Minggu ini adalah kali kedua saya terima email Campaign Assignment Air Asia Fabulous Fly-Day dari ChurpChurp. Minggu lepas dengan senang hati saya siapkan job dan publish iklan tersebut di Twitter. Dengan 140 aksara, dapat RM0.80. Bukan susah buat ayat sebaris untuk RM0.80!
Tetapi hari ini ……… saya mengalami dilema menulis advertorial lagi!
Untuk kali ini saya ingin mencari maklumat , saya masuk Facebook Air Asia. Baca feedback dari orang lain, hati jadi was-was…

Saya ni bukannya baik sangat tapi tetap juga berhati² dengan hasil yang nak diperolehi. Dulu semua job yang Churp² bagi saya buat tanpa banyak soal tetapi sejak ada kempen yang jemput artis berkinja² berparti² – saya tak akan buat job yang ‘bersubahat’ dan dapat komisen di akhirat benda² yang JELAS menyesatkan.
Untuk dapatkan RM 0.80 dalam akaun Churp², tanpa sedar, saham di akhirat berganda² mengikut berapa ramai followers kita yang telah dipromosikan.
Kita sering bercakap bila membaca sesuatu peristiwa buruk atau musibah yang menimpa – mulalah tulis komen insafnya …syukurlah … kesiannya ….kiamat dah nak dekat…. bala dari kemungkaran …tanda² kiamat dan berbagai lagi info yang boleh menyedarkan … TETAPI
Kata² itu hanya sekadar menulis komen di ruangan yang disediakan. Itu saja.
Baca blog yang memberi peringatan dan kesedaran , sekejap itu sajakah keinsafan yang kita ada ? Masuk blog lain yang bergossip pasal orang lain , tak kiralah artis ke blogger ke – sekarang ni dunia blogger lebih meriah gossipnya dari dunia artis sama ikut rentak jari jemari menulis.
Ini yang saya rasa – saya tak menulis untuk orang lain.
Berbalik pada kes Churp² dan Air Asia ni, bersubahatkah saya?

Kalau ramai yang komplen promosi ini tidak betul, bersubahat jugakah saya kalau saya turut sama mengiklankannya?
Kalau benda² kecil macam ini pun saya tak boleh jaga, bagaimana tentang hal² lebih penting dalam agama saya?
Adakah hanya hal² besar saja diberi pahala kebaikan dan dosa kemungkaran?
Saya was-was… dan kerana ada keraguan, saya tak buat job berharga RM 0.80 untuk 140 aksara itu.
Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua
©kujie – Entri ini adalah apa yang saya rasa – bukan sindrom PMS .
Post Lain Yang Berkaitan:


Hmmm…Pada saya penting juga kalau nak promote sesuatu iklan, kena tengok betul atau tidak perkara tu. Takut jadi macam nilah.
Baru tadi saya cuba cari tiket yang kata fabulous dalam surat khabar, konon-kononnya nak balik kampung tengok anak, tapi harga tetap macam tu juga dari semalam

Jom terjah post menarik dari pemerhatidunia ..Taubatnya Pencuri Mesir dan Menjual Buku Biografinya di Jalanan
alamak..dah post pasal konsert korea tuhhh..bila baca baru teringat! memang tak alert
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Baru ku tahu jangka hayat ubat cecair yang dibuka tahan 3 bulan sahaja
saya suka baca blog awak. thaks 4 sharing

Jom terjah post menarik dari ummuuswah ..Halalkah Duit Daripada Nuffnang
memang kena siasat dulu kebenaranya..
jgn main churpchurp sesedap rasa saja..
social ads yang makan diri.. twitter atau facebook memang cepat untuk sampaikan maklumat atau ads. Satu pengajaran yang baik untuk advertiser.
Jom terjah post menarik dari zuls ..Group I-Rich 696 Bawah Uptrend diserbu
kalau saya tak join langsung kerana ragu2 terus
alhamdulillah kalau akak ada perasaan begitu
cuma kita kena fikir lagi mendalam pasal churp2…
saya tak nak cakap banyak nanti org cakap saya apa plak
tapi saya memang tak join pun
Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Feedburner berwajah baru
halamak..nie yang buatkan aku takot2 ngan churp2…
tapi kalau nuffnang cmne lak??
aishh..curp2 da dapat dekat 5 hengget da..hu3
Jom terjah post menarik dari nash ..Apabila Karya Photoshop Serba Tak Menjadi
smpai ari ni masih belum jelas lagi dgn churp2
Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Sekadar di pinggiran
huh nasib tak pernah amik tahu pasal churp2…=)
Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Pic Profil Facebook SyahrilHafiz.Com Terbaru
huhu.
saya pun cukup berhati2 dalam hal ni. kalau nak iklan di blog pun sama. dulu ada org mintak iklankan macam MLM, saya tolak.
Churp2 pun, ada ikla kredit kad pun saya tolak. Sebab tu kredit kad konvensional dari Alliance Bank.
Memang perlu lebih berhati2 bila nak cari duit online ni.
Jom terjah post menarik dari Affan ..Tutorial Blogspot Mashable Style Social Sharing Button
pergh, bahaya gak ni. kita duk sibuk duk promote org punya iklan…ades…
Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Senarai Blog SEO Terhebat
saya pun tgk gak certain iklan tu, lau yg ajak g audition ke ajak berparty ke, mmg tak buat.. tak tau la kan..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Facebook Gugat Keselamatan
Terimakasih – saya suka komen ni
menghilangkan keraguan dan was-was dalam diri
bolehlah ‘cari makan’ lagi dengan iklan di blog
Tak tahulah kalau dikira bersubahat atau tidak tetapi kalau ikut law yg saya pelajari (civil law) – perbuatan jahat itu mesti di sertai niat jahat “mala fide”. Rasanya tak ada niat kita mahu menipu atau mahu bersubahat menipu. Tanggugjawab utk periksa setiap iklan sepatutnya terletak pada syarikat yang mengiklan dan syarikat pengiklanan itu. Bila kita tweet – kita ini umpama pekerja yg menjalankan tugas dan di employ di bawah contract for service.
Bagi mereka yg menipu (Air Asia atau Churp Churp) ke, hasilnya tak ke mana kerana reputasi hilang dan orang akan tak percaya lagi.
Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Peperiksaan Akhir Tahun
terima kasih kak jie sbb membuka mata saya pade benda2 camni..mmg saye biasenye tgk yg kasar2 jer…contoh arak, tobacco dan yg seangkatan dgnnye…
lepas ni..kene lebih selektif…thanks kak jie…
haah susah jugak that y saya tolak untuk review celcom blackberry torch…
Jom terjah post menarik dari Bean Moreno ..THE OTHER GUYS MOVIE REVIEW
kujie,
kalau saya rasa ragu dengan pendapatan saya, saya akan derma duit itu tapi bukan sedekah/zakat.
derma untuk buat jambatan atau pondok rehat bukan sedekah pada yang memerlukan.
=)
sama konsep macam bersihkan pendapatan kita.
Jom terjah post menarik dari NoorAfzan ..Entry Santai : Personaliti ku vs si dia
tol tu kak jie.. setakat 8 kupang tu apa la sgt klu nk banding ngn saham akhirat andai benda tu subahat kan.. xkan keimanan umat Islam sekrng nie boleh dirobohkan & dijual beli hny dengan 8 kupang kan..
Jom terjah post menarik dari Captain ..quotBarangsiapa tidak mengenali jati dirinya dia akan terjerumus. Barangsiapa takut kepada Allah dia…quot
no no no..jangan salah faham
ini datang dari diri kita sendiri, bukan dari pihak pengiklanan
kita yang buat pilihan utk terima atau tidak
kalau dah tau tak boleh buat..kenapa diorang nak kita promote jugak?ades..pening2

Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Ebook Jana Wang Adsense V2.5 Dan Voucher Google Adwords
Dulu rajin gak buat churp-churp ni, tp bila tengok makin banyak assignment masuk, tetiba rasa malas plak. haha. Gpun twitter tak guna sangat
Memang hampeh klu menda yang kita sebarkan tu turn out to be scam. aicehmen sedang kta sendiri pun teringin nak tengok sejauh mana hebatnya kempen tu.
Jom terjah post menarik dari ann ..Tips: Tingkatkan Trafik Cara Mudah
tak salah pun………….ini hanya mengenai promosi hari Jumaat tu saja
yang meragukan iklan dia…sebab ramai yang komplen seats tu tak ada pun
yang lain2…tak ada masalah kot
dulu iklan celcom pun kak jie tweet juga
kemudian terfikir…eh macam aku mengajak kawan2 p jalan sesat je
ade iklan party² apa tu
rasa mcm mengkhianati prinsip sendiri
dah sedar dah skrg ni..hehe
owhh okay… terima kasih kak jie…
yup… setuju ngan apa kak jie ckap tuh
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Mari bergambar dengan BlackBerry Torch 9800 Maxis10
Yang kita nampak feedbacknya dari pengguna yang meragukan, kita berhati2lah.
kalau iklan tu lengkap info tanpa mengelirukan pengguna, tak apalah
jangan semua kita anggap sama rata.
Thanks for the share..Lepas ni kalau nak buat iklan @ promosikan something, kena perhatikan datails dia bebetul. Nanti nak kejar untung yang tak seberapa, lain pulak yang dapat…huhuhu..
Jom terjah post menarik dari zharmin ..Blogging Untuk Duit
akhir² zaman ni memang susah nak kita nak tolak dan mengelak dari perkara² ‘samar²’ dan meragukan.
Kalau kita tak boleh elak sepenuhnya….kita jangan tak buat langsung.
Mungkin kita cakap….” aku buat baik pun, bukan boleh ubah dunia”
tapi jangan pula kita terus tak buat baik, buat jahat.
dah tau..apa persediaan?
yg ni kena tanya balik dgn ustaz…terkebil2 nak jawap
dari tadi saya cuba selami maksud di sebalik ayat ni..

Jom terjah post menarik dari Eizil ..Dari blogger untuk blogger
memanglah bukan senang untuk mengelak
nanti orang cakap..hipokrik lah…hal kecik mcm tu pun nak kecoh
tapi kalau tak dapat buat semua, mengelak semua….kita buat apa yg kita mampu
jangan tinggal semua -
thanks kak jie for sharing. adoi saya tak pernah check la pulak, and jarang tekan link yg dia kasi :p selalu main tweet je. lepas ni kena berjaga2 la jawabnya
rasa tak best pula..orang lain mungkin tak
Baru teringin nak look for something to kk thru AA.. emmm..
Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MAS GET TOGETHER
dulu Kak Jie pun terus buat je ayat 140 aksara tu..publish
hari ni digerakkan hati oleh Allah untuk berfikir
sebenarnya jangan fokus pada churp2 ke apa
apa saja pengiklanan – kebetulan perasaan ini timbul masa nak siapkan job churp2 pagi tadi…dan mula mencari info dan terjumpa
kalau tak cari….mgkn dah submit job tu dapat rm 0.80
ini yang saya rasa pagi tadi
mungkin orang lain – tak ada apa²
pemahaman tiap orang berbeza
kadang2 benda2 ni bukan datang dalam bentuk nyata
tak semua faham -
hik3..betul gaktu kak jie…tepuk dada,tanya hati….sometimes saya tolak juga yang mana saya tak selesa nak menulis…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..My 1st RM1K Cheque With Nuffnang Is On The Way
kebetulan ‘terjumpa’ dan ‘ternampak’
bukan sengaja mengaitkan dengan konpirasi ke apa2 tu
mungkin ada yang lain..tapi tak nampak
yang ni dah nampak
mcm ‘sengaja’ pula kalau kita dah tahu tapi nak juga buat
kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua, ye
tanya selera yang susah ni…selesa tu nafsu
nama dia pun Fabulous Fly-Day
tepuk dada tanya selera..tak silap saya adasatu churp2 airasia tarikhnya adalah jumaat..
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..My 1st RM1K Cheque With Nuffnang Is On The Way
Ingatkan pengalaman buruk lain jer yang saya alami dengan AA ni, rupanya ada lagi kes yang camni, setakat ni reputasi AA kepada saya memang tak menyenangkan, banyak jer kes putar belit yang dorang buat. Semoga kita lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Sama ada advertorial ataupun tidak.

Jom terjah post menarik dari Eizil ..Dari blogger untuk blogger
alamak..leh jadi camnie ke? tak taula pulak…sebelum nie sekadar tlg mempromosi, tapi kalau jadi macam nie, kita salah tak?
Jom terjah post menarik dari razis ..Kereta: Kereta Kelisa Berkelajuan Seperti Evo 10
lepas ni kena perhatikan betul-betul job yang diberikan, sebelum ni pun sy main belasah je kakjie
Jom terjah post menarik dari mijie ..Tips keselamatan dalam rumahbahagian akhir
Kadang2 bila kita ingat kita tak promo arak & tobacco ok, tapi bila cam cheat camni, dah rasa tak syok gak~
>.<
Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Melamar Pasangan : Apakah Hanya Lelaki Sahaja Yang Boleh Meluahkan Hasrat Hati Dan Cinta
nota kaki: maza pun pemilih juga mahu mempromosi di blog itu.. hahha
takut seh, sekonyong2 aje dpt dosa kering.. huhuu
Jom terjah post menarik dari maza ..Cendol di pohon rendang di tepi jalan
betul kata kak jie .. kalau iklan churp2 tu kene baca betul2 iklan dia baru la boleh kita promote .. tq atas peringatan ..
ehh ehh baru join churp churp.
itulah, kadang-kadang nak tulis entri untuk promosi pun kena kaji balik sebab takut tersilap beri info. Y_Y
Jom terjah post menarik dari epulafea ..mari terjemah lirik: irreplaceable beyonce
Alamak. kena perhatikan juga iklan2 ni..
ye la..kadang-kadang banyak perkara yang kita buat tanpa kita buat sedari telah bersubahat rupanya..semoga kita lebih berhati2..peringatan buat diri saya

Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Maher Zain Live in Concert Feb 2011
“Kita sering bercakap bila membaca sesuatu peristiwa buruk atau musibah yang menimpa – mulalah tulis komen insafnya …syukurlah … kesiannya ….kiamat dah nak dekat…. bala dari kemungkaran …tanda² kiamat dan berbagai lagi info yang boleh menyedarkan … TETAPI???
dunia akhir zaman….
Jom terjah post menarik dari Mohd Hafiz ..DiGi BroadBand : Always The Smarter Choice