Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Walau jarak 10,500 kilometer, kami masih dapat meraikan ulangtahun bersama seperti tahun² lepas. Apa yang termampu walaupun hanya di depan skrin komputer.  Untuk seorang suami tercinta.

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

p.s – ramai yg silap ni..hari ni ulangtahun kelahiran suami yang ke 44.

© kujie – share lagu ni kat YM tadi…..menitis juga airmata.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Walau hanya dengan dakapan di angin lalu”

  1. walau kujie tidak sehebat sarah yang ditinggal nabi ibrahim,
    saya pasti hati masih kuat menahan rindu dan melimpah dengan kasih yang tak putus.

    doa saya mengiring kasih kujie dan suami,
    pastinya suami di sana juga gembira yang berbaur dengan ucapan ulang tahun dari isterinya.

    jangan menangis lagi…k
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..main pok-pok amaiMy Profile

  2. Sweetnye…teknologi sekarang buatkan jauh lebih dekat. Selamat ulang tahun juga untuk suami kak jie yg tercinta =)

  3. Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada suami Kak Jie. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa…

    Semoga perkahwinan Kak Kujie dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat…
    Jom terjah post menarik dari Cik Nass ..Beza MAS dan AirAsiaMy Profile

  4. kak jie…romantiknye lahhh….Sy doakan perkahwinan kak jie ngan suami berkekalan hingga ke akhir hayat…
    so nice…… nice sgtttttt… 😉
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Ramadhan Al-MubarakMy Profile

Comments are closed.