Perahu Naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Terbalik

Pasukan pendayung perahu naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Air Itam Pulau Pinang termasuk seorang guru dan dua jurulatih dari Penang Forward Sports Club yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini terbalik akibat dipukul ombak .

Daripada 18 anggota pasukan pendayung perahu naga tersebut , dua orang, iaitu pelajar Jason Ch’ng 17 dan seorang guru Chin Ai Fang telah ditemui mati lemas.