Posts tagged: balik kampung

Kasih sayang seranum rambutan

By Kujie, 22/07/2008 8:27 am
MODE : Writer’s Block! >  is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity .

Malam tadi mak telefon, bila nak balik, rambutan dah masak, manggis pun , dokong pun dah masak, baliklah… bertahun² tak pernah rasa.

hiks!  10 tahun dulu, suami saya beli kebun kat Baling.  Tujuan utama kami supaya anak² saya tidak ‘ jauh’ dari keluarga sebelah saya di Kedah.  Maklumlah suami saya orang Selangor dan anak² saya dilahirkan dan membesar di sini.  Saya tidak mahu anak² saya  ‘terputus’ hubungan dengan Baling , sekurang² akan datang ( saya & suami ada atau tidak ) mereka punya tanggungjawap di kampung.

Ayah saya dan adik lelaki yang mengusahakan kebun tersebut.  Kami balik bawa benih buah²an terbaik yang dibeli di Mardi, Serdang.  Sepanjang 10 tahun itu, kami tak pernah berpeluang untuk balik setiap kali musim buah²an.  Insya Allah tahun ini saya akan balik walau pun hanya sehari.  Saya akan balik ke Baling petang sabtu dan kembali pada petang Ahad.

Walaupun dengan perbelanjaan petrol dan tol saya boleh dapatkan 200-400kg rambutan di sini tetapi tidak mungkin  nilainya dapat menandingi  perasaan mak dan ayah saya.

baling 1 Kasih sayang seranum rambutan

huhu!  itu ‘air distance’ ,  saya  memandu ikut Tanjung Malim – Ipoh – Kuala Kangsar – Lenggong – Gerik – Pengkalan Hulu @ Kupang – Baling ,  lebih dari 400KM

p/s… :D ada org nak kek harijadi ke?

Panorama Theme by Themocracy