Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan.
Wahai Tuan Pengarah, sebelum ini memang dalam Yuran Persekolahan sudah ada bayaran untuk insurans dan aktiviti kurikulum.
Contoh Yuran Sekolah anak saya tahun 2008 Continue reading 'Yuran Tambahan Persekolahan'»
Kementerian Pelajaran mengumumkan pemberian cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal.
- sumber : BERNAMA

p/s – sebelum pengumuman ini, sekolah menengah teknik memang mula bercuti pada hari Jumaat 18/09/09.
18/09/09 – Juga hari istimewa dalam hidup saya.
p/s – anak-anak, dah boleh packing bag ye….
Mak bapa sebelum balik bercuti,
- Pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
- Bagi mereka yang buat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.
- Pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran
©Kujie – Insyaallah akan balik bercuti hari Jumaat
Musim cuti sekolah dan biasanya anak-anak saudara saya datang ber’summer camp’. menghabiskan cuti seminggu dua di rumah saya. Mereka tiada masalah kerana mereka boleh memancing, mandi air terjun , main ps2 sampai lebam atau paling mudah terjun kolam sampai kecut.
Jumaat petang , 2 orang anak saudara saya dah sampai dari Meru, Klang. Syasya dan Aqmal. Aqmal habiskan zaman kanak-kanak sebelum pulang semula untuk bersunat pada hujung minggu depan. Seminggu kemudian bilik saya sudah ditempah oleh Iwan, anak saudara saya dari Kuala Selangor dan Insya Allah hari Khamis nanti emak, adik ipar juga anak-anak saudara saya dari Kedah pula akan datang.
Meriahnya!
Kebiasaanya saya akan bawa mereka keluar ke tempat-tempat menarik yang terdekat. Sebenarnya ada banyak pilihan untuk dilawati dalam sehari di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya
Continue reading 'Tempat sesuai bawa anak-anak bercuti'»
Cuti-cuti Malaysia
|
animal show zoo negara, cuti sekolah, Cuti-cuti Malaysia, Genting Highland, Muzium, Pusat Sains Negara, tempat menarik di Kuala Lumpur, tiket Genting Highland, tiket zoo negara, Zoo Negara, zoom malaysia