Posts tagged: bayar zakat online

Kadar zakat fitrah 2009 ( 1430H)

By Kujie, 25/08/2009 5:04 am
Dah bayar zakat fitrah semua?

Zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan):

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6

Sumber : BERNAMA

* zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) - RM 7.60

Kadar zakat fitrah 2008

By Kujie, 15/09/2008 1:49 pm
Dah bayar zakat fitrah semua?

Kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal.

Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.

Lebih elok kalau baki wang beberapa puluh sen itu disumbangkan terus kepada amil atau masjid, boleh diniatkan sedekah.

Zakat ditunaikan ialah dengan niat dan ikrar berzakat, sama ada untuk diri sendiri dan orang bawah tanggungan atau sebagai wakil yang mewakili mana² pihak.

Berjabat tangan ketika ikrar itu adalah adab dan tertibnya saja.

Macam mana dengan membayar zakat secara internet banking/online?

Saya baca di sini , bahawa bayaran zakat online ini menepati syarat² yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat kerana setiap pembayar zakat semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.

Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kenana ittifaq ulama’ menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

Walau bagaimana pun Lembaga Zakat Selangor TIDAK menerima bayaran zakat fitrah serta fidyah puasa (klik untuk mengira kadar fidyah ) melalui internet banking. Pihak bank hanya menerima bayaran untuk zakat harta seperti zakat pendapatan, perniagaan dan sebagainya

Bayar zakat fitrah secara sms > Klik http://www.e-zakat.com.my

– Pendapat Mufti Pulau Pinang dan Mufti Selangor mengenai membayar zakat secara sms.

kadar zakat fitrah 2008 Kadar zakat fitrah 2008

Penentuan kadar zakat fitrah :

a) Harga zakat fitrah bagi negeri² di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

EDIT : 19/08/2009

Bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun 2009 naik kepada RM7 daripada RM5.20 tahun lepas.

Panorama Theme by Themocracy