Saya perlu berehat – tetiba saya alami masalah pendarahan mata atau pecah salur darah di mata ( bleeding / broken blood vessel) tak rasa sakit, tak rasa rabun dan berlaku di sebelah mata saja. Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa Sama macam lebam. warna merah pada mata akan tukar jadi warna perang, kuning
Awal pagi bersantai di Ruang Rindu sambil bagi ikan-ikan makan. Rombongan 2 kereta dari Kuantan sampai semalam. Seronok dan meriah kembali walau pun sekejap. Maksu ( adik bongsu mak ) mak saudara yang paling rapat dengan saya. Sebelum dia berkahwin dengan Paksu, dia tinggal dengan mak dan menjaga saya dari bayi sampai usia 4 tahun.
Ingat entri saya di sini mengenai kek? Saya pernah hantar satu surat aduan pengguna kepada pihak King’s Confectionery. Saya mengadu kerana kek berharga RM 53 yang saya beli telah mengalami ‘final finishing’ yang mendukacitakan. Tulisan yang diukir oleh pekerja waktu itu ( saya percaya pekerja sementara ) sangat mengecewakan. Tulisan Terimakasih Drp : Amirul
Selamat Bercuti Hari Pekerja 1hb Mei 2010. Sepatutnya saya balik kampung pagi ni, tapi malam tadi Intan sakit gigi. Sakit kaki, sakit leher, sakit tangan, sakit perut bolehlah juga sapu minyak angin atau sekadar berpsikologi membantu meredakan sakit. Ini gigi… saya pun mati akal nak pujuk macam mana. Tengah malam dia on pc, cakap nak
Al- Fatihah dan Takziah untuk keluarga Allahyarham . Bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital besar Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi – Bernama Tan Sri Dr Sulaiman Daud adalah Menteri Pelajaran Malaysia dari tahun 1981 – 1984 dan sekali lagi dilantik pada tahun 991-1995. Allahyarham dan Tan Sri
Isnin lepas, saya ke KTM belikan tiket keretapi untuk Angah balik bercuti dari Sungai Petani – Rawang. Lepas tu saya pergi Mcdonalds untuk sarapan. Perempuan kalau seorang diri tempat yang selesa untuk makan tanpa dipandang macam rusa masuk kampung adalah di restoran makanan segera. Saya tak makan di kedai mamak ( geli nengok bulu )
Dua hari saya tak de ye… bukan merajuk bawa diri atau rindu sampai berkhemah depan sekolah Angah. Sebab utama – modem kena petir…kawasan perumahan saya yang ‘berkawah’ dikelilinggi bukit bukau adalah kawasan ‘mesra ribut petir’. Bukan saja modem yang rosak, window pun crash hangus kejong kena petir. Sekarang perlu install macam-macam plugin firefox yang hilang.
Berita baik – Apa yang doktor jangkakan selama ini, tidak benar. Alhamdulillah. Berita kurang baik – Apa yang saya sedang alami sekarang, akan

