Karnival Pendidikan MARA 2012 Di PWTC

MARA Education Fair
Kepada ibubapa dan anak-anak yang sedang berdebar dup dap dup dap menunggu keputusan SPM yang akan dikeluarkan pada 21hb Mac 2012 , rebut peluang ini dengan mengunjungi Karnival Pendidikan MARA di PWTC pada 17 & 18hb Mac 2012.

Karnival Pendidikan MARA 2012 dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) diadakan setiap tahun pada bulan Mac dan April bertujuan memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya.

Anak-anak boleh mendapatkan pendedahan dan maklumat mengenai kursus dan program pengajian yang ditawarkan  atau  latihan kemahiran.

Kepada anak-anak yang masih berdolak dalih, keliru untuk memilih bidang yang sesuai, karnival ini juga menawarkan  khidmat nasihat kaunselor terlatih untuk membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Karnival ini juga disertai oleh pihak yang menawarkan peluang pembiayaan pelajaran dan maklmuat  pembiayaan pelajaran dari pihak MARA sendiri untuk calon yang layak.

Insyaallah saya akan berada di sana untuk menemankan Angah.

Bagi anak-anak yang berminat di bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineer atau Technician, Malaysia Aviation Training Academy ( MATA ) akan berada di Booth NO 28.

MATA adalah salah satu daripada 5 buah DCA Approve Training Organization (ATO) di Malaysia

Karnival Pendidikan MARA 2012 akan berlangsung di Dewan Tun Razam PWTC dari jam 10 pagi hingga 6 petang dari 17 & 18hb Mac 2012.

Lokasi lain Karnival Pendidikan MARA

  • Kedah – Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar ( 20 – 21 Mac )
  • Pahang – Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah,Kuantan (24 – 25 Mac)
  • Kelantan – Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu (28 – 29 Mac)
  • Terengganu – Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu (4 – 5 April )
  • Perak – Stadium Indera Mulia, Ipoh (7 – 8 April)
  • Sarawak – Dewan Pameran Permata, Kuching (11 – 12 April)
  • Sabah – Suria Sabah, Kota Kinabalu (14 – 15 April)

Baca juga – Persediaan Selepas Keputusan SPM Keluar

Perlukan Maklumat Mengenai Aircraft Maintenance Engineering

Hasil dari beberapa berbincangan mengenai hala tuju selepas SPM dengan Angah, dia beritahu minat dan kerjaya impiannya adalah di dalam bidang Penyenggaraan Pesawat.

Sayalah Mak Yang Paling Kepoh Di Dunia.

Seperti dua tahun lepas sewaktu Along melepasi SPM dan menyatakan bidang pilihannya Geomatic Engineering, saya sebagai mak yang paling kepoh di dunia mulalah menjelajah mencari berbagai info yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anak².

Apa yang saya temui , IPTA yang menawarkan kursus di bidang ini hanya Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program ini dibangunkan dengan kerjasama Malaysia Airlines System Berhad (MAS) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Penerbangan Awam (DCA).

Sindrom Lulus SPM Cukup Makan

Diploma In Aircraft Maintenance Engineering mengambil masa 6 semester dan memerlukan syarat seperti dibawah: