CERIA menggambarkan keadaan yang riang, tenang, bersih dan cantik. Ceria diibaratkan suasana pada pagi yang cerah, cahaya matahari yang lembut mula menyinari sawah ladang dengan kicau burung yang menghidupkan suasana.Jiwa ceria mempunyai tempat pergantungan, melalui peristiwa dalam pengertian takdir, melalui kesusahan dalam faham ujian, berusaha disudahi doa, melakukan kesilapan dihujungi muhasabah dan taubat dan sentiasa tenang walaupun di saat krisis.
- Petikan dari PROF. DR. SIDEK BABA (pensyarah UIAM).
Sekiranya keceriaan itu dipandu oleh akal mempedoman naluri dan nafsu perlakuan kita mungkin terarah dan keceriaan yang diterima memberi makna yang tersendiri. Namun keceriaan yang diterima hasil adanya fikiran yang membentuk perasaan dan dipandu oleh hati, maka pertimbangan baik buruk boleh dijadikan pedoman.
Semoga kita semua mendapat Rahmat dan HidayahNya di hari Jumaat yang bahagia ini. Hidayah kadang² tidak terkira jalan ceritanya, tidak terduga titik mulanya… namun hidayah dapat dirasakan kehadirannya.
Selalu doa kepada ALLAH supaya letakkan diri kita sentiasa dalam Taufiq dan HidayahNya dan terhindar dari apa jua kesesatan, sentiasa beristigfar, tanamkan dalam jiwa sifat Khouf wa raja’ (takut dan harap) agar Kasih ALLAH sentiasa pada kita, hambaNya yang selalu berbuat dosa.
Ya Allah, Letakkan aku ini sentiasa dalam PimpinanMu.
Keinsafan itu…kekadang ia hadir dan kekadang ia hilang…Tak tahu ke mana perginya keinsafan itu… buat insan sepertiku… perlukan dorongan selalu..perlu diingatkan selalu.. fikir2 itu kekadang ia baik kekadang ia buruk. Buruk apabila syaitan datang menghasut.. baik apabila ia mengingatkan diri..
Post Lain Yang Berkaitan:


sayang – hidup bersemangat membolehkan kita punya kebahagiaan , impian dan mimpi yang penuh dengan harapan
sipunat – iye…hidup biar sedap!
mezin hati merupakan kejujuran terdalam dalam hidup kita…
Keceriaan amat diperlukan dalam menjalani kehidupan. Hidup yang ceria menjadikan kita lebih bersemangat dalam melakukan segala tugas harian.
Hidup mesti mau ceria beb..walaupun banyak hutang keliling pinggang…boleh ker??
Kebersihan dihati dipaparkan melalui wajah yang ceria… Moga keceriaan itu sentiasa menjadi milik kita dan sentiasa dalam keinsafan walaupun kadang kadang ia hilang sementara…
kasawari - patut dlm youtube ikan kelisa dia tadi ada suara anak² jerit..Tok Din..hahaha..watak cool Kampung Boy!
betul tu kak jie.. ceria ceria lah selalu.. tak pastinya kita akan sentiasa ceria bila menonton Astro ceria.. he he
azlan Lin – Saya juga ada buku Latahzan tu….terimakasih
maksu – sama² maksu
chii - uik..time dekat2 nk xm tak leh jiwa kacau, kena bertenang…
jgn serabut2..jaga diri chii..moga dipermudahkan segala urusan.
mamafahmi – berkongsi utk kita bersama
combi – hidup berwarna warni mmg ada mcm2 rasa..
makan best ape..wat pe nk diet2…:D
mz – Insya Allah
cendawanintim – jiwa kacau tak pe…. asam garam kehidupan..
Insya Allah… hari tetap berlalu..
suara – aminnn……. moga kita semua dilindungiNya.
rockrider 9.1 – dugaan hidup datang tak menduga… moga kita sama² saling ceria menceriakan hidup orang² yg kita sayang…
kadang² datang bukan dari diri kita ttp dari sekeliling yg paling tidak kita duga!
take care!
Dakwah Santai – Terimakasih atas info dan doa dari Ustaz
PROF. DR. SIDEK BABA ni dulu, cikgu Bahasa Malaysia kat sekolah mama dulu…
Semoga kita sentiasa menjadi insan yang positif..
ceria ^_^
cuba ceriakn diri skrg ni walaupun tgh serabut nk xm isnin ni..
tima kasih Jie
Kekuatan dalaman amat penting dalam mengawal suasana seperti yg diingini. Sedikit goyang di hati yang mengacau minda mampu merobah apa yang dituju.
DakLan sentiasa menyediakan buku LaTahZan… usah bersedih! di sudut katil tidur. Nukilan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
Penat dan lelah dlm mengusahakan sesuatu dan diterima dengan hasil yg tidak menepati standard diingini juga mampu “sedikit tersasar dan menerobos pada lubuk emosi agar terkucil”. Bahaya tu…..
MENERIMA SEADANYA…
K. Jie,
jiwa kacau sekang laaaaaa, bila nak ceria balik nih….
**selamat hari ibu buat K. Jie..
ameeennnn …
ceria tu aku..
aku tu ceria..
kalo x cayer tgk laa body huahua..
kembang setaman weiii
BILA NAK DIET NIH!
Assalamualaikum, just nak kongsi satu buku…
Takwa: Takut tetapi Rindu, Hasil tulisan Tuan Guru Haji Hadi Awang. buku yang ringan dan nipis.
http://books.google.com/books/p/pts_publications?id=X8iHTpFkLW8C&pg=PT21&dq=takwa+takut+tetapi+rindu&ei=h7IjSN_vGY2etAP32-TEDQ&sig=HvsV7U-8wmSl_iKfWUWXPZvkdCU#PPP1,M1
And…
“Selamat Hari Ibu. Semoga menjadi Ibu yang solehah dan Isteri yang Mithali”.
Salam kak jie..terima kasih untuk entry yg sgt2 bermakna..membuatkan hati saya kembali segar…
Saya hambaNya yg khilaf =(
Moga saya cepat sembuh. InsyaAllah.
Salam k’jie.
Su teringat kata-kata sepupu yang juga teman paling rapat. Katanya, keinsafan mencorak keimanan dan ia ibarat gelombang yang ada turun naiknya. Ada sesetengah orang, saat dilambung ombak yang tinggi, tika itu ingatan pada Allah amat kerap, ibadat pun banyak. Tapi ada juga sesetengah orang yang masa tulah dia makin hanyut sbb kononnya nak lari dari masalah, lalu menghabiskan masa dengan aktiviti hiburan yang tak berfaedah.
Saat ombak beralun damai, ramai antara kita yang leka mengingatiNya, lupa mensyukuriNya, lupa menyebut namaNya. Kenapa? Katanya lagi, kerana kita manusia pelupa. Doakan selalu agar kita diingatkan dengan kesilapan yg lepas, kerana dgn itu kita akan beringat dan selalu beristighfar. Doakan juga agar diri dikelilingi teman yang ikhlas mengingatkan, menggalakkan kita menanam keinsafan dan sentiasa mendorong kearah kebaikan kerana itulah kawan yang kita perlukan.
“Ya Allah, letakkan kami agar sentiasa dalam PimpinanMu”. Amin.
muadz -kadang² bile rasa down..sampai virus M menyerang..bile sedar rasa bersalah..rasa mcm terlalu sgt ikut perasaan…eeee….patutnya lebih kuat lebih tabah…
itulah…3 hari tak de Bella..ishhh….cantiklah bella!
cikgu panji – owhhh..cikgu cuti hari Jumaat..patut pagi² dah merayau…patut ceria je…:D
K Jie, salam ceria di pagi Jumaat.
Hehehe… Jangan menyangka orang yang ceria itu mengada-ngada.
ceria yang sebenar dtg dari hati yang tawaduk.
apa saja yang kita lakukan pastikan menuju al-falah.
bukan saja kakjie, sy lebih2 lagi..keinsafan tu pandai jengah2 jerr…yang selalu syaitan mengaburi pemikiran..
selamat berhari jumaat
p/s: alaaa bella x de ari ni