Posts tagged: cinta jarak jauh

Abang Baca Lepas Saya Tidur Ye…

By Kujie, 08/02/2010 11:00 pm

Abang, dah 2 hari  kita tak  berskype, bersembang  gelak tawa di talian.  Talian internet pun pandai merajuk.

setif algeria 333x250 Abang Baca Lepas Saya Tidur Ye...

Abang, ada banyak yang nak diceritkan dalam 2 hari ini sampai saya pun dah lupa yang mula dari mana dulu. Cerita untuk hari ini dah le ye..

Along bagi tau dompet dia hilang kat tempat keje..budak bertuah, sebab itulah mama dok pok pek pok pek berpesan penaja patlima puluh kali tiap kali dia nak pergi keje. Pasai kalau dah jadi apa2, bukan babitkan dia sorang….

Pagi tadi pi masjid, hari ni Ustazah Salmah baca tafsir Ayat 15 -23 Surah Al-Baqarah. Antara kata-kata Ustazah, orang yang dapat petunjuk belum tentu dia dapat hidayah tetapi orang yang dapat hidayah, dia pasti dapat petunjuk.

Continue reading 'Abang Baca Lepas Saya Tidur Ye…'»

Redha Itu Rela, Pasrah Itu Menyerah

By Kujie, 01/02/2010 9:22 am

Apa yang membuat orang bahagia benar-benar bahagia?

smile face 455x173 Redha Itu Rela, Pasrah Itu Menyerah

Saya rasa lebih bahagia bila menjadi lebih tabah dalam menghadapi kesulitan emosi negatif.

Saya menjadi lebih bahagia sekarang apabila Continue reading 'Redha Itu Rela, Pasrah Itu Menyerah'»

Hubungan Cinta Jarak Jauh

By Kujie, 11/01/2010 2:28 pm

Perkahwinan jarak jauh memanglah bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui tetapi selagi kita hanya memikirkan yang susah dan yang negatif, selagi itulah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa itulah kehidupan yang kita tempuh.

perhubungan jarak jauh Hubungan Cinta Jarak Jauh

Jangan jadikan hubungan jarak jauh terlalu berat tetapi jadikanlah ianya rasa yang indah untuk dinikmati selagi masing-masing bersedia untuk berkomunikasi dan berkompromi. Apa saja hubungan jauh atau dekat memerlukan kedua-dua belah pihak memainkan peranan dan fokus yang sama.

Continue reading 'Hubungan Cinta Jarak Jauh'»

Entri 2 baris

By Kujie, 03/01/2010 9:37 pm

Entri 2 baris, komen 70-80! macam tak logik je kan. Sebenarnya ada banyak kisah tersirat yang saya nak sampaikan dalam entri 2 baris tersebut – tips blogging, cara menarik trafik dan komen, luahan rasa kekasih lewat usia dan seribu satu perasaan yang terungkai di dalam entri 2 baris.

Entri 2 baris komen panjang macam LRT katanya. Apa yang dapat dari entri 2 baris tersebut adalah tentang kekuatan membina identiti tersendiri. Bagaimana membina jaringan hubungan antara pengikut setia blog. Entri 2 baris tetapi boleh membina 20 sudut dan sisi pandangan yang berbeza.

Entri 2 baris tanpa motif?

Continue reading 'Entri 2 baris'»

Kisah melankolik kekasih lewat usia

By Kujie, 21/10/2009 8:46 am
Ini blog peribadi, jangan terkejut kalau sekarang lebih kerap selang seli cerita melankolik drama rumahtangga. Macam selalu saya cakap, blog ini saya kongsi dengan anak-anak dan adik beradik saya yang selalu menjadi ’silent reader’

Saya set alarm dan bangun awal pagi. Apa nak buat, sudah bercinta jarak jauh. Kita di sini 5 pagi, dia di sana 11 malam. Kalau saya nak tunggu siang, kesian cik abang di sana, terpaksa tidur lewat sedangkan dia bekerja sehari 10 jam.

Pagi di Setif

Pagi di Setif

Continue reading 'Kisah melankolik kekasih lewat usia'»

Panorama Theme by Themocracy