Ulangtahun di Constantine

Hari ini 4hb Ogos 2010 hari ulangtahun kelahiran suami, Saipul Anwar. Pertama kali berpisah jarak jauh bercinta di hujung benua. Saya pun tak pasti nak hantar ucapan  ikut waktu Malaysia atau waktu Algeria .  Kita sudah masuk hari baru 12.01 pagi, dia masih kebelakang 7 jam – 5.01 petang.

Hari ini kita jalan kenali Algeria melalui  gambar-gambar yang dikirimkan .

Mandi di Laut Mediterranean , Skidda utara Algeria

Suami bersama pemandu beliau.  Kita tengok gambar² menarik bandar Constantine, Algeria.

Lanskap yang mengkagumkan.  Jalanraya dan bangunan dicelahan bukit.

Terpegun! Bayangkan jambatan setinggi ini dan terowong laluan air dibawahnya walaupun sudah kering .

Pemandangan bandar Constantane

Jalanraya dicelahan bukit batu – sayup² tinggi di kemuncak.  Turun bukit area Terowong Menora pun kadang² dah ngeri…

Jalanraya melalui terowong bukit batu  hanya ditebuk begitu saja


Terowong dan jalanraya juga bangunan  di celah-celah bukit batu

Pekerja dari Malaysia, hanya suami seorang saja muslim.    Tentunya puasa yang sangat mencabar dengan siang musim panas lebih panjang.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya,
Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Amin.

©kujie – Bangun awal pagi untuk berpesta harijadi berdua di talian…sob sob sob.. sayang abang!

44 Replies to “Ulangtahun di Constantine”

  1. mama, semalam tak tido langsung sehari. khatam tengok 1 litre of tears. mengongoi nangis mcm budak kecik hahhaa

  2. Kami bukan kakitangan kerajaan ( pekerja kedutaan )
    suami hanya pekerja kontrak dengana company jepun yang menyiapkan highway di sana, kalau nak pergi kena keluarkan belanja sendiri.
    bukan sikit..tambang pergi balik lebih rm 8K

  3. suami dan isteri yang bertuah, hatinya penuh dengan kasih dan setia yang tidak berbelah

    selamat hari lahir untuk suami kujie, moga doa isteri yang setia menanti ini, dimakbulkan Allah hendaknya. ameen
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..main pok-pok amaiMy Profile

  4. waa.. ramainya orang mandi kat pantai tu.. bestnyeee… cantik lah permandangan kat constantine ni… rasa tengok discovery channel plak… hehehe

  5. :mrgreen: selamat ulangtahun kelahiran buat suami kakJie yg jauh dimata, kita sungguh terpegun melihat pics itu kak, huaaa… rasa seram pun ada juga 🙂
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..Ditinggal pergiMy Profile

  6. cantik pemandagan .. bestnya klau dapat pergi ke sana .. kak jie dah pernah pergi ke Algeria ke ?

    selamat hari lahir buat uncle saipul ! 🙂 semoga berbahagia selalu walaupun cinta jarak jauh .. hehe
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Novel-novel Fauziah AshariMy Profile

  7. tumpang lalu ….selamat hari lahir encik saipul anwar…kakjie fantastic…amazing picture !

Comments are closed.