Dibakar Tidak Hangus Dan Direndam Tidak Basah

Ayah lahir pada tahun 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat tidak pernah kembali selepas itu.
Dibesarkan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang mudah di zaman keperitahan penjajahan Jepun. Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah tidak buta huruf. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik kerana ayah belajar secara mengintai² orang lain . Ayah belajar menulis dengan menguis-guis di atas tanah.
Continue reading 'Dibakar Tidak Hangus Dan Direndam Tidak Basah'»




