Blue Sky Thunbergia

Saya tak tahu nama tempatan untuk bunga ni… trumpet kot. Dulu tanam seri pagi tapi bunga tu tak tahan lama. Panas je dah kuncup dan gugur. Bunga ni lebih tahan lama, cuma banyak semut hitam.

Carian internet bunga ini dikenali dengan nama Thunbergia grandiflora, Blue Sky Vine, Blue Sky Thunbergia, Blue Trumpet Vine, Blue Clock Vine.

Kalau sesiapa tau nama tempatan bagi bunga ni…bagitau ye.

Warna dan corak macam bunga orkid. Tahan 2-3 hari sebelum gugur.

Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana

Saya baru tanam pokok bunga berwarna purple ini sebulan. Ambil dari rumah mak saudara ( mak blogger Hairul Azni )sewaktu bercuti ke Gambang.

Masa tu tak tau apa nama pokok renek ini.  Panggil lavender saja sebab berwarna purple atau blue-violet.

image

Pagi tadi sesambil berkemas-kemas taman sebelum bercuti seminggu, nampak bunga-bunga purple ini meriah berkembang.

Carian di internet menemui nama sebenar bunga dalam jenis petunia ini adalah Ruellia brittoniana atau Mexican Purple Showers.  Bunga-bunga dalam spesis petunia dianggap eksotik kerana selain menghasilkan bunga dalam warna yang menarik, ianya bukan tumbuhan asal negara kita. 

image

Ruellia Brittoniana berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat.

Bunga purple ini tumbuh renek kira-kira 3 kaki dan amat mudah untuk hidup.  Bunganya seperti tiub dan kekal kembang hanya sehari.

image

Pokok saya baru ada 6 batang, bila dah berkembang biak nanti elok untuk border dinding pagar kerana dengan ketinggian tersebut ianya sesuai sebagai pokok sempadan.

sent from my GT-i9300