Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

 total lunar eclipse

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Planetarium Negara Kuala Lumpur pada 10 Disember 2011.

Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun

Orang awam  dijemput untuk memerhatikan fenomena gerhana bulan penuh pada 10hb Disember ini  melalui beberapa teleskop yang akan disediakan. Mereka juga boleh membawa teleskop masing-masing.

Menurut falak-online.net , gerhana bulan penuh ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang dan fasa gerhana penuh pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Kemungkinan waktu ini saya akan berada di Langkawi untuk menghadiri LIMA 2011 , sangat teruja menanti fenomera gerhana bulan penuh ini berlaku.

Rindunya saat bersama - Mengagumi kebesaran Ilahi dari kerdipan bintang yang indah dan berharap pagi lambat menghampiri

Read more “Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011”

Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun

Sembang² pagi , ramai kawan² yang tweet tentang gegaran yang mereka rasa. Katanya kakitangan kerajaan di Putrajaya keluar dari pejabat dan berkumpul di padang.

Ada juga tweet yang merasa gegaran di sekitar Bangsar dan Damansara.  Korang rasa tak?

Moga gegaran kecil yang tidak melibatkan malapetaka lebih buruk. Amin.

Maklumat terkini gempa bumi di http://earthquake.usgs.gov , melapurkan terdapat laporan gegaran gempa bumi berlaku di Sumatera Utara   5.3 Magnitude pada skala Richer berlaku pagi ini Selasa, 14hb June 2011 jam 08:08:33 am waktu Malaysia. Read more “Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun”