Gambar Percutian di Guilin China

Minggu ni dapat inbox 2 orang bertanya tentang percutian di Guilin, China. Sebenarnya saya bercuti dah 2 tahun dulu, kebetulan juga di bulan April. Ada banyak gambar yang tidak pernah saya siarkan di blog.

Sesekali dah belek fonder, uploadlah untuk kenangan dan panduan rakan-rakan lain yang berhajat mencari sedikit maklumat sebelum bercuti ke sana.

Selepas terbang 4 jam, kami selamat mendarat di Liangjiang International Airport Guilin pada jam 10:30 pagi. Sepanjang kami di Guilin, suhu antara 17° C hingga 20°C waktu siang. Waktu malam lagi sejuk. Waktu di Guilin sama dengan di Malaysia ( GMT +8 ) , tak perlu ubah jam.

Salah satu tempat lawatan di bandar Guilin

Motorsikal di sini gunakan elektrik…walaupun banyak, tak bising. Comelkan payung membujur macam ni :p

Jalanraya lebar dan cantik. Di persimpangan jalan utama, ada khemah untuk motorsikal berteduh sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Read more “Gambar Percutian di Guilin China”