Assalamualaikum……. on board again! Terimakasih pada yang sms bertanya khabar. Saya sihat cumanya pusingan biologi dalam badan kerap mempengaruhi kesihatan diri.

Saya mengalami alahan/ PMS yang teruk selepas kelahiran Intan 9 tahun dulu. Zaman anak dara zaman jahiliah dulu saya tiada langsung masalah. Mungkin juga kata orang banyak urat yang putus selepas 3 kali kelahiran secara pembedahan caesarean - 2 melalui bius umum ( tidur lena tak ingat dunia ) dan satu melalui proses bius saraf belakang ‘Epidural’.


kredit gambar : google
Sebenarnya saya bukan AFK langsung.  Saya masih aktif depan skrin .   Blogger tegar mana boleh berjauhan dari komputer. :lol: Dalam masa 2 hari blog tidak diupdate sebenarnya saya sedang membaikpulih dan membina 3 blog orang lain.  Saya masih membalas email-email mengenai beberapa masalah kawan-kawang mengenai blog.

Walaupun saya menggunakan wordpress , sejujurnya saya akui saya sangat menyenangi platform blogspot.  Dulu di blog lama saya sering memberi tutorial atas permintaan kawan-kawan tetapi sekarang saya hanya membalas email.

Ada orang bercakap, saya berlagak pandai.  Mungkin sebagai surirumah tangga sepenuh masa  saya sepatutnya hanya menulis mengenai anak-anak, suami dan periuk belanga saja.   Untuk mengelakkan rasa riak dan dosa orang yang mengata, saya hanya menjawap pertanyaan melalui email.  Tiada tutorial di blog.

Cumanya jangan cari saya dari jam 9-11 pagi.  Walaupun cuti sekolah, kelas pengajian saya setiap Selasa hingga Jumaat masih berjalan seperti biasa.   Ibu-ibu tua macam saya ini, lambat sikit pick-up jadi tidak digalakkan bercuti lama.:lol: