Posts tagged: isteri

Buktikan kau sayang

By Kujie, 10/12/2009 12:44 pm
urine test huh………. tetiba pula dua garisan lurus ini muncul!

uwekkk…!!!   uweeekkk….!!!!

Sudahlah suami tiada di rumah – berskandal pula.

Jangan panik……….. bertenang!

Continue reading 'Buktikan kau sayang'»

Keganasan rumahtangga

By Kujie, 03/07/2008 8:37 am

domestic violence 150x150 Keganasan rumahtanggaSuami lakukan kezaliman adalah alasan kukuh bagi wanita untuk tuntut fasakh .

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu.”.

Kita sering terbaca atau mengetahui kes² penderaan seperti ini . Berbuih nasihat diberi selalunya meminta si isteri membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Tetapi masih ramai isteri yang berat untuk mengambil tindakan seperti ini kerana beberapa sebab. Antaranya takut suami membalas dendam, tiada sokongan moral dari ahli keluarga atau saudara mara terdekat, bimbang nasib anak² jika suami dipenjarakan atau pun berbagai² lagi alasan yang pada pendapat saya betul untuk difikirkan.

Isteri yang menghadapi keadaan seperti itu perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan itu berterusan. Apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar.

“Keganasan rumah tangga” berlaku apabila seseorang :

1. menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa;
2. secara bersengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
3. memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual yang mana mangsa berhak untuk tidak melakukannya;
4. mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya; atau
5. melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.

Panorama Theme by Themocracy