Hidup Biar Sedap » ayah saya

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah
01-07-1941 – Selamat Ulangtahun Ayahandaku  yang ke 69.

Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.

Amin  Yarabbil-alamin

©kujie – awal pagi tadi telefoh ayah – Alhamdulillah, ayah beransur sihat.   Minggu lepas ayah tak berapa sihat.

Related posts:

Ulangtahun kelahiran Angah 8/11/08

Mak & Ayah Mama Jie Selamat

Selamat Ulangtahun Anakku

Dibakar Tidak Hangus Dan Direndam Tidak Basah
Ayah lahir pada  01 Julai 1941.  Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu.  Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa  untuk membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat tidak pernah kembali selepas itu.

Dibesarkan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang mudah di zaman keperitan penjajahan Jepun.  Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah tidak buta huruf.  Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik kerana ayah belajar  secara mengintai² orang lain .  Ayah belajar menulis  dengan menguis-guis di atas tanah.

Tulisan ayah cantik dengan seni tulisan Tamil yang berkerawang kerana ayah dibesarkan di estet getah.  Disepanjang zaman remajanya ayah merantau berbasikal dari Gurun, Bedong dan akhirnya menetap di Kuala Ketil.  Disitulah ayah bertemu jodoh dengan emak, Chek Chang Binti Md. Nor juga seorang anak yatim piatu yang berkelana dari Seberang Prai.

- Ayah sebelah kanan bersama kawan baiknya.

Ayah seterusnya meneruskan kehidupan dan menetap  Baling hingga kini.   Dengan sejarah keluarga yang pudar dan kelam, saya sendiri tidak berapa mengetahui susur jalur salasiah keluarga.

- Dalam usia tua begini, saya masih sanggup memeriahkan majlis perkahwinan.

Ayah seorang yang pendiam, bercakap hanya perlu, sangat  berfikiran positif dalam hidup dan seorang yang baik hatinya.  Lembut walaupun ayah seorang guru silat.   Saya belum pernah sekali pun melihat ayah meninggikan suara atau berdendam sakit hati dengan sesiapa walau apa pun perkara buruk yang pernah diperlakukan kepadanya.

Sepanjang ingatan, saya  hanya pernah sekali dimarahi ayah dengan teruk kerana kecuaian  menjaga adik hingga hanyut waktu mandi di sungai.  Waktu itu umur saya 10 tahun.  Ayah ada 3 orang anak perempuan dan yang ke-4 itulah satu-satunya anak lelaki ayah.

Saya bawa adik lelaki main di sungai sewaktu ayah dan emak pergi menoreh.  Seronok main hingga saya leka tidak sedar adik  sudah dihanyutkan arus air. Mujurlah guru mengaji kami ada di bawah sedang mengambil air sembahyang.  Adik tidak lemas walaupun jaraknya agak jauh.

Balik dari sungai, saya menyorok di bawah katil.  Saya tahu mesti kena marah. Saya hanyutkan satu-satunya anak lelaki yang ayah ada ketika itu.   Memang ayah marah dan sejak hari itu saya tidak dibenarkan lagi bawa adik ke sungai  ( kalau tak boleh pergi sungai, tak bolehlah main-main dengan kawan-kawan lagi…)  Itulah medan permainan kami sewaktu kecil.

Membesarkan anak seramai 9 orang termasuk seorang  Down Syndrome  ( yang telah meninggal dunia pada usia 20′an- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah  disekeliling perdu-perdu getah untuk mempastikan kami cukup makan.  Pernah di tahun 80′an ayah merantau bekerja sehingga ke Singapura.

- Selepas dilanggar Gadis Myvi Hijau beberapa bulan yang lepas.

Ketika saya perhatikanlah ayah waktu  sedang tidur, mula saya sedari betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kami, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kami kenyang dan pendidikan kami lancar.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan kami semata- mata kerana rasa kasih dan sayangnya sehingga kadang-kadang itu sering di salah ertikan.

Melihat ayah dalam keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan saya dan adik-adik.  Pengorbanan yang amat  melelahkan serta memenatkan  namun enggan diungkapkan.

Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia.  Kesemua anak ayah telah bekeluarga kecuali seorang adik bongsu saya yang masih belajar di Politeknik Kulim.( dah kerja) Saya ada adik perempuan ye ….silalah hantar proposal diri!

Walaupun anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi orang penting atau pun jutawan besi, anak-anak ayah tidak terlibat dengan sebarang masalah rumit yang merungsingkan hati tuanya.

Saya masih ingat, 20 tahun dulu sewaktu pertama kali saya meninggalkan kampung berhijrah ke Kuala Lumpur, ayah berikan saya sekeping kertas dengan sepotong ayat  disuruh hafal.

“La ilaha illa Anta, SubhanaKa, inni kuntu minaz-zalimin”

Saya hafal dan baca setiap kali  didalam kegelisahan, hati berdebar-debar dan di dalam kekeliruan membuat sesuatu sehinggalah saya tahu ayat  itu adalah  doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan nun.

Ayah seorang yang hebat! Catatan pendek  ini tidak mungkin mampu merungkaikan segalanya tentang ayah kerana apa yang pernah dilakukan untuk kami tidak dapat dihitung.   Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu.

Selamat Hari Bapa !

p/s – ayah selalu tersilap dail nombor saya – bila saya telefon balik. ayah akan cakap..  ” silap..ayah tak nampak, nak telefon orang lain”

©kujie – entri setahun dulu yang dikitar semula sempena Hari Bapa.  Sekarang ini ayah tidak berapa sihat.  Demam sejak seminggu lalu.

Untuk Encik Suami – bapa kepada anak-anak saya .   Selamat Hari Bapa, bang…

Related posts:

Kita bukan hakim dan tidak ada orang yang suka dihakimi.

Karam berdua, basah seorang

Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari