Posts tagged: kepong

Retak menanti belah

By Kujie, 04/08/2008 10:27 pm
MRR2 retak lagi. Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang menghubungkan Kepong dan Selayang ke ibu kota dikesan mengalami keretakan pada salah satu tiangnya.  Kes yang sama seperti keretakan pada Ogos 2004 dan kedua, 4 Februari 2006 , yang beza cuma menterinya saja.

 Retak menanti belah

Anak panah menunjukkan kesan rekahan pada tiang jejantas MRR2. Lorong kiri di kedua-dua arah jejambat itu ditutup tiga minggu untuk kerja baik pulih.- Gambar Berita Harian

Satu lorong kiri di kedua-dua arah jejambat itu akan terus ditutup selama tiga minggu bagi membolehkan kerja membaiki dan mengukuhkan tiang tersebut.  Bersedialah untuk keluar awal ke pejabat wahai kawan²ku.. tak tutup pun MRR2 sedia semulajadi sesak.  Dalam tempuh 4 tahun, ini adalah kali ke-3 MRR2 di tutup.  Kos sebanyak RM 70 juta  telah dihabiskan untuk kerja² pembaikpulih  MRR2 yang dibina dengan kos RM238 juta .

Berapa juta agaknya akah dihabiskan kali ini? Seronok pula sebut juta² ini, macam negaraku yang kaya dan makmur.  Duit macam daun kering gugur di tanah.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER – RM 5 billion
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER – RM 112 bilion
Iskandar Malaysia ( South Johor Economic Region) atau SJER – RM 47 bilion
* maklumat ini sebelum kenaikan harga petrol.

Berita sama :
Tiang MRR2 retak lagi
Rakyat marah MRR2 retak lagi
JKR: Selamat guna MRR2
Jejambat retak kali ketiga

Panorama Theme by Themocracy