Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri

gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu
gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu

Seminggu dua lepas, kecoh jugalah dunia blogging tentang isu event free event berbayar.  Saya pun tak tau nak cakap apa.  Dalah hidup kita bukannya hanya ada hitam dan putih, ada pelbagai warna yang menyebabkan tiada satu keputusan jelas betul atau salah.  Semua tu saling berkait.

Ada blogger tanya saya panduan atau apa yang sepatutnya kita ambil tahu apabila membabitkan urusan pengiklanan atau event blogger. Saya ni kurang pergi event, bukan sebab bayar atau tidak tetapi kriteria utama saya adalah kesesuaian atau tidak dengan diri sendiri.  Saya tak akan mengukur kemampuan dari ‘kasut orang lain’, saya sering merujuk kepada kesesuaian sendiri.

Blogger berumur macam saya ni, tak semua majlis sesuai untuk saya.  Ada banyak yang saya perlu tapis sebelum terima.

Untuk adik-adik blogger,  ini adalah sedikit panduan yang boleh diambil kira sebelum menerima sesuatu job melalui blogging.

Pastikan menerima email secara rasmi, jangan berurusan ‘cakap mulut’ kerana kalau apa-apa terjadi, awak yang akan terbelit sendiri.

contoh email pengiklanan

Ini contoh email rasmi mengesahkan sesuatu projek.  PR yang bagus akan sediakan semua detail untuk blogger ‘jagaan’nya.  Bukan jenis lepas diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dan diambil berat adalah:

  • Tarikh dan waktu – baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu
  • Keperluan – baca dengan jelas apa yang dikehendaki oleh pelanggan.  Setiap event berbeza kehendak dan format sasaran.
  • Draft entri – ada pelanggan perlu dikirimkan draft sebelum diluluskan untuk disiarkan.  Ada pelanggan tidak memerlukan draft.
  • Bayaran :  Tak semua dibayar.  Lihat secara jelas email tersebut.

Kalau dah setuju dengan penawaran tersebut, barulah buat job tersebut.  Kalau dah setuju buat, jangan merungut.  Kalau tak puas hati, tolak dari awal. Senang hidup dunia akhirat.

Kalau berurusan dengan blogger yang merangkap PR, sila pastikan secara jelas bab bayaran tersebut.  Jangan salah faham kalau beliau menerima bayaran kerana itu atas kapasiti seorang PR bukan sebagai blogger.  Sama ada dia berurusan dengan kita menggunakan term “free” atau “bayar”, kena diputuskan secara jelas.

Ada blogger menjadi PR, dia menerima bayaran tetapi menawarkan job kepada blogger tanpa bayaran.  Itu adalah bentuk perniagaan dia, kita tak boleh komen atau komplain.  Keji tak keji , itu adalah jalan hidup dia. Apa yang kita boleh buat adalah, terima atau tidak.  Kalau tak setuju, jangan terima.  Tak akan ada kes berbangkit.

Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor.  Biasanya PR berstatus Blogger.  Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan.  Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

Saya kurang ada masalah dengan pengiklan sebab saya jarang terima job.  Saya ada banyak sekatan untuk menerima job yang betul-betul saya nak buat.

Saya ada sekali saja pergi event dengan satu syarikat pengiklan yang top sebab tak bayar blogger…  Selepas tidak dibayar , saya dah turunkan entri tersebut dari blog.  Ini mungkin cara saya mendapatkan pengalaman.

Kepada adik-adik blogger junior, network blogger memang penting tetapi yang lebih utama adalah contents blog itu sendiri.  Jadi kalau setakat nak menempek di majlis orang sedangkan dikira dicampur ditolak tak berbaloi pun, tukar strategi.  Kerja keras untuk memantapkan blog sendiri.  Bila blog dah cukup stabil, ada UV yang stabil , InsyaAllah awak akan senang untuk mendapatkan advertorial.

Baca juga

Jangan lupa, peribadi juga dinilai.  Diri kita yang mudah berususan, yang tak cerewek dan tak mudah berkira akan senang didekali untuk projek seterusnya.

sambar
Kalau betul rezeki… sambar saja!

Saya nak bagi nasihat panjang lebar pun payah , anggap saja ini sebagai ‘manual book’ ringkas.  Keputusan akhir terletak di tangan sendiri.  Sambar saja mana yang berkenan.

 

Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay

empangan puah hulu terengganu
Empangan Hidroelektrik Sungai Puah yang sedang dalam pembinaan

Selama genap 2 minggu saya berada di beberapa lokasi di utara, timur dan tengah Semenanjung Malaysia, akhirnya pagi tadi selamat tiba di rumah selepas mengharungi perjalanan dengan bas dari Kuala Dungun.

puncak bukit bauk, dungun
Bandar Dungun dari puncak Bukit Bauk

Banyak visual-visual menarik yang terakam dalam kenangan sebagai pengalaman hidup. Suami saya seorang juru ukur tanah ( land surveyor ) yang sudah tentu bidang dan lokasi kerja bukan tetap di bilik pejabat. Juru ukur biasanya menjadi individu pertama yang menjejak ke sesuatu tempat yang sedang dirancang pembinaan. Kerana itu, kami sekeluarga biasanya menjadi antara orang yang berpeluang melihat dan mengutip pengalaman yang tak ramai orang lain perolehinya.

matahari terbenam
Perjalanan ke Empangan Hidroelektrik Sungai Tembat

Gambar ini terakam sewaktu kami menjelajah melalui jalan pembinaan berliku terumbang ambing dan bergaung dalam lebih kurang 10KM dari tapak projek Empangan Sungai Puah ke Empangan Sungai Tembat.

pemandangan laut di pantai timur
Pantai Teluk Lipat – Dungun, Terengganu

Dalam banyak-banyak kisah dan peristiwa, ada sesuatu yang sangat terkesan yang ingin saya kongsi sebagai seorang blogger yang mencatit rentetan hidup untuk perkongsian bersama.

Sewaktu di kampung, saya bertemu seorang pengusaha Homestay. Saya bertanya bagaimana keadaan dan perkembangan perniagaan yang sedang diusahakan beliau.

Menurutnya, homestay yang telah diusahakan sejak lebih setahun itu sangat memuaskan dan beliau agak terkejut kerana mendapat tempahan melalui telefon. Apabila ditanya kepada pelanggan,  beliau diberitahu bahawa mereka mendapat maklumat dan nombor telefonnya apabila membaca sebuah blog.

“peliklah… saya tak pernah pun tulis kat internet”

“sebenarnya… sayalah yang tulis tentang homestay tu kat blog dan letakkan nombor telefon Ja”

Awak nampak tak apa yang saya lihat?

  • Perkhidmatan yang baik akan menjadi ‘iklan mulut ke mulut’ – jangan berkira atau membezakan pelanggan anda kerana anda tidak tahu siapa mereka.
  • Kepada penguasaha atau perniaga online – jangan kedekut untuk mengeluarkan modal RM 300 – 400  untuk mengiklan produk/perkhidmatan anda dengan menempah satu entri post ( advertorial post )  kerana kesan positifnya akan datang untuk jangka masa yang lama.  ( Contoh email kepada pengiklan ) Carian kata kunci (keywords) yang sesuai tetap bernilai selagi laman web tersebut ‘hidup’ di atas talian.  Ramai yang takut untuk mengeluarkan modal membeli satu post entri kerana harganya lebih mahal berbanding menyewa satu ruang kecil banner.
Aurora di langit
Subhanallah, cantiknya cahaya yang terpancar dicelahan awan dengan merah, biru , hijau seperti pelangi. Adakah ini aurora?

nota : saya terlepas beberapa email pengiklan kerana berada diluar capaian internet dalam tempoh 2 minggu tetapi saya mempunyai kualiti masa yang sangat bernilai bersama keluarga.