Salam Jumaat semua, Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita.
Projek Kenangan Ramadan Bersama Ben Ashaari ini telah lama saya simpan dalam draft. Terfikir-fikir perlu tidak dilepaskan keranan kenangan yang sangat indah ini telah berulang-ulang kali saya titipkan di dalam blog. Sudah bertahun² setiap kali menjelang Ramadan , kenangan itu diungkit, diungkap dibaca ulang – sudah tentu kenangan yang sama dari rasa yang sama.
Ada beberapa peristiwa kenangan sepanjang Ramadan yang memberi banyak makna dalam hidup saya. Saya tidak pernah jemu mengimbau kenangan itu cuma barangkali pembaca blog saya yang telah jemu membaca entri ulangtayang ini berkali-kali.
gambar gedik remaja lewat usia bergaya ala² facebook!
Ramadan yang tak mungkin saya lupa – Ramadan 1411 ( 1991 ) dan Ramadan 1412 ( 1992 )
Malam pertama Ramadan 1411 ( 1991 ) saya pergi dating secara rasmi dengan encik suami. Kami makan di gerai berdekatan kilang Motorola Sg. Way ( kilang tu dah tutup tapi alhamdulillah, cinta kami masih utuh). Selepas makan, terjadi satu lagi peristiwa yang tidak mungkin saya lupa…. kereta tak boleh dihidupkan! Untuk pertama kalinya dalam hidup , saya menolak kereta dan lebih sadis lagi pada dating pertama.
Tiga bulan selepas itu kami mengikat tali pertunangan dan tiga bulan kemudian kami selamat menjadi suami isteri. Alhamdulillah begitu mudah perjalanan kami menjejak gerbang perkahwinan.
Ramadan 1412 ( 1992 ) – dihujung² Ramadan yang barakah itu sekali lagi kami mendapat berita mengembirakan. Selepas 6 bulan berkahwin saya disahkan mengandung. Saya masih ingat macam mana gembiranya suami bila doktor beritahu berita ini. Malamnya selepas tengah malam, kami keluar ke Chow Kit. Meriahnya waktu itu walaupun sudah 1 pagi kerana orang masih berduyun² membeli belah membuat persiapan di akhir Ramadan. Suami belikan saya bunga siap digubah dan pasu tembikar.
Berita ini hanya kami berdua saja yang tahu. Kami bercadang balik berhari raya di kampung saya dan singgah berbuka dan bersahur di rumah mertua dulu.
Sedang berkemas² selepas sahur, masukkan segala kuih dan kerepek yang mertua kirim untuk bisannya di Kedah… emak mertua saya berbisik lembut di sisi
” Jie puasa penuh ke?”
Betapa berseninya pertanyaan seorang mertua kepada menantunya. Sangat manis cara mak bertanya tentang berita kehamilan saya dan betapa berpengalamannya mak mertua dalam komunikasi bersama menantu. Saya tahu, itulah berita gembira yang ditunggu² kerana saya sedang mengandungkan cucu pertama dari anak lelaki di sebelah keluarga mertua.
Kisah Ramadan yang manis ini pernah saya tulis pada tahun 2008 dan memenangi contest di tempat kedua. Baca kisah cinta Ramadan ini di Ramadan Dalam Hidup Saya ( juga ada tips balik beraya suami isteri ).
Banyak lagi kenangan Ramadan dalam hidup saya – percaya tau tidak, saya pernah melancong di bulan Ramadan? siap berjungle tracking lagi… huhu
Syukur pada Tuhan kerana masih memelihara rumahtangga ini. Terimakasih pada suami kerana masih menerima diri saya seperti mana hari pertama menjadi isteri.
p.s – Tiada maklumat tesaurus untuk kata ramadhan – ejaan yang tepat adalah RAMADAN ( rujukan kamus online dbp.gov.my )
ops…lupa syarat ke 3- dari mana saya tahu segmen ini. Sudah semestinya dari blog Ben Ashaari sendiri. Walau sekarang saya tak tinggalkan jejak tetapi saya masih lagi pembaca blog atau kadang² membaca di Google Reader.
©kujie – kalau tahun depan ada lagi blogger yang anjur segmen seperti ini, saya tetap juga akan turut serta dan bercerita hal yang sama rasa yang sama.. kerana seperti tagline blog ini – sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti!
Post Lain Yang Berkaitan:


moga bahagia terusan hingga di syurga, ya kujie.
cinta orang lama lebih manis dari cinta budak2 zaman sekarang rasanya…..
1991 dan 1992 — tahun yang sama juga untuk saya. cuma rezeki kujie lebih baik. sehingga kini saya hanya punya sorang cahaya mata sahaja. Allah yang lebih mengetahui, kan, segala yang ditetapkan untuk kita.
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..pesanan dari Tarek
gambar kak jie memang romantik n penuh cute…

Jom terjah post menarik dari Awek Ganas ..Kebesaran Lailatul Qadar
Itulah syurga dunia, kebahagian rumahtangga.. Moga kekal abadi.
sweet

Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
bergambar ala facebok heeee.. comel kak jie… so sweet!! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat…

Jom terjah post menarik dari tpinky ..Cinta Agamamu
sungguh romantik gambar..huhu
Jom terjah post menarik dari ishak ..Konflik antara amerika dan kumpulan hujan
Terimakasih atas ucapan dan doa yang dikirim… moga kita semua pun dalam lingkungan bahagia dan sejahtera
Yup… Kak Jie check kat DBP – ejaan yang betul RAMADAN
Salam Sweethoney… terimakasih atas ucapan dan doa.
selalu dok ulangtayang kisah ni..hahaha
eh…. Ramadan bkn kira single ke dah couple
saya tiada kisah lagi..single lagi meyh…hehehe
Jom terjah post menarik dari pusher ..Puasa 2010
sonok dgr kenangan kak jie ni
hehehehe
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Siapa kau nak kata aku ahli neraka
Salam Ramadan Kak Kujie, Seronok membaca pengalaman Ramadan kak Kujie, semoga berbahagia hendaknya dan cinta semakin utuh sepertimana yang kak Kujie doakan. InsyaAllah.
Jom terjah post menarik dari Sweethoney ..AKHIRNYA YANG DITUNGGU DAH TIBA
Yea ! Baca kisah Kak Jie yang ini lagi . Sweet !
Memang ejaan Ramadan tu , Ramadan ye kak Jie ?
Salah la selama ni saya eja . Aduh . Habis karangan saya .
Jom terjah post menarik dari farah ..Samurai
bestnya cerita cinta kalian berdua…alhamdulillah berkekalan…kami sebagai pembaca mengharapkan yang terbaik untuk kak jie
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Alahai Pelajar
Jom terjah post menarik dari ain ..HUKUM BERHUTANG
walau dah berkali-kali saya baca tapi tetap juga rasa mcm hari ni membacanya
satu kisah yang memang betul2 memberi kesan la kakjie
Jom terjah post menarik dari mijie ..Kepentingan membaca ruangan komen dalam artikel blog
how romance lah kak kujie… sangat2 adorable..

terima kasih k jie, sebab citer2 kak jie selalu buat diri ini ingin lakukan yang terbaik untuk suami..
Jom terjah post menarik dari kella ..Lain dulu Lain sekarang
mmg sweet citer di ramadan kak jie ni.. tersenyum je membaca..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Blogger Yang Terdesak
ala comelnya cerita ni.

Jom terjah post menarik dari epel ..7 Ramadhan
Ramadhan = Ramadan?

Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Day 17 – A book you’ve read that changed your views on something
seronok baca kisah kak jie…
banyak betul kenangan kan?…
=)
rasenye sebelum nie dh pernah baca psl nie kt blog nie,tapi baca lagi hehehe…so sweet
untuk perhatian semua…bermula kol 12- 5ptg nie nanti kat my blog ada 5 pkra aneh utk dikongsi bersama. harap dapat berkongsi ngan semua pembaca. TQ
Jom terjah post menarik dari izyanty collection ..Tujuh perkara ganjil -PART 1
kenangan yang memang tak akan dilupakan..
pestime bce citer ni
syahdu rasa hati
suka p/s ttg thesaurus ejaan ramadan
baru sedar saya dah buat silap
mekasih kak jie~
Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Tiada Idea Nak Blogging Cuba ini
takkan pernah lupa love story ni

Jom terjah post menarik dari yonna ..Enter Title Here
Saya pulak bakal mencipata kenangan tahun ni. Pertama kali berpuasa dan beraya tanpa abah.
kenangan manis… sungguh manis kak jie..
Jom terjah post menarik dari zulman ..Mohon Pada Mu Ya Allah – Selamatkan lah Luqman Al-Hakim
iyalah… saya pun suke, tetiba teringat kisah sendiri. masa melahirkan…
sweet like choclairs!
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Rompak mana satu Senarai Institusi Bank di Malaysia
sweetnya cerita kak jie! tersenyum2 membaca.
teringat pula kisah sendiri..hehe
kreatif siapa yang amik gambar tu, fokus kat screen handphone

Jom terjah post menarik dari Faizal @ FTN ..Entri Selepas Sahur – Renungkan