Jam 9 malam tadi saya dapat panggilan dari encik suami di skype bersamaan 2 petang waktu Setif, Algeria. Seperti biasa saya tidaklah terkejut walaupun sepatutnya jam 2 petang dia berada di tapak kerana kadang-kadang keadaan cuaca musim sejuk, hujan dan bersalji – kerja-kerja di tapak pembinaan tidak dapat diteruskan. Saya agak terkejut bila suami beritahu
Petang semalam saya melawat Kak Mas yang baru selamat jalani pembedahan . Dia adalah pesakit tahap 4 Barah Payudara. Pesakit dan orang yang melawat pesakit, dua-dua menangis. ” akak lebih putih, cantik, maklumlah tak keluar kena panas” Dia ketawa walau di tubir matanya masih bergenang airmata. Bukan mudah untuk melihat walau segaris senyum di wad

