Cara Potong Kaki Kucing

Tajuk pun dah seram …hihi.

Sebenarnya itulah antara soalan paling kerap ditanya.   Bila kes terpaksa memotong kaki kucing adalah setakat mana paras yang sesuai nak potong. Potong separuh atau keseluruhan sampai sendi.

Jawapan saya : Daripada pengalaman saya menjaga dan merawat kucing tiga kaki, lebih baik dipotong sampai sendiri. Samada sampai bahu atau sampai peha.

Bila tak buang habis, tulang kucing akan menekan bahagian hujung anggota yang tinggal hingga tegang menyebabkan lapisan kulit yang nipis mudah untuk cedera.

Saya agak menyesal kerana tak menyatakan secara detail dan specifik sewaktu pembedahan. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Saya tak ada pengalaman dan rupa² keputusan selepas pembedahan agak mengecewakan.

Bagaimana pun saya tetap bersyukur kerana kami telah dapat melepasi ujian ini walaupun agak rumit pada awalnya. Perkara² ini menjadi satu pengalaman berharga untuk dikongsi sebagai panduan.

Kes Alice.

Kaki terjuntai Alice dipotong antara siku dan bahu, maksudnya ada tulang yang tajam dihujung. Akibatnya luka lambat sembuh. Kawasan tersebut selalu tegang dan sampai sekarang kita boleh rasa tulang kerana kawasan tersebut mempunyai kulit yang nipis.

Syukur kawasan kaki Alice ditumbuhi bulu yang lebat.

 

Kes Beemo

Sama juga, dipotong separuh dan lukanya tak bercantum. Saya bawa dia ke 3 klinik sebelum jumpa klinik yang mahu membuat pembedahan semula, memotong keseluruhan kaki hingga peha.

Selepas itu barulah baik dengan sempurna.

Kaki Beemo yang dipotong – masih terjuntai² dan ada luka yang tak mudah sembuh.

Beemo sekarang selepas pembedahan potong kaki kali ke 2.


Kes Noor Jannah.

Kaki depan, dipotong sampai atas tapi masih ditinggalkan tulang selepas sendiri.

Walaupun dah sembuh, kawasan tersebut kulitnya nipis kerana kerap tersentuh lantai bila dia melompat. Saya risau je takut² terkoyak, susah nak baik sebab hujung tulang yang tajam.

Berharap sangat bulu² lebat tumbuh untuk cover sebagai span.

Hujung kaki yang dipotong ada tulang tajam.


Kes Ofinn

Pembedahan dia sempurna. Bahagian tangan dibuang semua sampai sendi bahu. Kawasan tu licin dan selesa untuk dia aktif. Nak pegang pun tak rasa takut².

4 ekor kucing kaki tiga dengan 4 prngalaman berbeza.

Moga bermanfaat untuk kesejahteraan kucing² kita. Bukan saja masa merawat tetapi kos pembedahan juga perlu difikirkan.

Beemo Kucing Kudung

Dua minggu lepas, saya ternampak satu post dalam grup kucing mengenai seekor anak kucing yang dijumpa cedera teruk di kaki. Kucing malang ini dijumpai oleh seorang pemuda dan membawanya ke klinik tetapi dia tidak dapat menjaga anak kucing tersebut kerana dia tinggal bujang. Kucing yang cedera di kaki ini perlukan penjagaan yang lebih.

Selepas 2 jam tidak seorang pun membalas post tersebut, saya rala hati untuk mengambil tanggungjawap untuk menjaga anak kucing ini. Petang hari yang sama, saya ke Rawang untuk mengambil si kecil malang ini.

kucing kaki kudungbeemo kucing
Inilah rupa kaki kucing tersebut.  Menurut pemuda baik hati yang menemui anak kucing di kawasan tempat dia bekerja, kakinya telah hilang, luka yang berulat dan berbau busuk.  Dia telah membawa anak kucing ini ke klinik haiwan kerajaan untuk rawatan awal tetapi dinasihatkan ke klinik swasta untuk operation memotong kaki yang rosak teruk.

Selepas mengambil anak kucing ini, saya terus buat panggilan ke klinik untuk menghantar kuicng ini  ke sana.  Terus memandu dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu.

kucing kaki kudungbeemo

Selepas 2 malam, saya bawa dia balik ke rumah.  Kurus kering dan berbau busuk.  Umurnya lebih kurang 3 bulan dan ia seekor kucing jantan.

Beberapa perkara penting menjaga kucing kudung ( cedera di kaki )

  • Pakaikan E-collar supaya dia tidak menjilat ubat yang disapu pada luka atau dia mengigit dan mencabut benang jahitan.
  • Tutup sangkar dengan kelambu, saya gunakan langsir lama supaya tidak dihinggap lalat.  Lalat yang bertelur di luka akan menyebabkan luka tersebut berulat.
  • Gantikan pasir untuk kucing berak dan kencing dengan kertas yang dicarik-carik kerana pasir akan mudah melekat pada luka tersebut.

kucing kaki kudungkucing kudung beemo

Sebenarnya, kucing mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya. Si kecil ini mengambil masa beberapa hari sahaja untuk stabil berjalan dan berlari.

kucing kaki kudungbmo

Selepas 2 minggu, inilah kucing kudung tersebut yang telah diberi nama “BMO” yang sebutannya “Beemo”.  Bulu yang dicukur sekitar tempat pemotongan kaki telah mulai tumbuh dan lukanya  makin kering.  InsyaAllah, dalam seminggu lagi elok sepenuhnya.

kucing kaki kudungkucing kudung kaki

Selain Melati dan Carrot, saya sekarang mempunyai dua ekor kucing kudung – Alice dan Beemo. Kedua-duanya tidak mempunyai kaki kanan! Boleh follow kisah kucing-kucing saya di akaun Instagram kucing saya di sini – kujiecats

2 Minggu Selepas Kaki Dipotong

Semalam saya bawak Alice ke klinik haiwan. Pemeriksaan pertama selepas operatioan potong kaki dia 1hb Januari 2015 baru-baru ni. Selepas 2 minggu kaki Alice yang dipotong tu sebenarya tak ada masalah, kering tetapi ada beberapa bahagian yang masih belum kering sepenuhnya.

Bahagian tu Alice kerap jilat. Saya baca banyak artikel mengenai penjagaan kucing ‘leg amputated ‘ kat internet. Ada beberapa nasihat yang kadang-kadang memeningkan kepala dan akhirnya saya akan buat keputusan berdasarkan nasihat doktor dan keadaan kucing kita sendiri. Artikel di internet sebagai panduan, kita yang fikir sendiri kesesuaiannya.

e-collar kucing

Doktor nasihatnya Alice memasai E-Collar ( Elizabethan collar ). Saya dah lama ada E-Collar ni tetapi jarang bagi Alice pakai. Rasa kesian tengok dia tak selesa. Tiap kali pakai, Alice mesti gesel-geselkan kepala ke dinding atau apa saja barang untuk mengeluarkan benda ni.

kucing kudung

Macam inilah kaki Alice selepas 2 minggu.  Parut di bahagian bawah sembuh dengan cantik tetapi yang atas  agak lembab dan lambat sembuh.  Bahagian ini memang boleh dicapai untuk dijilat. Bahagian tulang tak ada masalah.  Luka ini masih mentah, jadi agak lembut dan mudah tercedera semula.

Dari segi pergerakkan atau kehidupan, Alice tak ada masalah, malah dia boleh berjalan dan bergerak lebih selesa daripada sebelum kaki dipotong.  Alice boleh melompat dan lebih manja.  Sebelum pembedahan, kaki yang cedera menyebabkan Alice sentiada menjauhkan diri tidak berani didekati kerana dia agak fobia. Tetapi Alice sekarang semakin manja seperti seekor kucing yang normal.

Alice sebelum ini kucing jalanan, tahap ketahanan mental dia sangat tinggi.  Alice langsung tak makan ubat antibiotik kerana dia sangat sangat sangat susah nak makan ubat.  Penolakkan sebarang jenis ubat sehingga air liur Alice dirembis berjela-jela menandakan dia sangat tertekan dan tidak mahu makan ubat setiap kali dipaksa makan ubat.  Sebab itulah, saya tetap bawakan Alice ke klinik untuk rutin makan ubat cacing 3 bulan sekali.  Dia tak boleh makan ubat di rumah.

Alice cuma makan suppliment Brewers Yeast sahaja.

 

instagram kucing malaysia

Nota  i : Ada yang tanya kenapa saya menggunakan Bahasa Inggeris di Instagram Kujiecats. Sebenarnya disebabkan akaun kucing tersebut mempunyai lebih ramai rakan pemilik kucing dari luar negara. Sesekali saya mengupdate menggunakan BM, banyak soalan yang di tanya ” what happen to Alice?” ” Is she still doing ok?’ ‘How did she lose her leg???’

Kebanyakkan pemilik akaun kucing luar negara sangat friendly dan kerap berkongsi pendapat dan suka menulis komen. Tahap BI saya pun tunggang langgang juga ( Terima kasih Google Translate )….tapi kata anak-anak saya, mama bukan buat benda tak elok, jadi kenapa nak malu.

 

Nota ii :  Sebenarnya banyak benda mengenai kucing yang saya nak kongsi ( berdasarkan pengalaman ) tetapi agak malas menulis :p

Pengalaman Potong Kaki Kucing

Ingat Alice? Kucing terbiar yang saya jumpa dan bawa balik pada bulan Ogos 2014.

kucing-comel;

Hari pertama Alice di rumah, kepala besar dan badan yang kurus.  Umur Alice waktu ini dijangka 2 bulan setengah.

kucing kudung2014-09-23 18.46.57-1

Waktu ditemui, kaki kanan Alice memang kudung seperti ini.  Dah mula sihat dan gebu.  Alice membesar dengan baik dan mendapat suntikkan vaksin  mengikut jadual.

kucing kudungaliceku

Kaki Alice tergantung-gantung apabila dia berjalan atau berlari.

 

kucing kudungIMG_20141220_171359

Semakin Alice membesar, makin gemok dan kaki kanan yang kudung makin membengkok ke atas dan kerap tersangkut di langsir atau perabut di dalam rumah. Alice juga kerap menjerit apabila rasa terancam walau pun tiada sesiapa cuba memegang kakinya. Mungkin tauma dengan kesakitan yang dialami.

Walau pun umur Alice mencecah 7 bulan, kakinya masih lambat untuk sembuh.  Masih berdarah apabila terlanggar sesuatu atau terseret waktu dia berlari atau berjalan.

kucing kudungIMG_20150103_155337

Atas nasihat doktor, saya membuat keputusan untuk memotong terus kaki yang tergantung tersebut lebih pendek hingga ke paras paha.  Alice telah jalani pembedahan pada pagi 01/01/2015.

Pengalaman membawa Alice balik selepas pembedahan dan melihat Alice dalam proses sedarkan diri dari bius bukanlah satu pengalaman manis.  Saya tak tahu apa yang patut dilakukan untuk menenangkan diri.  Kucing yang baru sedar dari bius akan tertonggeng tersungkut tidak dapat bangun untuk menstabilkan diri. Dia mula bising-bising kerana rasa terganggu dengan keadaan yang tidak normal.  Waktu ini penglihatan kucing masih kabur dan pandangannya terbalik.

Alice bangun , tersungkut, bangun lagi tersungkur lagi dengan bunyi bising.  Kita kena tutup sangkar dan letakkan di tempat yang jauh dari kebisingan supaya kucing tersebut lebih tenang dan kembali stabil.

Esok pagi hari kedua, Alice dah pulih tetapi dia masih bising apabila didekati terutama oleh kucing yang lain.  Dia mungkin rasa terancam.

Selepas 3 hari, nampaknya Alice lebih selesa dengan ‘penampilan’ barunya.  Moga Alice cepat sembuh walaupun Alice sangat susah diberikan ubat antibiotik.

instagram kucing

Followlah Alice , Abang Melati dan Adik Carrot di Instagram – kujiecats