Posts tagged: durian

Buah kayu

By Kujie, 28/07/2008 9:10 am
Saya dah balik…. Intan tak sihat perlu bawa dia jumpa doktor sekejap lagi.

Hujung minggu yang sendat dan padat. Saya bertolak balik jam 5 petang. Suami memandu sehingga Tapah dan saya memandu dari Tapah – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu – Baling. Sepanjang perjalanan hujan gerimis dan sesekali agak lebat. Tepat 11.30 malam kami selamat sampai.

dsc01483 300x225 Buah kayu

Pagi Ahad kami dah masuk dusun.

dsc01500 300x225 Buah kayu

Petik rambutan , petik langsat, panjat dokong, jolok manggis dan jolok cempedak di dalam pagar
Balik dari dusun, adik ipar saya telah sedia masak pulut dan santan , bersila menjamu durian.

Petang Ahad, adik saya dari Sungai Tiang balik.  Saya masak kek…:D hari ini 27/7/2008 hari ulangtahun adik ipar saya Nazri.

dsc01536 300x225 Buah kayu

Jam 6 petang, segalanya tersusun padat dalam bonet dan bersedia untuk balik. Jam 11.15 malam, saya selamat sampai Serendah. Alhamdulillah perjalanan hampir 780 KM  telah selamat saya tempuh. Syukur kerana saya dapat bersama² ayah dan mak di kampung biar pun dalam tempuh yang singkat. Tetapi gembira…dan saya rasa bahagia…Hidup Biar Sedap!

OK.. tengok je lah gambar tu …saya nak keluar pergi klinik .

1 sen

By Kujie, 22/07/2008 2:46 pm

DSC01448 1 1 sen

Kedekut taik hidung masin betullah bank ni… Baki ansuran RM 1.00 pun dia nak kutip faedah penalti RM 0.01 . Duit kat bank tu berkepul², tak cukup lagi ke? :D satu sen ini pun dia nak kutip.

Tadi saya merayau² blog kawan² ( blog walking) tengok meriah sungguh masing² tempek gambar durian, rambutan berkotak²…yehhhh… sangat jeles tau! :D Rasa tak sabar nak tunggu hujung minggu.  Ahad lepas selesai gosok periuk belanga  kenduri kendara saya pun kenduri durian juga dengan adik² &  anak² saudara.

DSC01410 1 1 sen

Gambar ini sebenarnya nak bagi Ah Mat Gebu jeles tengok pokok lidah mak mertua yang subur ituu…

DSC01415 1 1 sen

Yang mengopeknya 2 orang , masing² tunggu nak hulur tangan je…

Lepas tu , kan… kami berdua keluar merempit “menerai ” motor baru adik ipar saya – Aprilia Pegaso Strada 650 . Rasa macam muda² dulu… :D Dulu tahun pertama kahwin kami ada Cagiva Mito.  Tengah boyot mengandungkan Along saya masih ikut suami ke Litar Batu 3, Shah Alam.  Sekarang ni driver yang boyot!

DSC01423 1 sen

DSC01426 1 sen

Nak tercekik biji durian bila tau harga Aprilia Pegaso Strada 650 ni hampir 40K!

Panorama Theme by Themocracy