Entri yang bergelodak dalam hati saya ini untuk seseorang…. orang bandar!  Tidak perlu saya sebutkan siapa tetapi yang pasti bukan dikalangan kawan² saya seperti awak… awak…. dia… dia.. kamu… kamu.. mereka.. mereka…
Saya memang makcik.

Makcik kantin, makcik cleaner atau ada yang panggil makcik IT

Jadi apa masalahnya…sekurang² saya berpijak di bumi nyata tidak dibuai bayangan ‘plastik’

Saya bukan bahagia atas penderitaan awak

Saya bukan senang dari kesusahan awak

[[ fullstop ]]

Saya memang orang kampung. Ada masalah ke?

Saya dilahirkan di Baling , dengar saja nama Baling mesti awak akan bayangkan tempat hulu banat tempat komunis berkubang.  Saya sangat bersimpati dengan awak kerana serata dunia  benua awak telah jejak tetapi tempat bersejarah yang hanya 400 km dari ‘bandar’ awak pun awak tidak ketahuan.

Walau pun kedua ibubapa saya bukan berasal dari Baling ( emak saya dari Nibong Tebal , ayah saya dari Gurun ) tetapi saya tidak pernah malu untuk mengakui saya orang kampung berasal dari Baling. Walaupun sudah 26 tahun  saya tidak menetap di Baling tetapi saya tetap anggap diri saya orang kampung Baling.

Adakah kerana saya tinggal di Hulu Selangor awak menghina saya sebagai orang kampung?  Cik Kak..saya ada rumah di Ampang dan di Serdang yang kedua² memberi sewa bulanan lebih 1K .  Saya tidak perlu menjadi orang bandar kalau sekadar memiliki otak sesingkat awak.

Saya cukup berbangga ( dan bersyukur ) kerana dengan SPM gred 3, lahir di Hulu Kedah juga menetap di Hulu Selangor saya mempunyai kualiti hidup yang lebih sihat dari awak.  Saya mempunyai kawan² yang baik di blogsphere bukan blog yang dikerumunin lalat.

Orang bijak pandai berkata, kita ni kena jadi macam lebah…kat mana² saja dia pergi, dia akan cari bunga untuk hasilkan madu… jangan jadi resmi lalat, kat mana² dia pergi, dia akan cari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada…

Itula hakikatnya, kadang² kita mudah menuduh & mencerca tapi tak reti cara nak mendidik dan membaiki apa² yang kurang…

Walau pun blog saya blog makcik² dan blog orang kampung tetapi saya mempunyai kawan² yang baik yang sentiasa menyokong saya………. Terimakasih.  Saya tidak pernah  bezakan mereka dari kampung atau dari bandar.  Saya tidak perlu buat entri khas untuk merayu mereka komen setiap entri saya…Walaupun entri saya hanya sebaris ayat bercerita tentang pokok limau dan Kyros Kebab. :lol: Kisah makcik perasan muda macam Zoela, kisah makcik perasan tua tetapi diminati orang muda  dan kisah pokok limau dengan Kyros Kebab adalah bunga² dari apa yang hendak saya tuliskan hari ini.  Ketiga² entri tersebut mempunyai maksud tersirat yang saya telah saya rangkumi hari ini.

Let all be lost.
Let them take away everything.
As long as you have your heart beating strong,
as long as you have your nostrils working fine,
as long as the blood flows in your veins, you will live,
you will breathe and you can get it all back…
again and again.
For, if you can do it once,
you can damn well do it again.
It’s just a game we play - Life.