Qalbun syakirun
Entri ringkas – Saya ada program sekolah untuk ibubapa yang mempunyai anak² yang akan mengambil PMR 2009. Angah PMR tahun ini, doakan ye.
Untuk kawan yang sering singgah ke blog ini…… sebagai panduan kita bersama. Semoga kita bersama mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu:
Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal, atau harta yang halal
Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.



