Pagi-pagi belum sempat mandi, encik Poslaju dah ketuk pintu gate. Bungkusan dari Melaka yang dipos jam 11.40am semalam 10/08/09 selamat sampai. Lajukan…tak sampai 24 jam. Ingat tak saya pernah post entri ingin mencari buku Bermulanya Dengan Tup! Tap! ?[ link ] . Syukur kerana ada blogger bermurah hati mengirimkan buku tersebut untuk dipinjam. Terimakasih
Saya ingin mencari buku ini: Bermulanya Dengan Tup! Tap Penulis: DBP Penerbit: DBP Tahun Terbitan: 1999 Sinopsis Buku Buku ini merupakan satu kumpulan cerita jenaka, teka-teki dan perumpamaan yang diterbitkan di bawah Rancangan Penerbitan Bersama Asia/Pasifik (RPBA) yang dikelolakan oleh Asian Cultural Centre for Unesco. Sejumlah 54 buah cerita, 52 buah teka-teki dan 23 perumpamaan
“mama….epal ni ada racun tak?” Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigitnya sebiji epal petang semalam. Ini sah-sah terpengaruh dengan cerita dongeng fairy tale Sleeping Beauty. Muka mama dia ni dah macam ahli sihir kot. Cerita-cerita dongeng zaman kanak-kanak dari barat sungguh berpengaruh kepada anak-anak. Mereka lebih terdedah dengan cerita Beauty and the Beast , Cinderella ,

