Saya tidak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi saya cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidah sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin saya cukup baik dan sempurna.
Seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus saya jadikan sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri.
Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.
Saya manusia normal yang tidak pernah sempurna dan saya percaya setiap orang memandang sesuatu dengan pandangan berbeza mengikut kehendak dan keperluan . Tentunya saya tidak mampu memenuhi semua kriteria atau standard piawaian untuk memuaskan semua orang.
©Kujie….bila niat mula disalahtafsir, kata2 mula diragui maka aku bukanlah lagi layak dipanggil sahabat.
Post Lain Yang Berkaitan:



kadangkala hidup tak seindah seperti yang kita selalu impikan..
Allah tidak pernah menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu hambanya tanggung~
Jom terjah post menarik dari student ..Diam hati rawan
Apa-apa pun, semuanya bergantung pada niat. Allah itu Maha Adil. Cara Kak Jie diam dalam menangani masalah, mungkin dapat melemahkan sebelah pihak yang lain.
Apa-apa pun Alhamdulillah, Kak Jie dah kembali normal..
samdaddycools last blog post..Geng the Movie : Lets go watch
Terimakasih sam…ala….mid-life crisis kata org..
kejap saja tu….dah cukup matang utk cari jalan selesaikan
Assalamualaikum Kak Jie….
Bila terbaca apa yang Kak Jie tulis, saya pun terasa juga sebab baru je kena kutuk dalam blog seseorang minggu lepas. Saya heranlah Kak Jie di tempat kerja saya, ramai kawan yang suka mengata buruk tentang kawan dan ramai yang sanggup ikut acuan suka mengata ni sebab takut hilang kawan. Masa kena kutuk geram jugak…. tapi lama-lama reda sikit. Kalau kita pun mulut jahat, takut pulak Allah tarik balik rezeki ka…apa-apa ke…. Bila baca “Lubang di hati” rasa ok balik sebab inilah kenyataan hidup yang perlu kita hadapi….. walau apa pun kita buat, tak semestinya ada orang akan suka dengan kita.
azanas last blog post..Sembahyang
Waalaikumsalam…
Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi..Janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Whatever bad things that happen to you, dont have to feel too sad or despair, in the end, it might not be a total bad thing after all.
mengalah tak bererti kalah.
sabar separuh daripada iman.
jika kita rasa diri kita ditempat yg benar, apa yg kita buat adlh betol, ketepikan kata² negatif.
dah lumrah kehidupan, adalah pro dan con.
fiezabaiduris last blog post..Mengapa
berfikiran positif, terbuka dan hanya berserah pada Dia
Buang yang keruh ambil yang jernih..tapi kalau dah bersahabat tu,nak buang ke mana ye..tak banyak sikit mesti terkenang kisah lama..
nadinezuharras last blog post..:: Upin,Ipin & Geng – Pengembaraan Bermula..!
@nadinezuharra, hati kita kalau baik..Allah senantiasa akan membalas kebaikkan tapi kalau hati kita busuk lambat laun orang akan sedar dan tahu juga….
Jie, jangan tumpukan dengan kata-kata negatif yang menyakitkan hati, Jie. Abaikan kata-kata macam tu dan tumpukan kepada kata-kata positif yang penuh kasih sayang dan mendorong kita melakukan kebaikan. Insya-ALLAH, aman hidup kita.
@OD, Terimakasih OD, sentiada dtg dgn motivasi yg memberi semangat….blur kejap je ni…pms kot!
hahaha
sahabat sejati ialah seseorang yang berkawan tanpa syarat..
Neezas last blog post..Kuih Dangai
@Neeza, sokong neeza!
jgn harapkan balasan dan jgn mudah berprasangka buruk
kalau nama sahabat tentu seseorang tu boleh terima kelebihan dan kekurangan kita kan kak jie
@iza, ada org hanya berkehendakkan sahabat yg dpt memenuhi selera dan acauan yg dia kehendaki saja
Kata org; Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia … ?
bagi maza mulut manusia di solid tape kan….
huhuhu
mazas last blog post..Sambung Belajar: Graduasi
@maza, kadang2 bkn hanya mulut yg berbicara tetapi jari yang menyusun kata-kata
kadang2, teringat balik kat “kerjakanlah solat dan bersabar”
Mak Sus last blog post..Inilah dugaan buat seseorang
@Mak Su, Insyaallah maksu…
Sama lah kita Jie,
Ada orang selesa dengan kita, ada orang tidak….
Ada orang faham niat kita, malangnya ada gak yang salah tafsir…..Sabor je laa….Makcik ni dah tertelan pil sabor….hu hu…
Ties last blog post..Buah Tin
@Tie, itu mmg lumrah, cumanya kalau org tu tak dapat terima kita jika tidak mengikur acuan dan kehendaknya…
erk..itu sahabat yg mementingkan diri sendiri , kan?
sabar kak jie…
tak semua org berfikir seperti kita berfikir.
sama juga kata2.
yang baiknya… diam.. kan??
(tapi kalau diam pun payah juga… takut terberdendam.. erk?! ada ek perkataan tuh :p )
Zanas last blog post..Tebiat kot…
@Zana, inilah kalerful hidup kita kan Zana. Sebenarnya bukan dendam..cuma kita membina zone selamat utk diri sendiri
mendalam nya maksud entry kak jie nih..
@arin, sebenarnya belum sepenuhnya apa yg hendak diluahkan..tak pandai pun
Niat memang selalu disalahtafsir sebab yang diluahkan belum tentu dapat menyamai niat dengan sempurna…
@kruel74, pemahaman setiap org berbeza
mendalam betul ape yang kak jie tulis ni…
sy bukanlah nak memandai2 sb sy bukn pandai sgt pun, tapi hidup memang sedap kalo kita bijak mengambil langkah..
betul x kak jie?
Callisters last blog post..Darwin Award
@Callister, betullah tu..cuma agak sedih bila kita tak mampu fight for our right.
Kak Jie bukan jenis melawan…biarkan..terima saja
@Kujie, hm..sbar kak jie ye..orang yang sbr, byk faedahnya..
Callisters last blog post..Darwin Award
@Callister, dah ok dah..baru terima email dr seseorg..dia tulis mcm ni”kalau hati kita dah tak betul dan tak ikhlas..perkara buruk akan senantiasa bermain di kepala kita. Ingat orang tu lah..ingat orang ni lah….”
sentiasa berprasangka pada orang…
@kujie, baguslah kalo kak jie dah ok..
Callisters last blog post..Darwin Award