Bayar Lebih 20 Sen Untuk Nafsu

Saya bagi RM 3.00 untuk Intan pesan 2 bungkus.  Saya di dalam kereta , hanya Intan yang turun.

Separuh perjalanan, Intan berpatah balik.

“Dah naik 20 sen lah mama…satu RM 1.70”

Kutip siling dalam dashboard kereta dan hulurkan pada Intan rm 0.40.

“Semua barang dah naik harga ye Intan… tak apalah.  ABC bukan makanan asasi , bukan keperluan pun – cuma kita saja² mengikut nafsu”

Kita tak dapat mengelak krissi kenaikan harga barang mengikut pola kenaikan harga minyak, gula dan gas tetapi kita boleh mengelak untuk tidak membeli sesuatu yang bukan keperluan.

©kujie – sedang buat persiapan untuk bercuti panjang.