Inilah anak menakan baru – adik ipar saya baru bersalin pada 01/03/2010 secara pembedahan dirancang atas nasihat doktor kerana kesihatan si ibu yang mengidap Thalassemia . 4.08kg tu… Alhamdulillah ibu dan anak sihat.
Namanya Ku Saiful Aizal. Gebu macam Mak Long dia ni ….
p/s – baru sms suami, dia yang terlebih seronok sebab nama dia Saipul Anwar.
EDIT : Untuk jawap semua komen gebu-gebu dari abang kakak, pakcik dan macik , ni Mak Long Aizal nak pesan…Kalau korang tak sihat, elakkan dari melawat atau mencium bayi yang baru lahir kerana sistem imunisasinya yang masih lemah.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara mulai esok, 19 November. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut. Dua daripadanya adalah anak saudara saya , Ku Azzatul Amira dan Irfan Mursyid.
Dah kena virus H1N1 dari si kentang, Topo buat statistik dari nuffnang. Kami bersekongkol target yang serupa…ooooo ingin mengejar knizam.com .
Saya difahamkan trafik dari nuffnang hanya di kira pelawat dari Malaysia sahaja sebab itulah statistik dari extremetracking berbeza. Jangan bandingkan blog artis dan hiburan juga bukan blog politik, statistik mereka unique visitors ribu riban sehari. Lagi hebat macam blog blinkky.com , hanya selepas 81 hari, ranking dia dah 424,482 dari 1,017,567! kagum…kagum!
Entri ini khas untuk Aiman (anak menakan / pembaca sengap),
Tengah bulan ni cuti sekolah seminggu. Aiman mailah ghumah Mak Long no…. ajak mama, abah dengan Kak Mira. Ajak Tok , Tokwan , Makteh, Pakteh, Esyah, Adam dan Wani sekali.
Tok sah naik bas macam haghi tu, naik keretapi malam dari Sugai Petani, isoknya pagi dah sampai ghumah Mak Long dah.
ikan meghemut
Kita mengae. Pak Long baru lepaih ikan lampam meghenyut , besaq-besaq jugaklah….
Ikan talapia Mak Long pun segagan besaq dia, besaq tapak kaki Kak Mira kot. Kalau tak gheti mengae pun tak pa, kita pakat p teghjun gagau, belemoih pun tak pa aih.