Fenomena Bulan Berkembar 27 Ogos 2014

Kebiasaannya saya jarang memberi feedback atau ulasan mengenai berita berangkai yang bertebaran di sosial media. Dah lebih 10 tahun hidup di dunia online saya dah cukup bersedia dengan perisai dan tapisan lambakan maklumat.

Biasanya saya akan membuat ‘cross-reference’ dan mencari rujukan daripada pihak yang berautoriti mengenai sesuatu isu. Saya tak akan mudah terima dan sebarkan sesuatu tanpa pengesahan. Saya rasa itu tanggungjawap sebagai seorang yang beragama dan berwarganegara.

Pagi tadi, sekali lagi saya menerima info berulang-ulang di grup whatsapp.

KEJADIAN 2 BULAN PADA 27 OGOS

Kalau dalam bahasa Melayu, terjemahan pesanan berantai ini berbunyi seperti ini

Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.

Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287.

Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.

Yang sebarkan benda-benda seperti ini bukan budak sekolah menengah, bukan remaja belia yang kita boleh faham tahap pengalaman hidup mereka. Yang menyebarkan adalah orang dewasa yang secara logiknya lebih banyak pengalaman dan lebih panjang akal untuk berfikir.

Berbalik kepada isu kemunculan Marikh yang menjadi ‘sebesar’ atau ‘seterang’ Bulan, sehingga kita boleh melihat ’2 buah bulan’ di langit pada tarikh 27 Ogos 2014 ini sangatlah tidak boleh dipercayai.

Saya orang biasa-biasa saja dan dalam pengetahuan saya pada 27 Ogos 2014, tarikh bulan hijrah adalah 2 Zulkaedah 1435. Kalau dah 2 haribulan, mana nak datangnya bulan purnama atau bulan penuh di langit. Jangan hanya ambil tahu bulan-bulan Islam sewaktu bulan Ramadan sebab dan puasa dan bulan Syawal sebab nak raya sahaja.

28 Julai = 1 Syawal, tak mungkin 27 ogos dah bulan mengambang…?   Kalau dah bulan asal pun baru beranak, mustahil akan muncul 2 bulan di langit.  Itu logik yang pertama saya fikirkan.

Mars_hoax_ sumber

Kemudian saya cari maklumat mengenai ilmu falak di Falak Online.  Saya mengikuti laman web, facebook dan twitter Shahrin Ahmad ialtu pemilik portal Falak Online dah lama malah saya suruh anak-anak dan suami follow FB tersebut.

Saya suka astronomi walaupun tak pandai. Saya jenis suka membaca fakta bukan auta.  Apa yang saya baca tu bukannya saya boleh hafal macam nak ambil peperiksaan, tetapi saya suka tengok kiraan, image dan teknologi yang digunakan untuk meneroka alam ciptaan Allah yang terlalu luas. Saya dapat faham sikit pun jadilah, sekurang-kurangnya saya telah membaca dan tahu untuk diri sendiri.

Entri beliau di pautan – Wow! 27 Ogos 2014 ini Marikh akan jadi sebesar Bulan! Best nye! —> Ye ke? telah memberi banyak maklumat yang lebih detail mengenai kepalsuan berita tersebut.  Bacalah entri ini dan nilaikan sendiri kesahihan berita berantai tersebut.  Jangan main sebar saja.

Dan kalau rajin search di internet menggunakan kata kekunci “mars big as moon hoax“, pasti akan jumpa banyak artikel berkenaan ‘berita’ yang sama.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pun dah nafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada 27 ogos nanti. Jarak planet Marikh pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.

 

NOTAKAKIKUJIE : 27 Ogos tu  gaji dah masuk…moga itu adalah fakta hahahaha…

Tarikh Hari Raya Haji 2013

anak bulan aidil adha
Sumber Image : Facebook Falak Online

Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 1434H atau cerapan Hilal Zulhijah yang akan menentukan Aidiladha 2013 akan dilakukan pada petang ini 5 Oktober 2013 ( 29 Zulkaedah 1433H ). Mengikut kiraan tidak rasmi seperti digambar di atas, anak bulan akan kelihatan dan  esok ( Ahad ) adalah 1 Zulhijjah.

Ini bermakna 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 iaitu tarikh Hari Raya Haji 2013.

 

 

falak unisza

Begitu juga kalau kita buat semakan mengikut Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dijangka 1 Zulhijjah 1434 bersamaan 6 Oktober 2014.

Bagaimanapun, tarikh rasmi adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Biasanya menunggu pengumuman Penyimpan Mohon Besar Raja-raja 1 Zulhijjah tak sehebat menanti pengumuman 1 Ramadan tau 1 Syawal kerana tarik Hari Raya Haji adalah 10 Zulhijjah. Kita ada masa nak buat rancangan apa yang patut. Kalau Ramadan dan Syawal ni, esok harinya yang ditunggu.

Anak bulan adalah bulan fasa sabit paling muda dalam kitaran fasa bulan untuk satu bulan qamariah.

Anak bulan boleh kelihatan ketika atau lepas matahari terbenam di ufuk barat. Bukan ufuk timur waktu subuh kerana itu adalah bulan tua. Bentuk anak bulan adalah seperti huruf jawi ‘ra’, ‘ra’ terbalik, atau huruf ‘ba’. Tapi bukan bentuk huruf C atau C terbalik. Itu bulan sabit dah 3-4 hari. Formasi seperti itu pun hanya boleh kelihatan dari negara latitud tinggi seperti Perancis atau Norway.

Kaedah hisab yang bertambah baik, membolehkan jangkaan kenampakan dibuat dengan lebih jitu. Menjadikan rukyah lebih sistematik dengan data dan peralatan yang lebih berkesan. Rukyah yang dilaksanakan telah menjadi metod saintifik bagi memajukan justifikasi kenampakan anak bulan. Ini menjadikan rukyah pada hari 29 atau 30 amat penting.

Terima Kasih : al-athfar & Falak Online

 

Edit : Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Selasa, 15 Okt ini bersamaan 10 Zulhijjah 1434 Hijrah.

Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.

Cara selamat melihat gerhana