Posts tagged: elektrik

Tarif baru bermula esok

By Kujie, 30/06/2008 11:37 am
new electricity tariffs 040608 bm version Berkuaskuasa esok 1hb Julai 2008 tarif baru elektrik akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. ( Sabah & Sarawak – untungnya)

Sedar ke tidak? Dah lupa?

Semua orang lupa sebab masing² sibuk menonton drama liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim . Semua orang lupa jerit perihnya meneruskan hidup selepas kenaikan harga minyak yang riuh diperkatakan.

Saya juga sibuk mendera Pakcik Google mencari biodata dan gambar bekas pelajar UNITEN, Mohd Saiful Bukhari b Azlan sehingga saya terjumpa satu akuan dari seorang sahabat seUNITEN

PM minta polis siasat dakwaan liwat terhadap Anwar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun dah kata tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi .

Sekarang ini orang sudah tak berbincang pasal kenaikan harga barang atau cara² hendak berjimat atau berusaha untuk mengubah cara hidup. Masyarakat sudah lupa tentang kekurangan sesetengah bekalan makanan seperti  beras atau 3 kes membabitkan kilang milik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang mengubah gred beras yang asalnya 15%  hancur diisi dengan 20%  beras hancur .

Orang semua ghairah bercerita tentang seks. Ha ha ha..orang melayu memang suka bercakap tentang seks , apalagi seks songsang sehingga terleka beras di dapur dah susut.

Saya pun ‘morning sickness’ surf internet pagi ini,  Banyak sangat berita dan drama.  Polis akan sibuk dengan kes²  seperti ini sehingga jenayah kecil, curi besi, pecah rumah di kawasan perumahan tidak dapat ditangani dan pemimpin kita terlalu sibuk untuk membela diri sendiri hingga tiada masa untuk  berfikir mencari jalan menghadapi kesan² kegawatan ekonomi semasa.

Akibat mempunyai nama yang sama , pagi ini suami saya pergi kerja dengan satu bisikan " abislah abang , hari ni mesti kena kutuk je dengan kawan² " :D   nama yang sama pun boleh jadi saru lawak untuk menghilangkan stress!

Panorama Theme by Themocracy