Posts tagged: bercuti ke Bandung

Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung

By Kujie, 29/10/2008 12:36 pm
Ikut rancangan akhir memang Intan tak ikut ,saya dah terangkan segalanya . Jadi pagi Jumaat saya keluar ikut suami ke Shah Alam dan rancangnya terus ke KLIA. Saya hantar Intan ke rumah kakak.

Dalam pukul 12.45 Intan telefon tanya bila nak jemput dia. Ahhh……sudah! Saya dalam teksi dari Shah Alam ke KLIA. Menangis meraung² dia nak ikut. Rupanya dia tak faham. Dia ingatkan saya akan balik semula untuk jemput dia kemudian baru ke KLIA.

Kakak saya nak hantar kebetulan kereta dia digunakan anak², nak keluar cari teksi pun ambil masa. Saya telefon kawan², jiran tetangga dan syukurlah ada yang sudi menghantar hingga ke Rawang. Dari rumah kakak saya, kena balik rumah ambil pasport , nasib baik selang 2-3 rumah saja.

Pukul 2 petang baru dapat teksi dari Rawang. Penerbangan saya 4 petang. Sehingga tempuh itu, saya di KLIA berpeluh dan tak senang duduk. Kawan² ajak makan pun hilang lesap seleranya. Saya tak pasti berapa laju teksi tu pecut, hampur 3.30 petang tiba di KLIA.
Continue reading 'Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung'»

Panorama Theme by Themocracy