Harapan
nyalakan lampu
kerana malam ini adalah malam yang dingin
jika kau bertanya padaku tentang hari² yang tersisa
masih juga dengan ucapan yang sama
kebahagiaan menjelma , jiwa terubat dengan harapan
kerana yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah mereka yang memiliki harapan





Baru nak nyanyi tengok Combi dah nyanyi dulu… he he he. Hidup lebih bermakna apabila mempunyai arah tujuan dan harapan.
Kujie ~ berduet, kan boleh..heheh
hepi bestday…semoga panjang umur…teringat kat arwah bapa riani…uhuksss
Kujie ~ Terimakasih Riani, dah sedekahlah al-fatihah utk arwah ayah riani…
semua orang mengharapkan sesuatu yang terbaik tapi tak semua memperolehinya… bersabar dan terus berdoa…
Kujie ~ selagi kita mempunyai harapan..selagi itu kita akan berusaha…..dan tawakal
Selagi kita bernafas, selagi itu kita mampu berharap. Memberi harapan kpd sesuatu yg belum tentu menjadi mampu kita miliki. Harapan, impian & cita-cita harus disertakan dgn doa & tawakkal kpd Nya. InsyaAllah.
Semoga harapan & impian kita bakal menjadi kenyataan!
Kujie ~ bergantung harapan pada yg Esa disamping kita berusaha tanpa jemu…
harapan..
kerana yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah mereka yang memiliki harapan
Namun harapan dan impian..
tanpa usaha serta tawakal..
Bisa jadi angan-angan tak kesampaian..
Seharusnya harapan mampu menyalakan
keinginan dan kegigihan..
sekadar pandangan dr saya yg selalu berharapan..
Kujie ~ betul tu, saya sokong
harapan mesti disertakan usaha
Bahagia=harapan…
Harapan adalah impian
Impian adalah cita-cita
Cita-cita adalah angan-angan
angan-angan adalah mimpi
Mimpi adalah tidur…
Kujie ~ mcm buku autograf masa nk berpindah sekolah je ciktu..
harapan sentiasa ada…
org yg berdoa tidak dihalang dari dimakbulkan
harapan setinggi gunung..
berkecai menjadi debu..
mengape kisah sedeh..
yg kini ku alami..
lagu ni ex-bf aku kasi semiggu sblom aku kawen..
dia pun dah kawen n ade 2 org anak gak
Kujie ~ ewahhh dia sakan nyanyi2 pula,
sempat lagi tu…tujukan lagu
dgn ucapan..kenang daku dalam doamu…
isk… apa pula pasang. tutup lampulah. esok dah mula tarif baru letrik!
Kujie ~ mmg dah agak dah..mesti ada yg dtg tolong tutup lampu…
mentol 5W je tu