Maafkan Kesilapanku
maafkan aku bila hasrat telah pergi
maafkan atas senyum yang kini telah pudar
maafkan maafkan kata yang terucap
jadi erti tersirat di hati
walau semua telah sirna
dan takkan kulupa dirimu
pernah ada nikmati cerita kita
~ Tak Harus Miliki ~
Saya tak tahu untuk dimulai dari mana, tetapi resah juga rasa berdosa kerana menyakiti hati seseorang telah buat hidup saya sesak seperti tidak cukup udara untuk disedut.
Entry ini merujuk pada entry terdahulu saya 21/05/2007 “ Bagai luka dicurah cuka …. ” . ( sesiapa yang belum pernah membacanya tak perlu susah payah mencari kerana saya telah mendelete dari blog in )
Kepada sesiapa yang berkenaan, saya dengan rasa rendah diri dan penuh kekesalan memohon maaf kerana telah membalas setiap ucapan dan kata-katamu dengan niat untuk menyakitkan hati. Saya sedar sebagai manusia saya juga tidak dapat menahan dugaan seperti ini lalu hilang pertimbangan dan membiarkan akal dikuasai perasaan yang meluap-luap.
Walaupun ini adalah blog peribadi saya dan saya berhak untuk menulis apa saja, tetapi saya akui apa yang pernah saya tuliskan dahulu bukanlah jalan bahagia yang boleh membuatkan hati saya bersorak girang. Saya menyesali dan menagisi apa yang telah saya tuturkan. Sepatutnya saya tidak menurut kata hati dengan mencurah minyak di api…memang saya akui saya amat terluka dengan tiap baris kata yang diutuskan kepada saya sehingga mendorong saya membalas sebegitu, tetapi kemudian penyesalan datang dan saya merasakan saya patut untuk memohon maaf kerana membuat orang lain terluka dengan tindakan saya.
Akhirnya sekali lagi saya memohon maaf atas segala gerak geri yang menyakiti hari, tutur kata yang menyinggung perasaan juga segala tindak tanduk yang melukakan jiwa. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kejahilan saya sendiri.
Andai Ku Tahu – Ungu
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu




mintak maap pun mintak maap la gak kan. open table kene la wat jugak :p
erm,even x paham ape yg jadi..paper pun..kak jie sangat baguss…yeahh..hidup kak jie..
yezza ma..i’m proud of u ma. even untuk yonna..u’re not supposed to do that..ntah la ma, die tuduh mama..mama dengan baik sekali membuayt kenyataan maaf secara terbuka sedangkan terang2 its not ur fault..kalo yonna.. heh,belum mampu nk maafkan kesalahan ORANG TU..dia mcm dah toreh hati kite dengan pedang..senang2 nk bagi kemaafan..papepun, mama.. yonna respect kenyataan maaf terbuka dari mama sedangkan..dia yang patut buat mcm tu kat mama.
>>kemaafan adalah dendam yang terindah~
i’m proud of u kak…Akak mmg btl2 strong. Saya blm mampu nak mintak maaf secara terbuka camni (mayb ego terlalu tinggi)…
saya harus belajar dari kakak2 sume!
P/S: cane nak wat ek…saya nak jadi a bit selfish la kak…X larat dah dok sacrifice yet org x appreciate. n finally makan diri. Adeiii…x sangka idup x seindah mimpi. ssh kan idup nie….
masak pajeri trg pon x sesusah nie! mana belacan???
Memohon kemaafan sesama manusia dan memaafkan orang lain dengan seikhlas hati, adalah satu sikap yang terpuji
saya maafkan akak …. boleh?
0-0 okeh:)
kak..u takde wat salah kat i..no worries..cheersss…!!!
kujie
Teh pun slalu gituk..biler tengah marah ..shoot jerk ape yg terpikir..takde tapis dahh..
dah reda skit baru leh pikir..time tu le penyesalan tu datang..
akak
aku maafkan ko kak
ops….
ko mahapkan aku gak le ye
pasan mak meghah ni kan?