Umur Berapa Boleh Kahwin?

Petang semalam, balik dari sekolah kami anak beranak baring² manja depan tv . Saja golek² rehatkan badan sambil layan Intan.

Buka tv tapi tak ingat entah cerita apa

Tiba-tiba Intan tanya ” mama, umur berapa boleh kahwin?”

glup! tiba-tiba budak ni tanya soklan macam tu. Pecah gelak tak menahan!

” Kenapa, Intan dah nak kahwin ke?” Dalam gelak masih saya bertanya.

” Intan belum ada boipren”

ha ha ha…saya dah tak tahan lagi!:lol: Umur pun belum 11 tahun dah tanya soalan macam tu.

Dia ingat dah ada boipren dah boleh kahwin ? Sesiapa yang dah ada boipren tu – cuba tanya kat boipren awak tu…..  ” awak…awak…. jom kita kahwin”

Mau lari tak nampak muka dah. Hutang PTPTN pun semput nak bayar, mana nak cekau duit nak kahwin, jawapnya.

Kad pengenalan pun belum ada, dah tanya nak pasal kahwin.

Tapi, bila difikir balik soalan dia, memang susah nak jawap. Umur berapa sesuai nak kahwin? Adakah seseorang tu berkahwin selepas dia tetapkan umur sekian-sekian?

Atau – tak kisah umur berapa, asal dipinang orang saja- terus kahwin.

Saya berkahwin masa umur 24 tahun . Tak pernah merancang pun. 6 bulan kenal, terus kahwin. Inilah namanya jodoh – bertemu orang yang tepat pada masa yang tepat.

Jadi pakcik makcik abang kakak sekelian, tolonglah jawap pertanyaan Intan – umur berapa boleh kahwin?

Kalau betul² serius untuk berkahwin dan sedang mencari calon , saya galakkan membaca entri ini – Cara-cara memilih suami, atau ciri-ciri lelaki pilihan…

©kujie – bduak tu faham kahwin tu sanding² je kot…

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. saiful says

    semua orang nak khawin kan tapi kadang2 2 ape yang kite nak bukan dapat pon.. sebab semua darinya….insyallah maybe Die akan tunjuk jalan kepada orang yang dah banyak usehe kan.. hara2 kene redha jer lah

  2. Eyfa Zalifa says

    Saya rasa kan..umo atas 17 dan bwh 25 bagi perempuan..coz mengikut sunnah nabi lepas akil baligh dh ok..ya,slps akhil baligh..kalau mak saya dulu 19..saya plak 18/19 lah..ada lbh kurg 5 tahun lagi..blajar hbskan skolah dulu then pk..saya bercinta masa drjh 4.dah 5 tahun..alhamdulillah!mgg kitorg serasi.sama cinta.dh bermacam-macam impian kait sama2..mcm2 kata dilafazkan..dia dh siap rncng nk kawin g..haha!jodoh tgn Allah..Lagipun dia kan anak org berada..saya skrg 14..dia 22..tapi dia mmg baik.x pernah melampaui batas.Hope parents bersetuju.kak doakan ya.saya x nak kitorg terlampaui batas..

    Moga kami disatukan..Moga dia jodoh Zalifa..Amin..:)

    kak, Intan ni..klakarlah..:)
    intan cri org yang elok2..yang baik akidah..jaga solat.jaga maruah intan.yang ada perasaan syg menebal.Yang muka x hensem sgt pun x kiralah!Asalkan x berparut,berjerawat..heheehehehe…n then hati kena bik..x kedekut.jgn plak kalau intan nak beli sth,dia kedekut.berkira,. :o :smile: :oops:

    Tapi sentiasa jaga batas..kak kena selau didik dia pasal mende nie..zaman skrg kan susah.pompuan sskrg,laki skrg kan melampau batas pergaulan.akak kena selalu ingatkan dia pasal maruah keluarga,solat..Hope intan jadi perempuan yang soleh,baik dan berilmu..Amin..Akak doakan intan bertemu jodoh yang baik..
    Jom terjah post menarik dari Eyfa Zalifa ..Wajib Baca !Please ek !My Profile

  3. says

    Hal macam ni dah jadi complicated untuk diterangkan kepada anak-anak zaman sekarang. Mereka sudah matang secara jasmani, dan matang secara rohani sepatutnya.

    Untuk menerangkan, jika mereka sudah benar-benar bersedia dan sangat serius. Juga dikhuatiri berlaku kemaksiatan, eloklah dibawa berbincang sesama ahli keluarga termasuklah pada sebelah lelaki.

    Perkahwinan dibawah umur pada takrif mengikut undang-undang syariah Malaysia adalah 16 tahun bagi perempuan manakala lelaki adalah bawah 18 tahun. Sebarang pernikahan untuk pengantin bawah umur sama ada salah seorang atau kedua-duanya sekali adalah tidak diiktiraf oleh undang-undang melainkan mendapat kebenaran bertulis dari Hakim Mahkamah Syariah dan mengikut syarat-syarat tertentu.

    Tapi dalam masyarakat kita ni, kalau kahwin awal sure ada je mulut yang mengata, “Eh, eh. Awalnya anak si anu tu kahwin. Gatal betul budak-budak zaman sekarang ni kan,”

    Haha.
    Jom terjah post menarik dari sylarius ..Mak Nyah tetap LelakiMy Profile

  4. ma meen says

    kawen muda elok..boleh elakkan maksiat.sbb zaman skrg ni teknologi da bagus so bdak2 muda akan lebih ROSAK!!! :twisted: ..utk elakkan perkara itu berlaku..kawen muda dan kumpulkan amal ibadah..
    sekian.. ;-)

  5. megat says

    wah suka topik ni. pernah di tanya soalan macam ni tapi umur anak baru 7 tahun.

    p/s: rasa nak rumus topik ni kat blog saya. hehe.

Trackbacks

  1. Umur Berapa Boleh Kahwin? | Hidup Biar Sedap…

    Sesiapa yang dah ada boipren tu – cuba tanya kat boipren awak tu….. ” awak…awak…. jom kita kahwin”…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.