Tiba-tiba mereka menjadi kembang semangkuk di depan penyokong England. *Along pakai jersey ESS Setif (Entente Sportive Sétifienne) , kelab tempatan Algeria. Menurut Encik Suami, penyokong bolasepak di Algeria sangat meriah , mereka bergaya seperti ingin ke stadium walaupun perlawanan yang melibatkan pasukan mereka bermain beratus-ratus kilometer jauhnya. Negara mereka mundur 30 tahun dari Malaysia tetapi
Encik Suami telah berlepas pulang ke Algeria awal pagi ini . Flight QR623 KL – Doha ( 7 jam 25 minit ) dan akan meneruskan penerbangan QR566 Doha – Algiers ( Algeria ) 6 jam 50 minit. Kemudian untuk penerbangan domestic Algiers – Constantine ( AH 6024 ) selama 50 minit lagi. Semoga dilindungi
Anak Menantu : Esok abang dah balik Algeria, Sabtu pagi Angah balik asrama, petang Along pula….tinggal berdua dengan Intan. Emak Mertua : Tak payah sedih2, mak pun tinggal sorang…. bla…bla… zaman mak muda2 dulu pun selalu kena tinggal…masa bapa mu pergi sawah. Masa tu bapa naik basikal dari Sabak Bernam ke Sungai Besar ulang alik
Assalamualaikum dan selamat berhari minggu. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Saya tak hilang , masih di dalam Galaksi Bima Sakti , masih membaca beberapa blog kawan-kawan cuma kesuntukan masa untuk beramah mesra dan bertegur sapa ( komen la tu ) . Paling banyak isu yang ditulis blogger mengenai Piala Dunia 2010 dan video
Entri khas untuk encik suami. Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 sumber : www.bam.org.my Kerana zon waktu yang berbeza ( – 7 jam ) waktu perlawanan Piala Thomas 2010 adalah waktu kerja di sana. Waktu Malaysia 6 petang, dia masih 11 pagi. Dia bukan kerja dalam pejabat tetapi di tapak pembinaan ( Algeria East-West
Saya sebenarnya nak tulis cerita lain, tapi tak sempat – nak pergi klinik gigi kejap lagi. Tapi sempat lagi nak bawa kawan-kawan melancong – ke Algeria. Encik Suami cakap, musim bunga di Algeria dah berakhir. Kalau tidak rumput-rumput di tepi jalan pun berbunga cantik Bunga-bunga cinta pun mekar dan harum. Masa ni kalau berYM terasa
Cik/Encik ni mesti salah masuk blog. Ini bukan laman web Utusan Malaysia atau Bernama atau Malaysiakini – ini kujie2.com blog peribadi seorang surirumah, isteri, ibu, blogger ceruk dapur. Ini blog peribadi atau personal blog. Izinkan saya melayan perasaan gembira seketika ini untuk menyambut kepulangan suami yang kali terakhir saya tatap 7 bulan dulu. Suami yang
Tiba-tiba layan lagu Cinta Antara Kita – OST Dunia Baru The Movie - sini ©kujie – Perlukah saya tulis 1500 patah perkataan lagi
Wahhh………tiba-tiba hari ini dunia blogesphere terasa membahang dan meriah seperti AIM ke 17 semalam gara-gara entri 100 ribu . Selamat datang semua ! Terimakasih kerana singgah? Sudah berapa kali? Terimakasih untuk semua yang datang dengan puji hingga saya pula menjadi ringan seperti gula²kapas walaupun sepatutnya berat sebab bontot dah kembang. Ramai juga nak add saya
Dah 3-4 hari saya tak sihat – entri kontot-kontot. Angah kat MRSM Merbok juga dah 2 hari tak ke sekolah, demam. Kenapa pihak sekolah tak telefon penjaga ye. Risau pula dok teringat anak yang jauh lebih 400Km tu sakit. Budak tu dah mula merenget nak pindah balik. Huh…pening kepala fikir hal anak-anak. Bukan hal yang
Rasa puas! Dapat selesaikan apa yang sepatutnya di buat hari ini. Cili merah menyala yang korang ‘terasa’ pedasnya tu saya dah blend, masak sampai kering dan kirim ke Algeria melalui seorang kawan yang akan terbang esok malam. Entri tu betul-betul clear bukan ada maksud tersirat atau tersurat…. he he he. USD dan Euro yang diminta
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H ( 2010 ) . Moga amalan dan sunnah2 Rasulullah terus jadi ikutan. Seperti tahun-tahun sudah, pebduduk di kawasan perumahan kami akan berkumpul di surau untuk bersarapan dan berarak melintasi beberapa jalan. Kemudian ada ceramah agama oleh ustaz jemputan. Selepas tu, saya nak balik kampung jengok mak mertua. Memandu 2 jam
Cuaca panas membahang ni mood pun macam dah rentung. Mandi pun air jadi hangat. Tangki air atas bumbung. Cemburu gila nengok cik abang bersuka suki main salji di Algeria. Kontras betul cuaca dengan kita di Malaysia

