Semalam sudah pun berlalu.  Hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.

” Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu.  Aku tidak akan pernah menangisi kepergianmu, kamu telah meninggalkan kami semua , pergi dan tidak akan kembali lagi”

“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan meresahkan diri hanya untuk sebuah dugaan.  Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu ; esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan.”

Hari ini adalah milik kita.  Tetapi kegembiraan yang melingkari hidup saya semalam masih belum terhenti.  Semalam beberapa perkara manis berlaku .  Saya sentiasa berfikiran positif tentang hidup dan sering menikmati walaupun secubit pencapaian.

Ok lupakan ayat² syahdu tu…mari kita berkongsi apa yang memenuhi hari indah saya semalam.  Ini blog peribadi saya dan sudah tentu saya ingin berkongsi hal² peribadi saya dengan kawan² di sini.

- Blog ini - Hidup Biar Sedap yang belum berusia 3 bulan sudah melepasi sasaran Technorati saya di bawah 40K.

- Blog saya yang lain masih dalam ranking Top 10K

- Buat pertama kali, semalam saya telah berjaya mengupgrade blog ini kepada version baru Wordpress 2.6.2. Jangan nak gelak tau…sebagai newbie saya cukup berbangga dengan diri sendiri diatas pencapaian saya yang selangkah seperti  anak kura²yang patah kaki ini. Saya bermula dari zero hingga berjaya. Saya guna plugin Wordpress Automatic Upgrade.

Walaupun version baru ini sudah lama dilancarkan,  saya takut untuk mencubanya sendiri tetapi alhamdulillah saya beranikan diri memulakan sesuatu yang baru melepasi kepercayaan masa lampau, ketakutan diri dan ketidakpercayaan potensi.

Hidup masa akan datang bukan dicorakkan oleh orang lain melainkan oleh diri sendiri dan keberanian untuk memicit tombol² kehidupan.

- Semalam sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17, suami telah mendaftar kenderaan baru untuknya…..mungkinkah Proton MPV yang baru itu?

Jangan nak mimpilah… Proton MPV hanya sekadar tatapan di skrin monitor saja… tetapi cantik juga model tersebut.   Bertuahnya kalau dapat … Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku, disetiap langkah yang menyakiniku..kau tercipta untukku….:lol:

- Kemudian saya terima pengesahan dari agen perlancongan tentang tiket dan jadual penerbangan.

Percutian bulan madu :oops:

Saya bawa Intan. Tak mungkin saya dapat bergembira teringatkan anak yang menangis…. Along dengan Angah dah cukup besar untuk ditinggalkan. Saya cakap dengan suami, kalau tak bawa Intan saya tak sampai hati nak pergi. Biar tak bercuti.

Akhirnya dia yang terlebih melompat…:lol:

EDIT : Maaf ayat² sengal di sini  tadi telah saya buang…tak ingin hal² ’sentap’ seperti itu menganggu minggu yang indah saya.