Harga Ubat Kucing Di Klinik Kerajaan

kucing tempatan

Hari ini genap umur Julie  atau nama penuhnya Julie Remie  3 bulan dan waktu yang sesuai untuk berikan suntikan vaksin. Kebetulan saya bercuti minggu ini, pagi tadi saya bawa Julie ke Klinik Haiwan Kerajaan Daerah Gombak di Rawang.  Waktu Rawatan dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tenghari sahaja, jadi kalau nak bawa kucing atau anjing, jangan datang petang.

Julie tak ada masalah kesihatan lain, cuma saya nak berikan suntikan vaksin sahaja tetapi semua ubat vaksin dah habis. Ini kali kedua saya datang ke klinik veterinar tersebut dan kedua-dua kalinya ubat yang diperlukan tak ada. Redha sajalah… tak kritikal sangat.  Julie cuba makan ubat cacing saja tadi.

Lain kali sebelum pergi, rasanya saya perlu telefon bertanya. Nabis baik dekat, tak sampai 10 minit dari rumah.

Sambil-sambil tunggu di klinik, saya tengok juga senarai harga ubat untuk kucing dan anjing seperti yang dipamerkan. Tak ada perubahan dengan harga pada lawatan kali terakhir dulu.

Ini adalah senarai harga ubat untuk kucing dan anjing seperti ubat cacing, ubat sakit mata, ubat luka, ubat demam atau harga untuk suntikan pemandulan atau harga untuk pembedahan pemandulan kucing di klinik kerajaan.

HARGA UBAT DAN RAWATAN VETERINAR DAERAH GOMBAK

PERKARA KUCING (RM) ANJING (RM)
Khidmat Perundingan dan Pemeriksaan Kninikal 10-15 10-15
Ubat Bius Umum 35-45 40-60
Pembedahan Bius Setempat 30-60 40-60
Pemvaksinan 30-55 40-60
Pembedahan Castration ( pemandulan) 80
Telinga Bengkak  (hematoma) 150 150
Ubat Cacing 5 5
Ubat Mata (botol) 8 8
Ubat Keracunan (biji) 0.80 0.80
Oribiotic -Ubat telinga (tiub) 36 36
Ubat Berak Cair (botol) 8 8
Nagusunt Powder 18 18
Woundsarex ( spray biru) 38 38
Cuci Luka 10-30 15-30
Suntikan Kurap 15 20
Ubat Kutu 15 20
Suntikan Perancang Kebuntingan 20 25
Antibiotic ( biji) 1.5 2
Betamox (biji) 1 1
Ubat Selesema (biji) 2.5 2.5
Ubat Demam (botol) 5 5
Ubat Tahan Sakit (biji) 2 2
Ubat Sakit Kuning (biji) 1 1
Surolan -ubat telinga (botol) 23 23
Sirap Vitamin (botol) 5 5
Krim Luka 8 8
Maggot Wound ( Luka Berubat ) 50 60
Setiap Jenis Suntikan ( antibiotic/vitamin ) 10 10

 

Sekeliling rumah saya ada beberapa ekor kucing – Mak, Kecik, Tuxedo, Stokin, Nexus, Chichi dan Usain Bolt tetapi semuanya berada di luar rumah tak pernah disentuh. Kucing-kucing ini pun takut untuk didekati, apalagi si Usain Bolt tu…seperti namanya yang memecut laju apabila terserempak dengan orang.  Dulu ada seekor nama Nenek, tetapi sejak beberapa bulan lepas, Nenek dah tak kelihatan, sesekali nampak dia datang bertandang.  Mungkin Nenek dah jumpa tempat berteduh lain yang lebih selesa.  Nenek adalah kucing pertama yang mendatang ke rumah ini bersama Mak.  Lain lain memang lahir di sini.

Hanya Julie satu-satunya kucing yang boleh disentuh, boleh dibelai dan berada di dalam rumah kerana saya selamatkan Julie dari atas siling rumah. Kerana itulah Julie perlu mandi, perlu diberikan vaksi, perlu makan ubat cacing.

Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!