawa gurau senda.

Pasangan tersebut mungkin sibuk bekerja 6 hari seminggu tetapi tidak langsung menggunakan kesempatan hari minggu sehari itu untuk bermesra dan berperanan sebagai ibu bapa.

Saya pula yang jadi kaki sibuk menyoal dalam hati. Eh…kenapa bukan ibu yang menyuap anak-anaknya. Kenapa tak dipangku saja anak tersebut.  Kenapa perlu di bawa bibik untuk aktivit bersantai bersama anak-anak yang saya pasti hanya dapat diluangkan pada satu hari ini saja. Kenapa itu kenapa ini..macam-macam yang saya persoalkan. ( dalam hati )

Kawan-kawan , jangan jadi seperti itu, ok ..tak cool tau tak!

di pantaiApa salahnya bila  meluangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka. Berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak. Berkongsilah cerita dan peluklah anak -anak sekerap yang boleh kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan .

Jangan membeli kasih sayang anak dengan wang kerana selain kesenangan hidup, anak masih mahu ibu bapa memberi perhatian kepada mereka setiap hari, walaupun seketika.

Berguraulah dengan anak-anak, ianya kaedah untuk menceriakan kehidupan berkeluarga bukan saja dapat melegakan tekanan untuk diri sendiri malah dapat menggembirakan hati anak. Sebagai ibu bapa, anak adalah tempat untuk anda mencurahkan kasih sayang dan dahan untuk anak berpaut.

Sedih tau tengok keadaan macam tu. Anak-anak bujang saya masih boleh bergurau berkongsi makanan. Waktu kecil  saya yang menyuap mereka tetapi sekarang mereka pula yang mengambil giliran untuk menyuap dan melayan  saya dan suami.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya lak suka bercerita then salam anak2 dan peluk anak dan baca doa tiap kali antar ke nursery atau sebelum anak2 tidur.anak saya baru 4 tahun dan 2 thn.iskh..tak patut sungguh bazirkan peluang yang tak selalu datang bagi ibubapa yang sibuk.

  2. sye nk idop lme2 sbb sye dew pnyakit brh otk?

  3. sye nk cri jdoh

  4. mungkin si ibu dan si bapa tue..kelaparan tahap dewa kot,
    sbb tue dia asyik dok makan saja.. 😈
    .-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Tips Asas Selepas Pemasangan Sistem WordPress =-.

  5. saya pun akan fikir macam kak jie kalau berdepan dengan family macam ni, lebih baik makan sorang2 kalau org sekeliling macam tak wujudkan. sambil makan mesti nak cakap-cakapkan. tambah pulak ada anak kecik, kalau tak suka anak tu , meh bagi kat saya, he, he…….
    pernah sekali tu kami kat pizza hut, ada satu family, ibu, bapa, dua anak lelaki remaja dan seorang anak perempuan. ibu di hujung sana mengadap anak-anak, bapa dihujung sini mengadap anak sorang lagi. sekali sekala ternampak ibu hanya bercakap dengan anak-anak saja dengan muka masam mencuka. si bapa kelihatan makan tanpa berkata, kemudian bangun dulu. Iskkkk, dalam hati saya berkata “tak sangguplah macam tu, kalau family buatlah cara berfamili”. Tapi memang sebenarnya wujud keadaan macam tu.
    .-= zany´s last blog ..Tiada cepat atau lambat walau sesaat =-.

  6. selalu gak nampak pemandangan gituh kat kedai makan memana.saya suka tgk gelagat org kalau makan di luar..mebi org pulak tgk gelagat saya anak beranak..:)
    .-= arin´s last blog ..Susah nya.. =-.

  7. tu pemandangan biasa sekarang ni jie…ade tu langsung x kesah anak2 dia wat p..dia sendiri sebok makan, x tgk pon anak sbb ade bibik yg dok kejar anak dia kesana sini…
    lagi satu yg jun kesian bila ade yg bawak bibik ni, dia n family dia makan dgn senang ati tp si bibik langsung x di bagi makan, tp kena layan anak2 dia makan..manusia ape camtu ek?

    *agaknyer tu sbb jun x d bibik, wahahaha
    .-= jun´s last blog ..Puff pastry wif cheese blueberry filling =-.

  8. Jika berterusan.. adegan yang hampir sama akan disaksikan untuk 20 tahun akan datang..dimeja makan yang sama.. si ibu dan si ayah dibiar membatu manakala anak-anak yang telah membesar sibuk dengan handphone/ipod/psp/gadget masing-masing. Masih tiada komunikasi… masih tiada interaksi..
    .-= nuaeman´s last blog ..Cukup bertuah beserta skrip yang Indah… =-.

  9. sbb perkara demikian berlaku:-

    1) punyai masalah komunikasi dlm keluarga..
    2) terlalu pentingkan diri
    3) terlalu pentingkan RM hingga mengganggu fikiran – lagipun bayar maid utk layan anak2 dan buat kerja rumah!
    4) terlalu pentingkan kerjaya
    5) bangang dlm ilmu kekeluargaan
    6) ada masalah rumahtangga .. laki bini bergaduh!
    7) memandang anak sbgi liability atau overhead cost…
    8) mak bapak si laki bini itu tak mengajar mereka …
    7) kat sekolah pun tak diajar cara komunikasi berkesan
    9) mereka golongan pendiam.. kononnya menjaga tatasusila dan pemalu orgnyer
    10) Pemalas…. bab keluarga malas, bab RM laju jerk
    11) saja jerk nak sakitkan hati si Kujie itew..

    huhuuhuhu
    .-= maza´s last blog ..Kesetiaan & Meningkatkan Produktiviti. =-.

  10. erk! tak ada pembantu rumah….jadinya sendiri2 kena buat ler.. hehehhehe
    .-= maza´s last blog ..Kesetiaan & Meningkatkan Produktiviti. =-.

  11. knp mcm tu erk?mmg pelik..
    kalau saya bawak anak buah berjalan..siap lah..
    silat..karate..renang..semua dorang keluarkan..
    kadang2 kena main kejar2 kat shoping complex tu dgn dorg..
    kalau time mkn plak..kalau tak berebut2..mmg tak sah..
    tapi itu lah indahnya bersama anak2 nie…
    they are innocent..
    .-= izzah´s last blog ..KALAU BERANI BUATLAH!! =-.

  12. Kami adik beradik plak suka ambil makanan dari
    pinggan kami sesama sendiri atau ambil dari
    ayah dan arwah ibu walopun kami sendiri sudah
    punya makanan yg sama.
    .-= Eriyza´s last blog ..Personaliti Bulan Januari =-.

  13. Kak Jie,

    kalau ibubapa tu org yg pernah menuntut ilmu; mereka akan tahu bagaimana saranan para ulama untuk kita mendidik anak2 mengikut peringkat masing2. Dari awal hingga 7 thn dgn main2 manja, peluk, cium, dsbnya. Ke-2 bila mereka antara 7 – 14thn dgn tarbiyyah, tunjuk ajar, asuhan, latih tubi dsbnya. Dan ke-3 bila sudah melebihi 14 – akhir hayat dilatih, dilayan seperti sahabat mesra, rapat, sebegitu… itulah sedikit peninggalan ajaran ulama yg saya tahu dan insyaallah amalkan. i.e jgn main rotan je tak ikut umur….

    apa2pun mungkin sedikit demi sedikit kesedaran akan timbul dalam masyarakat.
    .-= AyKay´s last blog ..Muslimah yang di cari… yang auratnya dijaga rapi. =-.

  14. T__T sedih baca. kalaulah semua family di dunia ni ada family mcm mama, takkan ada sape pun yang derita,ma T__T 😥
    .-= yonna´s last blog ..Y530 : Setem Pagi dan Petang =-.

    • @yonna, setiap orang boleh jadi ibu bapa yang baik Yonna…. zaman skrg ni ada banyak info, kursus yang ditawarkan untuk ibu bapa belajar…cuma kita nak dengan tak nak….

  15. Kak Jie terlalu banyak pasangan Islam yang seperti diceritakan tu didepan mata kita …kenapa ya?? kerana tiada rahmat dalam kelurga tersebut…kenapa tiada rahmat??? sebab sang suami jarang solat berjemaah kerana rahmat hanya boleh dibawa balik dari masjid ketika pulang dari solat jemaah….kesian kepada diri kita…sibuk dengan hal dunia.
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

    • @denaihati, Kadang-kadang niat asal kita berumahtangga juga pada awalnya sudah salah… berlanjutan lagi dengan tiada kesedaran, tiada ilmu keibubapaan….Kak Jie sendiri pun dalam masa berjaga-jaga juga diduga berbagai kerenah anak-anak, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

      Kak Jie baru baca tentang rahmat yang di bawa pulang dari masjid ketika pulang dari solat berjemaah…..tak ingat kat blog sapa…( tanda2 tah tua ) :mrgreen:

  16. Ada banyak sebab, walaupun ia bukannya alasan yang baik.

    Kadang2 kita mengambil masa untuk bersikap ceria selepas sesuatu peristiwa yang mengganggu emosi. Kasihan pada anak2….kerana mereka selalu jadi mangsa keadaan. Dan kita bertuah, kerana perihatin akan kepentingan kemesraan keluarga.
    .-= Tie´s last blog ..Jatuh cinta lagi =-.

    • @Tie, kita mentafsir dari apa yg kita nampak…….kita tak perlu fikir apa yang disebaliknya..jadikan kisah ini pengajaran untuk diri sendiri.

      Semua ibu bapa /suami isteri ada perselisihan faham dalam rumahtangga dan sesuatu yang salah kalau anak-anak yang menjadi mangsa.

      Saya sedih tengok Tie..rasa nak pergi dakap je budak tu, usap2 kepala dia….

  17. memang rugi orang yang ada anak tapi tak melayan anak seperti sepatutnya..saya yang penat mengandung dan anak masih kecik2 tak tergamak rasanya kalu sehari serah kat orang lain je layan mereka…
    .-= ah´s last blog ..Don’t copy if u can’t paste =-.

    • @ah, kadang2 ibu bapa terpaksa….tuntutan kerjaya tetapi tak boleh di terima akal kalau hari minggu waktu bercuti bersantai pun…ibu bapa rasa kekok untuk mendekati anak-anak sendiri………jangan menyesal kemudian hari…

  18. mungkin mreka biasakan bgitu sbab mereka dulupun mungkin tdidik camtu..bibik yg control anak2..mkan..mnum..cara nak luahkan ksih sayang pun berbeza ngan kita…harap jngan kurang ksih sayang..sudah..
    .-= mae´s last blog ..Jangan Gaduh-Gaduh =-.

    • @mae, bibik yang control anak-anak > itu punca masalah.

      Anak- anak tak pandai berlakon…pancaran wajah mereka dapat kita baca bagaimana bahagia, derita mereka.

      6 hari seminggu ( isnin – sabtu ) waktu kerja itu tugas bibik walaupun ibu bapa tak sepatutnya serahkan 100% tanggungjawap tersebut.

      1 hari…satu hari saja…… gunalah peluang mengisi masa yang berqualiti itu untuk anak-anak…rebut kembali masa yang telah terlepas dan rapatkan kembali jarak yang sedang menjauh….

  19. Kalau saya kan, tentu saya akan peluk anak-anak saya dan bergurau senda dengan mereka. 🙂

    Hmm…mungkin pasangan suami isteri tersebut ada masalah?

  20. emm..memang sedih la bila tengok keadaan macam tu..kes-kes macam ni selalu sangat dah sekarang ni..orang gaji yang ambil alih tugas ibu bapa..tiada kasih sayang 🙁 ..teringat saya disuap oleh emak sehingga darjah 6..itu yang membuatkan saya menjadikan emak my best friend forever.. 😉
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Tetralogi Laskar Pelangi =-.

    • @Bb Hussain, what you give, you get back ! Macam iklan hari raya petronas tu…sedih tengok kerana dari pancaran wajah anak kita boleh baca jiwanya yang kosong….

  21. .. ruginya mereka, kalau jadi macam sesetengah mak / bapa yang terpisah dgn anak, itulah perkara yang akan mereka kesalkan. Anak adalah permata hati, digilap dan dipastikan sinarnya. Sesuatu yang hilang dalam jiwa anak-anak jika semua benda dibuat oleh bibik, apatah lagi jika makanan yang masuk ke perut mereka, alah air tangan bibik 100%…

    ….. ambillah peluang keemasan itu, sebelum disentap bila-bila masa sahaja..
    .-= samdaddycool´s last blog ..Apa korang buat bila tak boleh tidur malam? =-.

  22. astagfirullah al azim. kesian anak-anak mereka. apakah ibu bapa mereka punyai pengalaman yang sama ketika mereka kecil!?

    difikirkan situasi tersebut dalam-dalam. membayangkan betapa ruginya mereka. membayangkan bagaimana anak-anak tersebut membesar. mahu sahaja tumpah ari mata saya.

    penting sangatkah wang ringgit sehingga sanggup mengabaikan amanah sebagai ibu bapa!?
    .-= megat´s last blog ..Prototaip Tema Baru, Separuh Perjalanan Untuk Siap Sepenuhnya =-.

    • @megat, kalau ibu bapa ada pengalaman seperti itu, kalau dah bijak pandai dan bekerjaya tentu punya inisiatif untuk berubah menjadi lebih baik, berusaha mendalami ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan..zaman sekaranag, info dan maklumat hanya di hujung jari.

      Kak Jie yang tengok depan mata ( kebetulan memang mengadap terius ) hilang mood untuk makan lagi..rasa tak tertelan makanan yang ada…….. sedih tengok keluarga seperti ini…

      Moga belum terlambat untuk pasangan ini merebut balik anak yang semakin menjauh………

      • @Kujie,

        psst: mungkin juga si ibubapa itu sedang mempraktikan pantang larang org tua2 dulu… “bila makan jangan cakap.. makan cepat2 dan tumpu perhatian” gitew kaedahnya..

        huhuhu
        .-= maza´s last blog ..Kesetiaan & Meningkatkan Produktiviti. =-.

        • @maza,
          Wah, wah! memang betul-betul berfikiran positif Encik Maza kita ni… 😆 :

          @Kujie,
          Mungkin dalam kursus pra perkahwinan boleh dititikberatkan persoalan ini supaya bakal ibu dan bapa lebih peka dan prihatin tentang apa yang Kujie utarakan ini. 💡
          .-= Kak Long´s last blog ..Apa-apapun boleh =-.

          • @Kak Long,

            sebenarnya telah ada modul itu cuma para peserta mungkin tak perhatin, tak dengar, atau tidor masa subject itu disampaikan…huhuhhu..

            ia dipanggil “Komunkasi Pasangan dan keluarga” gitew……….huhuhuhu
            .-= maza´s last blog ..Pak Mat & Produktiviti =-.

  23. iza~de~bintang says:

    masa yang berlalu tak akan beulang.. satu hari nanti kalau pasangan tersebut tersedar (dgn izinNya) akan ketidakpedulian mereka tu tentu akan menyesal sebab tak gunakan kesempatan dengan sebaiknya.
    Kat umah di kampung kerap iza, adik2 dan mak abah pakai satu cawan ja waktu makan hehehee. Ada jugak ler tetamu yg pelik..rumah ni kurang cawan kah 😆

    • @iza~de~bintang, kasih sayang , kemesraan bukan datang seketul berdebuk² jatuh dari langit……… kena bina kena pupuk… jangan menyesal dikemudian hari. Sedih tengok anak² yang sepatutnya membesar dengan ceria tetapi terbantut kerana ibu bapa yang pentingkan diri sendiri

      • @Kujie,

        kalau dibiarkan masalah komunikasi keluarga berterusan begini, maka tidak hairanlah berlakunya kecurangan dlm masyarakat dan sosial…

        anak yg ditatang ke hulu hilir juga ada kalanya betah melawan kata…. apatah lagi didik dgn cara kurangnya sentuhan tersebut! Kelam kabutlah negara ini dgn manusia2 yg ego dan angkuh nantinya.. hilang nilai2 murni dan kasih sayang.. huhuhu
        .-= maza´s last blog ..Kesetiaan & Meningkatkan Produktiviti. =-.

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Sayangi daku , peluk lah daku | Hidup Biar Sedap…

    Berguraulah dengan anak-anak, ianya kaedah untuk menceriakan kehidupan berkeluarga bukan saja dapat melegakan tekanan untuk diri sendiri malah dapat menggembirakan hati anak. Sebagai ibu bapa, anak adalah tempat untuk anda mencurahkan kasih sayang dan …

  2. pligg.com says:

    Sayangi daku , peluk lah daku | Hidup Biar Sedap…

    Apa salahnya bila meluangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka. Berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak. Berkongsilah cerita dan pelukl…