Peminat Tandas
Peribadi

Peminat Tandas

harga masuk tandas majlis daerah

Entri Wordless Wednesday saya minggu lepas mengenai papantanda harga masuk tandas awam.

Mungkin ramai tak perasan biasanya harga masuk tandas awam hanya ditulis harga secara tetap – 20 sen, 30 sen atau 50 sen untuk mandi. Kadang-kadang ada  ditulis harga untuk sabun atau tisu.

Papantanda yang saya jumpa di Jeli berlainan sikit, harga masuk ke tandas awam diasingkan kategori mengikut dewasa dan kanak-kanak. Itu saja.

Ada pembaca yang komen, saya suka berkongsi gambar papantanda tandas. Ha ha ha.. mungkin dia teringat instagram saya kerap diupdate dengan objek ini. Pantang jumpa yang pelik.

papantanda tandas awam wanita
Ini instagram yang terbaru sewaktu saya bercuti di Kuala Terengganu. Tandas awam di Giant Kuala Terengganu Mall yang baru dibuka.  Pertama kali saya jumpa perempuan  kain kembang macam ni.  Macam orang mengandung pun ada.  Baca feedbacak rakan-rakan instagram pun lawak.

 

tandas awam GM Klang

Ini di GM Klang.

Anak saudara saya tanya ” Mak Long… mana kaki dia lagi satu” merujuk kepada icon tandas perempuan.

Saya jawap, orang perempuan tak boleh terkangkang macam orang lelaki, kena kepit kaki.

Tandas awam musium diraja pekan

Ini papan tanda tandas Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.

BIla difikir balik, betullah juga apa yang pembaca saya komen.  Lawak pun ada kerana dalam banya-banyak objek di dunia ini, saya mudah tertarik dengan kepelbagaian jenis sign tandas awam.

Kalau tandas hotel tak hairan sangat sebab lokasi dan targetnya pun untuk pengunjung terpilih.

Kalau nak tengok gambar tandas lagi.. hahahah.. lawak pula ayat ni, silalah follow  saya di Instagram – kujieins

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Peminat Tandas

  1. kuikuikui..

    maza tak terkenangkan pula pasal sign2 tandas ni…….kalau sampai seru, terus terjah dah syhhhh.. hahahah

    terbaiklah kak!

  2. lawak betul.. gambar tandas pun boleh jadi post khas kak jie..hehe..
    cume kekadang tandas petrol station agak kurang bersih takpun takde air tu amatlah menyedihkan

  3. Memang betul-betul peminat tandas tegar ni. Kepelbagaian signboard, mencerminkan kepelbagaian budaya. Kalau takde peminat tandas macam kakjie, mungkin jugak akan terkebil-kebil kejap nak pilih tandas mana untuk dimasukki bila jumpa signboard pelik.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Persediaan Sebelum Menyambut RamadhanMy Profile

Comments are closed.