Posts tagged: konfrontasi

Lagi kes penderaan pembantu rumah Indonesia

By Kujie, 31/10/2009 7:21 am
Gambar kredit : Mstar

Gambar kredit : Mstar

Inilah gambar majikan keji yang mendera pembantu rumah dari Indonesia hingga meninggal dunia.

A. Murugan, 35 seorang penjual air tebu didakwa atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya, Muntik seorang warga Indonesia minggu lalu.

Muntik binti Bani yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Jenazah Mantik dihantar pulang ke Surabaya dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 8.15 pagi ini diiringi pegawai kedutaan hingga ke Surabaya sebelum menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jeumber, Surabaya.

- saya baca akhbar online, ada yang tulis Muntik, ada yang tulis Mantik walau dalam kolum berita yang sama.

Dalam keadaan hubungan Malaysia- Indonesia yang seruncing buluh isu ini akan menyemarakkan lagi api di dalam sekam. Isu penderaan berlaku secara berterusan. Terlalu ramai pekerja Indonesia, pembantu rumah yang teraniaya. Masalah ini jika tidak ditangani dan dibiarkan berlarutan akan mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Kenapa kes-kes penderaan pembantu rumah Indonesia ini berlaku dan terus berlaku?  Majikan terlalu cerewet atau pembantu rumah tidak pandai membuat kerja rumah?
Continue reading 'Lagi kes penderaan pembantu rumah Indonesia'»

Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?

By Kujie, 09/09/2009 10:17 am

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai  menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.
Continue reading 'Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?'»

Manohara dan Ambalat

By Jie, 04/06/2009 1:39 pm
manohara 192x250 Manohara dan AmbalatMenteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar menasihati pelajar Malaysia di Indonesia supaya tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dakwaan Manohara Odelia Pinot telah didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra sebagai krisis peribadi antara seorang lelaki dengan isterinya yang mesti diselesaikan melalui peruntukan undang-undang.

Continue reading 'Manohara dan Ambalat'»

Panorama Theme by Themocracy