To make something special you just have to believe it’s special

Kami tengok Kung Fu Panda 2 3D masa bercuti kat Genting baru² ni.  Tiket RM 18 seorang dan untuk kami ber 5, jumlahnya RM 90!

Pertama kali kami tengok movie bersama lengkap sefamily.  Keadaan keluarga yang seorang di sana, seorang di situ dan seorang di sini memang susah nak berkumpul – Along minta cuti 2 hari untuk turut serta.

Kung Fu Panda: The Kaboom Of Doom memang best.  Banyak scene lawak dan aksi 3D rasa macam nak tepis².  Saya suka part masuk dalam costume tarian naga tu… telan ikut mulut, keluar kat ekor.

Mesti ada part 3 sebab di akhir cerita bapa Po masih hidup.

Mr. Ping ( bapa angsa Po ): You heard me. Nothing! There is no secret ingredient.

Po: Wait, wait… it’s just plain old noodle soup? You don’t add some kind of special sauce or something?

Mr. Ping: Don’t have to. To make something special you just have to believe it’s special.

spek 3D kat Genting tak macam TGV @ GCS yang dah lunyai…!

the most special person in my life

* Alhamdulillah.. suami selamat tiba di Constantine, 7.00 malam waktu Algeria selepas terbang sejauh 10,964KM.

20 Replies to “To make something special you just have to believe it’s special”

  1. Dialog Po dan bapanya yang berlainan specis tu memang penuh makna. Makan dalam. Sebab tu juga saya suka yang 1 dulu. Belum tengok yang 2. Insyaallah tunggu…

    Gambar-gambar ‘family’ tu …Indah…

  2. eh gambar kakjie mana, HAHHA.
    Samalah keadaan saya dulu, masa saya dan abg sekolah asrama. Seorang cuti, sorg tak. Bila dapat keluar satu keluarga penuh tu mmg best. Ayah pulak dok pening plan nk cari tarikh sesuai utk jalan hehe.

    Alhamdulillah suami kakjie dah sampai ye
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Evolusi dan Perkembangan Blog di MalaysiaMy Profile

Comments are closed.