Saling mengerti bukan menyakiti

By Kujie, 14/11/2009 6:43 am

Saya betul-betul rasa saya garang macam singa. *roarrrrrrrr*

Saya menang tak akan ganggu atau komen blog orang lain mengenai template atau isi kandungan ( kecuali mereka email saya dan minta tolong).   Saya hormati hak pemilikan seorang blogger keatas blognya.  Tak sesuai dengan jiwa saya, saya elakkan diri. Ada orang lagi dia tak suka blog orang tu, lagi kerap dia mengintip. Sengaja cari bahan untuk menyakitkan hati sendiri. Lepas tu mula kutuk apa yang dia baca.  Kita tak boleh mengawal orang lain tetapi kita boleh mengawal hati dan perasaan sendiri.

Saya tak pernah ada masalah bagaimana buruk sekali pun blog orang lain asalkan awak tidak melangkau sempadan hidup saya.

Saya pernah meninggalkan komen di satu blog wordpress selfhosting yang perlu di isi Mail (will not be published) . Tak lama selepas itu saya  kerap menerima spam email dari tuan punya blog tersebut.

Saya rasa tidak adil bila tuan blog menggunakan email saya untuk tujuan lain. Selama itu saya tetap bersabar dan move spam secara manual tetapi rasanya saya perlu berterus terang bahawa saya tidak pernah bersetuju untuk menerima tawaran menjadi kaya melalui email.

Saya hubungi beliau dan ini balasannya melalui twitter.

Ku Jie…mintak maaf kerana memenuhi inbox Ku Jie ngan sampah! Terima Kasih banyak2 atas ingatan & pesanan tulus ikhlas Ku Jie… SALAM!

aku hanya kaktus

Saya  hanya kaktus. Melindungi diri sendiri.    Awak perlu ada kemahiran yang tinggi untuk menghalang diri dari terluka bila menyentuh kaktus.

p/s – post berjadual, saya dalam perjalanan subuh ke Kompleks Haji Kelana Jaya.

Random Posts

34 Responses to “Saling mengerti bukan menyakiti”

  1. ryna says:

    hehehehe,..testin 3X,..my first time..

  2. Mak Su says:

    maksu tak brp enjoy nak masukkan emel utk letakkan komen, tapi kat kujie tak per ler :) :cool:

  3. tekkaus says:

    Ambil playar dan cabut semua kaktus. kemusian barulah boleh handle kaktus tu kan? :p
    tekkaus´s last blog ..Top 10 Most Embarrassing Moment! My ComLuv Profile

  4. blowie says:

    kesalahan dalam tata tertib berblogging.
    salahguna email visitor plak dahh.

    function email tu utk mengelakkan spam,tapi disalahguna plak
    blowie´s last blog ..Bahasa Melayu SPM Tips! My ComLuv Profile

  5. samdaddycool says:

    Tak larat nak kata dan marah dengan spammer macam ni. Mereka terlalu tamakkan harta dunia sampai sanggup buat benda yang tuan empunya tu tak redha. nanti kat akhirat kena soal… sendiri mau ingat.
    samdaddycool´s last blog ..Ebook sampah dan duit haram…. My ComLuv Profile

  6. Kak Long says:

    Kadang-kadang bila tengok dalam inbox ada incoming email, rasa tak sabar nak tengok, tapi bila buka, rasa buang masa aje pulak.
    Kak Long´s last blog ..Seperti kaduk naik junjung My ComLuv Profile

  7. mrs azmi says:

    mmg sangat ralat bila email dipenuhi spam.. sebab jenuh nak sort balik kut2 ade email penting. dulu pernah sekali terdelete email penting sebab nak delete spam :sad:

    marah betul klu email tu tetibe ade banyak junk mail ajak jadi kaye cepatla kunun. ceh. :evil:
    mrs azmi´s last blog ..wah, tak sangka you!! My ComLuv Profile

  8. Tie says:

    Memang sakit hati la kalau dapat email yang tak diundang. Lebih-lebih lagi dari blogger yang kenal kita.

    Tie biasa terima email dari matsalleh… buat menyemak je. Banyak kali spam pun datang lagi…
    Tie´s last blog ..Mek Jak My ComLuv Profile

  9. hanisumayyah says:

    Macam2 yer…saya baru tersedar rupanya boleh jadik gitu pulak yer….saya pun ada masalah email spam ni memang mengganggu sungguh….mana dia dapat email saya, saya pun tau???

  10. nazra says:

    salam. kak jie, naz suka la pepatah kaktus tu. naz ambil utk pedoman diri naz ye ;)
    nazra´s last blog ..Gothic? Saya tak ada kaitan. My ComLuv Profile

  11. Lan Bingka says:

    ada gak yg add kat facebook. hmm…rupanya nak ajak join skim cepat kaya..
    Lan Bingka´s last blog ..Walimatul Urus Pertama My ComLuv Profile

  12. megat says:

    bad attitude! itulah gambaran awal yang saya boleh kasi pada orang yang macam akak maksudkan.

    dalam dunia internet ni paling mudah orang lain nak pijak kepala kita. tanpa izin. tanpa sedar ada sahaja yang berlaku.

    menyalahgunakan kelebihan yang ada. tidak jujur dan amanah.

    bab2 macam ni yang boleh menaikkan kemarahan (hu3)

    ps – terer akak nogmong jowo (he3).
    org umah sy mintak resepi kek coklat kukus ;)

    • Kujie says:

      @megat, bab komen tu tak nak tambah2lah…macam siram minyak pula :lol:

      bab kek cokelat kukus tu

      hahaha..kena promosi kat blog le nampaknya

      kakak ipar ada buat tepung kek segera – resepi keluarga ni.

      bukan dipasarkan meluas pun, kawan2 je…

      so kak jie buat kek tu, guna tepung segera yg kakak ipar jual, cuma tambah 3 biji telur, 1 cawan susu cair, 1 cawan minyak masak dan 1 cawan air mendidih.

      kukus! :lol:

      • megat says:

        @Kujie, erm, tak sabar nak tunggu promosi kek kukus tersebut. tak sabar nak rasmikan penggunaan periuk hadiah dari akak (he3).

        ps – orang rumah sy pun selalu jenguk blog kak jie ;)

  13. izzah says:

    salam kak jie..
    sabar kak..org tak betoi jgn di layan..:)

    cuti2 dok relax kat umah n bawa mak gi mna2 dia nak gi..(jadi supir hujung minggu :razz: )
    izzah´s last blog ..Pengumuman…Pengumuman… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @izzah, :lol: entri ini bukan sekadar utk bgtau , ramai tak suka spam dan ramai yg mencari ruang untuk spam

      tetapi paling utama

      saya nak bagitahu

      kita yang boleh lindungi diri sendiri, tak salah untuk berterus terang , apa yang kita tidak suka .

  14. Eriyza says:

    Tuh namanya menangguk di air keruh.
    Sy delete je spam email yg sy terima, malas
    nak tahu cara ekspres tuk jd kaya. :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Pintu Terkopak Ditalu Kapak My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Eriyza, sebenarnya inbox kak jie clean, bersih
      jarang terima spam atau fowarded email dari orang lain
      sebab mmg kak jie mmg ‘jaga email’ dgn hati², tak letak tempat sepah²..hehehe :lol:
      sebab itu kalau ada email yang tak diingini, rasa sgt ketara

  15. Toknabe says:

    erk…..komen kat atas tu sy punya..lupa nak taruk nama. :)
    Toknabe´s last blog ..Mendung Bulan November My ComLuv Profile

  16. Toknabe says:

    Ada mcm2 perangai orang dalam talian ni, susah nak agak. kalau tak suka dok diam2 jelah.. jangan dok pandai cari kesalahan orang.

    Betul tu kak jie, kat email banyak betul sampah2 yg nak kena sappu hari2…… susah, kalau nak sponsor duit kat kita tak kisah er.

    • Kujie says:

      @Toknabe, kita kena lebih bermoral untuk menjadi blogger yang professional..tak kisahlah apa tujuan sekali pun..ada org berblog kerana ingin menjadi kaya, mencari duit tetapi perlu jalankan semua itu dgn cara yang baik
      kita akan dpt penilaian yg baik dikalangan blogger dan sudah tentu pulangan yang baik utk jangka masa panjang.

  17. maza says:

    maza juga memberi respose, dlm perjalanan ke Bagan Lalang….

    tangkap pic gitew. hehheh

  18. nana says:

    mama…
    layout yg nana pilih tu mmg xder kot tuk komen box nye..
    ekceli dah mintak tolong yonna..
    esok2 kot dia godek2..tapi kalau mama nak kasi skrip dia ok gak..leh nana try bt sendiri dlu..:)
    heee…bukan reti sgt pun bt benda2 camni.. :oops:

    • Kujie says:

      @nana, mama tau, layout dari blogskin mmg ada yang tak disediakan ruangan komen, tapi mama masih simpan code komen blog klasik
      tapi kena cari kat gubuk la…. simpan dlm peti besi , sebab bukan selalu guna pun…org pun ramai dah tak guna template klasik.

      mama dah email code tu, nana try boleht ak

  19. denaihati says:

    Lain orang lain cara. Setakat ini saya tak kisah kalau sesiapa email pada saya peluang bisnis. Saya minat saya baca saya tak minat saya tak baca dan delete. Dalam dunia ICT ni email dan hp memang sering digunakan untuk marketing sebab tu kadang2 kita terima call dari agen travel dan sebagainya yang kita tak tahu macam mana diaorang dapat email dan no hp kita. Jawapan saya mudah je sorry lah saya black list credit card……terus pemanggil tu kata tq.
    denaihati´s last blog ..Sedekah itu Perisai Api Neraka My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @denaihati,

      penulis ada 2 pilihan, sediakan followwe atau subscibe sekiranya mahu orang lain menerima apa2 email sebagai martketing.

      kalau email dispam oleh pihak yang tdk dikenali, itu kita sedia maklum, mmg itu pun tujuannya

      tetapi dalam kes ini , kita tinggalkan komen di blog mereka dan tulis email ( bagi saya email adalah hak peribadi ) yang perlu dilindungi oleh tuan punya blog tetapi ianya digunakan untuk hal2 yang tidak sepatutnya.

    • samdaddycool says:

      @denaihati, bagus idea ni.. black list kredit kad.. boleh cuba. kadang-kadang si penelefon (orang marketing ada keistimewaan cakap panjang-panjang sebelum kita sempat mencelah)..
      samdaddycool´s last blog ..Ebook sampah dan duit haram…. My ComLuv Profile

  20. beliamuda says:

    itulah yang dirisaukan kalau kena masukkan emel masa komen.. blogger kat malaysia byk lagi yang tak de privacy policy mahupun disclaimer.. bagus untuk apply benda ni..
    beliamuda´s last blog ..Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @beliamuda, kalau dispam oleh org yang tidak kenali, boleh diterima kerana mmg itu pun kerja mereka

      tetapi bila membabitkan email yang kita isi di ruangan komen di blog, rasanya tuan punya blog perlu memegang amanah melindungi email pengomen di blog mereka.

      ini adalah sikap yang bermoral seorang blogger.

      kalau mahu pengunjung menerima email dari mereka, sediakan ruangan subcribe via email. Itu pilihan secara sukarela

Panorama Theme by Themocracy